"ARASY, JANGAN usik!" Danish menegur Arasy yang sedang bermain main dengan diari catatan nya. Mata difokuskan kepada laptop di depan."Paa... Ain jom?" Arasy tersengih memandang papanya.
"Nantilah. Main je ngan mama. Papa busy."
Tak lama,..
"Paa,.. kiss?" Pipinya ditunjuk.
Danish senyap tak menghiraukan Arasy.
"Paa,.. kiss paa?" Lengan Nish digoncang.
"Arasy senyap boleh, tak?" Dingin suara papanya.
"Paa,.. jom lah!" Arasy bersuara dengan pelat. Tangan papanya yang sedang menulis ditarik. Tanpa sengaja, Nish terconteng kertas tersebut.
"Arasy!" Keras suaranya kedengaran.
Arasy terdiam bila ditengking papanya. Bibirnya tersebik sebik.
"Arasy ni tak habis habis kacau papa, kan? Papa tengah buat kerja ni. Tak nampak?" Dia memandang Arasy dengan tajam.
"Paaa... Naa ain.." Arasy cuma menunduk dan mula teresak.
"Main, main, main. Tak habis habis dengan main." Nish merengus.
"Bising bising ni kenapa?" Aku menyoal di muka pintu bilik.
Danish senyap dengan mata yang memerhati laptop, manakala Arasy menunduk sambil teresak di sisi papanya.
"Abang dah makan?" Aku menyoal dengan lembut.
Dari balik kerja sampailah ke pukul 10 ni, dia duk menghadap laptop je kerja. Fail berselerak di atas katil.
"Fiqa pun satu. Nanti abang makan lah." Dia mengeluh.
Aku terdiam. Langkah aku aturkan untuk keluar dari bilik. Namun aku terhenti bila dia bersuara.
"Ambik anak Fiqa ni sekali. Asyik nak main, main, main. Kacau je. Menyemak." Dia menjeling Arasy tajam.
Aku kelu. Serta merta darah aku menyirap.
"Menyemak? Ouh. Masa Fiqa tak kesah pasal Arasy waktu mengandungkan dia dulu abang palau Fiqa. Abang benci Fiqa, marah Fiqa. So, ni lah yang kononnya papa akan curahkan segala kasih sayang papa kat baby sampai baby tak rasa kurang walau sikit pun? Walaupun tanpa seorang mama? Ni, lah? Kasih sayang? Kalaulah Fiqa mati waktu lahirkan dia dulu, entah apa jadi kat Arasy?" Aku menyoal sinis.
Pantas aku dukung Arasy.
"Abang ingat eh, jangan sampai Arasy dan Fiqa pergi dari hidup abang. Hargai peluang yang Fiqa bagi. Jangan terlalu busy dengan kerja, sampaikan orang yang sayangkan abang pun abang tak nampak! Menyemak sangat, kan? Okay fine! Mulai malam ni, anggap je Arasy dan Fiqa halimunan bagi abang dan abang pun halimunan bagi kami! Take your time. Fiqa dengan 'anak Fiqa' janji yang kitorang takkan ganggu abang lagi dah!" Aku melepaskan amarah. Biar dia sedar sikit!
Arasy aku bawak ke bilik sebelah.
"Papa marah Arasy ya?" Kepala Arasy aku gosok dan cium bertalu talu. Air mata bertakung. Kesian dia. Dia cuma nakkan perhatian. Lagipun dia mana faham apa yang Nish cakap. Dia baru 2 tahun! Tahun depan baru 3 tahun.
Aku letakkan dia ke atas katil dan dia duduk.
"Dah. Jangan nangis. Mama ada. Kita main sama sama nak?" Lembut aku memujuk dia. aku hulurkan beberapa ekor itik kecil berwarna kuning yang mengeluarkan bunyi apabila dipicit kepadanya. Mainan kegemaran dia. Bila mandi mesti dia letak dalam besen.
"Nanaaakk... Paaa.. Naaa paaa.." dia menggeleng perlahan sambil teresak. Mainan tadi dicampak. Bibirnya tak habis habis menyebut nama Danish.
"Jangan macam ni, sayang. Papa sibuk." Suara aku bergetar. Air mata mula mengalir. Kenapa Arasy ni baik sangat? Kalau lah aku jadi dia, aku dah tak nak ingat pasal Nish.
Dia masih lagi teresak. Diajak main, dia menggeleng. Tunjuk mainan, ditolaknya mentah mentah.
Aku kelu. Tak tau nak buat macam mana lagi.
"Maa?" iPhone dihulurkan kepada aku. Mintak bukakkan pin lah tu.
Pantas aku masukkan nombor pin sebelum menekan 'photo' dan kembalikan kepadanya.
Arasy menyambut sebelum dia menekan album; 'MyMikhaels❤️'
Aku senyap memerhatikan gerak geri Arasy. Biasanya dia akan tekan fail video dan tengok kartun yang aku dah download. Tapi kali ni lain macam.
Satu persatu video dia dan papa dia dibuka. Bunyi video memenuhi suasana yang senyap. Bunyi dia dan Nish gelak. Serta merta dia turut tergelak dengan air mata yang belum kering di pipi. Pantas aku lap air mata dia. Dia masih lagi ralit dengan video dan gambar dia dengan Nish.
Aku tak dapat tahan air mata.
Entahlah.
Aku tak tau nak terangkan apa perasaan aku.
*******
DANISH TERDIAM apabila dimarahi Afiqa. Tilam katil ditumbuk dan bantal dibaling ke atas lantai bagi melepaskan perasaan sebelum lutut diangkat dari terus duduk bersila.
Kepala dihantuk ke lutut berkali kali.
Penat. Pening. Serabut.
******
"NGANGA SIKIT. Dah nak habis ni." Afiqa suapkan suapan terakhir kepada Arasy.
Danish yang lalu di sebelah meja makan, langsung tak dihiraukan. Biarlah dia. Pandai pandai survive! Nampak tak perlukan anak bini sangat, kan?
"Fiqa,.. nescafe kat mana?" Danish menyoal sambil memerhati balang yang ada di atas kabinet.
Afiqa cuma diam sambil membawa pinggan ke sinki dan dibasuh.
Danish kerutkan dahi. Dipalaunya aku?
"Meh, Arasy? Basuh mulut. Pastu kita naik main sambil lipat kain sama sama, ek?" Tubuh Arasy didukung dan mulut Arasy dibasuh.
"Pa?" Arasy tersenyum kepada Danish.
"Sayang." Danish kembali menegur Arasy. Tangannya dihulurkan kepada Arasy. Baru sahaja Arasy ingin menyambut hulurannya, Afiqa mencapai tangan Arasy dan dibasuh.
"Paaa!!" Arasy sekali lagi menegur papanya. Danish tersenyum. Belum sempat pipi Arasy dicuit, Afiqa memotong.
"Papa? Papa tak perlukan kita, sayang. Dia dah cukup dengan kerja dia. Jangan kacau papa. Nanti dia kata kita menyemak!" Terus Arasy dibawa ke tingkat atas.
Danish kelu. Terkebil kebil sorang sorang kat dapur.
Fiqa marah?
Like usual. Vote and comment klau ada apa apa. Nak Nish mati ke, nak ape ke hahahaha mana tau aku berkenan ngan idea korang 😂
(tengok ii xde yg comment pun. HAHSSHSHSHS Krik krik😬)
KAH KAH KAH. MACAM YANG DIPINTA. NEW CHAP. OTAK AII KERING DAHH. BELUM MUSIM KEMARAU TAPI DAH KONTANG 😑
YOU ARE READING
Maa Sweet Badboy!
RomanceDanish? Hmm, badboy senget, nakal, tapi,... sweet. WARNING⚠️ Citer ni agak klise Well, citer melayu, en? Author xpaksa untuk baca. Tapi malam nanti author pi umah korang hahahhaa 😂🙏🏻 A very beautiful cover by: @DarkTurner #1 KAHWINPAKSA (9/5/202...