Bab 31

5.6K 293 0
                                    

(POV DANISH)

TANGANNYA aku capai dan usap perlahan.

"Fiqa...?" aku cuba mengintai wajahnya yang sedang menunduk.

"Sorry, busy. Cakap esok." dia membalas tanpa memandang aku. Mak oii,marahnyaaa!

"Marah ya?" Aku menyoal perlahan.

"Tak lah, suka! Ha-ha-ha" dia gelak sepatah sepatah dan terus senyap. Alah, macam watak antagonis dalam 'pilem-pilem' dan drama sebabak tu ler.... Bezanya, dia ni heroin aku. Hehehee...

"Fiqa janganlah marah... Tak takut abang terasa,ke? Dosa tau..." Aku cuba mengumpan.

"Tak." balasnya kasar.

"Eh, tak marah?" Aku tersenyum.

"Tak takut." Dia membetulkan. Mati senyuman aku! Patik fikir,beliau sudah tidak marah! Haha,rosak bahasa!

"Jom?" Aku memegang tangan kanannya lembut.

"Pergi mana?"soalnya sambil lewa.

"Kata nak pi library. Jom lah." Aku bangun dari bangku dan mengheret tangannya perlahan.

"Siapa dia tu?" Soal Fiqa sambil menjeling tajam.

"Ingat tak,yang abang cerita pasal phone abang jatuh,tu?" Aku bertanya. Dia cuma mengangguk.

"Dia lah yang langgar. Lepas tu, dia asyik nak belanja abang makan. Abang tak nak,pun. Dia macam.... Suka paksa paksa." Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"Kenapa dia tu nak paksa? Abang kawan dia?" Fiqa memandang ke arah aku.

"Setakat ni,abang takde declare lagi pasal nak kawan ni. Entahlah... Abang rimas sebenarnya."aku berterus terang.

"Dia suka abang Kut." Fiqa membuat kesimpulan.

"Maybe. So, Fiqa kenalah jaga abang ni elok elok. Tak takut kena kebas?" Aku tersengih senget.

"Takut." Balasnya sepatah.

"Dah tu,janganlah merajuk." Aku menyandarkan kepala ke bahunya.

"Mana ada merajuk." Dia menolak kepala aku sehingga terteleng.

"Apasal tolak?" Aku memandangnya dengan riak tak puas hati.

"Janji?" Dia memandang aku.

"Ape?" Aku menjongketkan kening.

"Jangan layan dia! Jangan rapat dengan dia! Jangan mesra dengan dia! Tak payah nak baik sangat!" Dia memandang tajam ke arah aku.

"Ye,sweetheart. Abang janji!" Aku tersenyum.

"Eh, orang serius lah! Senyum senyum pulak!" Dia mengerutkan muka. Aku tergelak.

"Kenapa tipu?" Soalnya lagi.

"Tipu sebab nak jaga hati Fiqa." Aku membalas.

"Asal nak tipu tipu? Cakap jelah kat kafe ngan member." Dia merengus perlahan.

"Dia bukan kawan abang. So, abang memang tak anggap dia tu kawan." Aku mengangkat bahu tanda tak kesah.

"Matlamat tidak menghalalkan cara." Fiqa menggosok-gosok kepala aku dengan kasar dan aku yakin, rambut aku dah serabai!

"Yelah. Tapi, janji tau! Dengar dulu ape abang nak terangkan. Jangan buat macam tadi. Kita kena saling mempercayai antara satu sama lain. Barulah sesuatu hubungan tu berkekalan. Jangan mudah percaya cakap orang. Kalau ada problem, bagitau. Kita settlekan elok elok. Kita dan matang. So, hubungan kita pun kena matang. Kita bukan budak sekolah yang main puppy love. Rumah tangga ni hal yang serious. Faham?" Aku bertanya lembut. Hidungnya aku cuit perlahan.

"Faham." Fiqa tersenyum manis dan mengangguk angguk kan kepalanya.

*********************

"ABANG...." Aku memanggilnya perlahan.

"Hurmm?" Dia mengangkat kening.

"Lapar..." Aku tersenyum sumbing.

"Makan lah." Dia mengerutkan dahi.

"Abang pandai masak?" Aku bertanya.

"Tak!" Dia mencebikkkan bibir.

"Tipu." Aku mengecilkan mata.

"Mana ada tipu. Bohong sunat aje!" Dia tergelak.

Krik krik... Krik krik...

Tak lucu pun!

"Eh, tak lucu ekk?" Dia bertanya. Aku cuma memandang ke arahnya dengan pandangan blur.

"Tolong masak?" Aku memaut lengannya dengan lembut dan mengada ngada. Tiba tiba, dia menepuk dahi.

"Eh,kerajinan abang dah hilang,lah! Astaghfirullahalazim.... Mana perginya kerajinan abang ni, ye? Miau, miau..." Selamba dia menolak tangan aku yang memaut lengannya dan menjenguk ke bawah sofa. Aku mengetap bibir. Apesal aku nak terasa, ni? Air mata mula bertakung!

"Fiqa ngantuk lah. Esok nak bangun awal." Aku bangun dari sofa dan ingin berjalan ke bilik namun tangan aku dipaut lembut. Tanpa kata,aku melepaskan pautan dengan kasar.

"Amboi, marah nampak? Cengeng nya!" Danish menyoal dengan nada mengusik. Dia tergelak kecil. Mendengar soalan nya, air mata aku makin bertakung dan hampir merembes keluar. Terasa seolah-olah diperli dan diejek!

"Manja!" Dia mencebik.

Aku cepat cepat mengatur langkah. Bilik air adalah sasaran utama!

*********************

"FIQA..." pintu bilik air diketuk perlahan.

"Tak nak keluar lagi ke? Dah lebih setengah jam duduk kat dalam tu. Takkan nak tidur situ? Kesian abang nanti,tidur sorang-sorang." Suara Danish memujuk kedengaran. Aku cuma menjeling tajam ke arah pintu. Biar tembus!

"Eh! Teringat pulak waktu kita mula mula kawin dulu. Main sorok-sorok dalam bilik air ni lah kan? Apesal lah suka sangat merajuk dalam bilik air? Kalau merajuk ke dalam pelukan abang ni, takpelah jugak." Bagi pickup Line lah,ni?

Aku ketawa kecil. Teringat waktu main janam janam dulu! Sorok sorok dalam bilik air. Tapi kitaorang punya,versi jahanam jahanam. Heheee.... Main ciku cak aaa!

Danish mengetuk ngetuk pintu bilik air. Atau lebih tepat..... Dia bergendang! Kenapalah pakcik ni selamba sangat?

"Keluar lah... Jom?" Lembut dia memujuk. Aku menghela nafas panjang.

Pintu bilik air,aku buka dengan malas.

"Cun!" Terus dia cempung aku.

"Kalau jatuh and Fiqa mati,abang tunggu! Fiqa jadi Ju-On, Fiqa usik abang! Biar abang tak tenang!" Aku meluaskan mata. Dia mencebik tak hairan.

"Nah, makan." Dengan bersahaja dia meletakkan semangkuk nasi air di hadapan aku. Mata aku meluas!

"Cepatnya!"

"Abang blend dulu beras tu. Cepatlah masak. Sup pulak, kejap aje nak siap. Ayam tu,abang masak sekali ngan sup. Jimat masa. Dah, makan lah. Nanti gastrik." Dia menolak mangkuk supaya dekat dengan aku.

"Serius,abang masak ni?" Aku bertanya tidak percaya!

"Iyaapp, sayang. Makan Lerr. Tadi kata lapar." Dia meniup nasi air yang ada di dalam sudu dan disuakan kepadaku.

"Sedap! Sama macam dulu." Aku tersenyum.

"Yeke? Dulu kata tak sedap."

"Saje je tu."aku tergelak.

*********************

SORRY SGT ii, AUTHOR X SEMPAT NAK UPLOAD.... KEKANGAN MASA 😫😫 LAGIPUN, PHONE JAMMED. MASA BALAS KOMEN TU PUN, JADI TER SEND 14 KALI. Hadoiiyaii...

Maa Sweet Badboy!Where stories live. Discover now