Bab 64

4K 266 53
                                    


AKU MENEPUK nepuk tubuh Arasy yang merengek. Asalnya dia dah tidur. Tapi biasalah budak kan?

Nish yang masih belum tidur di sebelah aku tak hiraukan. Masih terkebil kebil.

Bilik cuma diisi dengan suasana sunyi. Sepi.

Krik krik.

Dah macam library. Hiks!

Biasalah, kami ni kan invisible bagi dia.

Arasy pun, seolah olah merajuk pulak ngan Nish. Taknak tidur kat tengah tengah macam biasa. Sampai menangis nak tidur tepi aku. Last last, aku letak bantal golek kat birai katil. Bahagian tepi katil pulak, aku hamparkan toto berlapis lapis. Tambah bantal lagi. Kalau dia jatuh pun, takdelah sakit.

Dan.

Di antara aku dan Nish, terdapat satu bantal golek.

Yang.

Memisahkan.

Jarak.

Diantara.

Aku.

Dan.

Dia.

Hmm!

Nampak ego sangat, kan? Stok baju kemeja dia pun aku dah iron 11 helai! So, untuk 11 hari kerja nanti aku dah tak payah iron baju dia.

Percayalah. Kalau makanan tu aku boleh masak untuk sebulan sekaligus, dah lama aku buat!

Tapi tulah, makanan ni boleh basi.

Heh.

"Fiqa..." terasa bahu aku dicuit beberapa kali.

Aku keras. Tak nampak! Tak dengar! Tak tau!

"Eloklah tu, merajuk ngan suami." Dia mengeluh perlahan.

Tu aje modal dia ek? Sikit sikit ugut. Sikit sikit ugut!

"Kenapa panggil?" Aku bersuara bilamana rasa berdosa menerjah.

"Kenapa senyap ngan abang?"

"Kami kan invisible." Sinis aku membidas.

"Takkan pasal Arasy je pun kita nak gaduh?" Dia menyoal laju.

"Pasal Arasy 'je pun'?" Aku tekankan perkataan je pun.

"Tak payah nak sinis sangat." Dia membalas selamba.

"Abang,.. Arasy tu anak abang tau?" Aku bersuara tidak puas hati.

"So? Ada abang cakap dia tu anak kucing? Takde, kan?" Keningnya terangkat.

Anak kucing?

Kau samakan anak aku dengan anak kucing?!

Nak putus nyawa aku beranakkan dia kau boleh samakan dia dengan kucing?

Nish ni memang cari gaduh!

Aku menarik nafas panjang.

Nafsu nak tampar orang dah sampai tahap maksima ni!

Ya Allah! Kuatkanlah hati aku untuk berdepan dengan ex player pubg (B) merangkap pencari gaduh profesional ini!

"Abang, kalau setakat nak ajak Fiqa gaduh, baik tak payah. Fiqa dah malas nak layan kepala granit abang tu." Aku memejamkan mata rapat.

"Dah pandai cakap camtu ngan abang ek?" Dia menyoal tak puas hati.

"Dah nak cakap macam mana? Kalau dah abang sendiri pun tak tahu apa yang diri abang nak ?" Aku menahan sabar.

Maa Sweet Badboy!Where stories live. Discover now