"FIQA..." suara Danish menyebabkan aku mengangkat muka. Novel di tangan aku tutup dan letakkan ke tepi. Walaupun aku ni bukanlah isteri yang solehah mana, tapi kalau suami nak bercakap tu, aku pandang dan bagi tumpuan lah... Mama dah pesan awal awal lagi."Ya?" wajahnya aku pandang.
"Ermm... Kita tak kenal antara satu sama lain lagi, kan?" dia bertanya lembut. Haduuiihh... Janganlah cakap lembut lembut! Aku dah tetapkan niat tak nak suka atau sayangkan mamat ni. Tapi, kalau dah dia treat aku camni, macam mana aku nak benci dia?
'Fiqa... Tak baik bencikan suami sendiri. Kau nak kena hidup untuk selamanya lamanya dengan dia, tau! Kalau kau benci, macam mana kau nak bahagia? Cuba sayang dan hargai dia! Kau nak jadi isteri derhaka ke?' hatiku berbisik.
"Fiqa?" suara Danish menyentakkan aku. Dengan mamat ni, aku asyik tersentak aje!
"Yup?" aku menyahut.
"Urmmm.... Boleh tak kita intro?" Danish memandang aku.
"Boleh..." aku mengangguk. Lagipun, aku tak kenal Danish ni sangat. So, aku perlu dan wajib ambil tahu!
"Nama panjang kau apa?" aku bertanya.
"Serious kau tak tahu?" Danish kelihatan terkejut. Aku cuma menggelengkan kepala.
"Kau rasa?" dia bertanya.
"Ni sesi ice breaking lah... Bukan sesi teka teki." aku buat muka blur aje.
"Kau tak tau nama suami sendiri?" dia bertanya lagi.
"Yelah... Bagitau jelah." aku menggaru kepala.
"Muhamad Danish Mikhael bin Mohd Fikri." dia membalas. Aku cuma mengangguk perlahan.
"Nama aku,kau dah tau?" aku bertanya pula.
"Obviously, sayang..." dia tersenyum.
Entah kenapa muka aku terasa panas! Arrghhh... Bangangnyaaaa!"Kenapa tu?" dia menyoal.
"Kenapa apa?" aku menyoalnya kembali. Aku menundukkan muka.
"Yelah.. Muka tu dah merah macam udang bakar aje..." selamba dia mengangkat dagu aku.
"Lain kali kalau bercakap tu, jangan tundukkan muka. Abang tak suka. Kalau cakap ngan abang, pandang abang. Tengok muka. Tengok mata. Dari situlah, kita boleh tengok keikhlasan seseorang waktu bercakap. Faham?" dia tersenyum manis. Apakah??? Huhuu... Perlu ke, aku panggil dia dengan panggilan abang tu?! Taknakkk!!!
"Hurmm..." aku cuma mampu membalas dengan cara hurming aje.
"Apa yang hurmm?" dia tersenyum senget. Suka sangat tanya camtu!
"Hurmm..." aku kembali menundukkan muka. Panas nya muka aku ya Allah!
"Tengok tu, tunduk lagi." sekali lagi, dia mengangkat dagu aku. Entah kenapa, mata aku mula bergenang.
Tanpa dapat dikawal, airmataku gugur satu persatu. Tiba-tiba aku berasa takut dan bimbang dengan layanan baiknya."Fiqa... Kenapa nangis, ni?" dia mengesat air mataku dengan lembut menggunakan ibu jarinya. Kedua dua belah pipiku dipegang nya.
"Tolong lepaskan..." aku sedikit merayu kepadanya. Danish akur. Perlahan lahan pipi aku dilepaskan. Aku menundukkan muka semula.
"Kenapa ni? " dia mengangkat dagu aku sekali lagi.
"Tolong jangan dekat... " aku menggelengkan kepalaku berkali kali. Spontan minda aku terbayang bayang peristiwa Naim mendajal haritu.
"Fiqa trauma dengan apa yang Naim dah buat, ye?" lembut dia bertanya. Aku mengangguk.
"Tak... Abang takkan buat Fiqa macam tu... Abang takkan paksa Fiqa. Itu janji abang! Abang sanggup tunggu Fiqa, sampai Fiqa sedia nak terima abang. Okay?" dia meraih aku kedalam pelukannya. Aku cuma diam tak menjawab. Nak tolak kang, takut berdosa! Nak balas pelukan dia? Sorry!
"Okay... Back to our topic. Urmm.. Birthday Fiqa 16 April, kan?" dia bertanya.
"Yup.." balasku.
"Fiqa tau birthday abang?" dia mengangkat kening.
"Nope." aku menggeleng perlahan.
"Urmm.. Okay... Abang bagi hint. Abang cuma meningkat umur, setiap 4 tahun aje. 4 tahun sekali, baru birthday abang." dia tersenyum.
"4 tahun sekali? You meant, 29 Februari?" aku mengagak.
"Yup." dia mengangguk.
"Save bajet." aku tersenyum pula.
"Save?" dahinya berkerut.
"Yes.. Nak beli hadiah kat abang, 4 tahun sekali aje. Tak payahlah nak beli tiap tiap tahun." aku tersengih. Kita layankan ajelah abang dia tu...
"Banyak, lah dia punya save bajet!" Danish ketawa perlahan. Aku terkesima. First time tengok dia ketawa.
"Oit... Jauhnya mengelamun. " dia memetik jari dihadapan mukaku.
"Ermmm... " aku cuma tersenyum.
"Kenapa? " dia bertanya.
"Biasanya, tengok muka taiko ngan muka mafia aje kat dalam bilik disiplin... Dahlah buat perangai macam samseng." aku menjuihkan bibir. Bibir aku ditariknya dengan lembut. Pantas, aku menepis.
"Tak payah lah nak sawit sawit sangat! " aku memandangnya tajam.
"Eh, nak sweet pun salah... Okaylah... Tunggu makwe abang balik nanti cuti tahun baru cina ni, abang sweet sweet ngan dia aje, ekk? Abang janji tak kacau Fiqa dah! Waktu tu, Fiqa takkan serabut dah dengan abang. Abang akan spend time ngan makwe abang aje." dia mencuit hidungku pula. Sekali lagi, aku menepis.
"Ouh, sweet ngan Fiqa ni, sebab nak buang masa ajelah?" entah kenapa, aku tiba tiba cemburu. Pantas, aku menjarakkan kedudukan kami.
"Fiqa jealous ke?" Danish bertanya. Dia memandang aku.
"Tak! Nak jealous buat apa? Kau fikir aku dah takde benda nak buat sampai nak jealous ngan kau? " aku bertanya kasar. Danish cuma tersenyum.
Betul ke? Tak! Tanpa sedar, aku berperang di antara hati dan otak! Aku cuba menafikan namun... Arrghhh! Ye! Aku jealous! Huh! Puas hati kau, hati?!
"Terang lagi bersuluh dengan spotlight yang ada someone tu jealous... Sampai tukar panggilan dari Abang-Fiqa jadi Kau-Aku..." Danish tersengih sambil mengangguk anggukkan kepalanya. Aku cuma menahan geram.
"Diam, lah!" aku memuncungkan bibir. Tak tau kenapa, aku ni jenis yang kalau marah, geram atau sakit hati, spontan naik muncung tu. Bukan buat buat muncung sebab nak nampak COMEL! Kalau nak nampak comel, memang tak arr!
"Urmm... Abang nak..." belum sempat Danish menghabiskan kata, iPhone s5 kepunyaannya berdering. Panggilan diangkat.
"Waalaikumussalam... Ye sayang... Hurmm... Abang pun rindu..." Danish bercakap dengan suara yang sangat sangat sangat sangat lembut!
Lagi lembut daripada suara waktu dia nak pujuk aku! Dahlah cakap sambil tersengih sengih! Dia buat aku ni macam tunggul kat tepi dia! Macam tak wujud!
"Sorang? Eh.. Tak lah... Ada member kat sebelah..." Danish memandang aku sekilas dan terus berbual dengan pemanggil tersebut tanpa menghiraukan aku. Dia cakap aku ni member dia?! Aku cuma mendiamkan diri. Hati aku mula dipagut cemburu dan sakit hati!
Tanpa pamitan, Danish bangun dari katil dan berjalan keluar dari bilik tanpa memandang aku. Spontan airmata aku gugur. Cepat cepat aku kesat balik.
"Fiqa! Kenapa kau nak nangis, hah?! Tak pasal pasal pulak! Dia tu bukannya suka kau, pun! Dan kau tu, bukannya suka dia pun kan? Baru 2 minggu lebih aje, kawin! Kenapa nak cemburu? Kenapa nak terasa? Biar jelah! You're nothing to him and he's nothing for you!" aku memarahi diri sendiri yang mengalirkan airmata kerana Danish.
Fiqa, kau jangan jatuh suka pulak kat si Danish, ni!
YOU ARE READING
Maa Sweet Badboy!
RomanceDanish? Hmm, badboy senget, nakal, tapi,... sweet. WARNING⚠️ Citer ni agak klise Well, citer melayu, en? Author xpaksa untuk baca. Tapi malam nanti author pi umah korang hahahhaa 😂🙏🏻 A very beautiful cover by: @DarkTurner #1 KAHWINPAKSA (9/5/202...