Bab 34

5.4K 309 30
                                    


PROF SHAZEHAN di hadapan aku pandang tanpa bunyi. Tapi, tangan bermain main dengan pen. Heheee...

Danish yang duduk di hadapan aku meletakkan kepala nya di atas meja. Nak tidur lah,tu! Mentang-mentang prof tak nampak!

Waktu prof menghadap whiteboard untuk menulis, pen di tangan aku yang sedang ligat berputar tiba tiba melayang dan...

PAP!

Danish mengangkat kepala dan memandang aku dengan mata yang kuyu. Kepalanya digosok-gosok dengan kasar. Ke... Kenapa muka dia nampak lain?

Tiba-tiba dia menekup mulut.

Danish mengangkat tangan apabila prof kembali menghadap ke arah kami.

"Prof, boleh saya ke toilet?" Soalnya pantas.

"Okey." Prof Shazehan mengangguk sambil tersenyum.

Danish bangun dan menuju ke pintu keluar bilik kuliah sambil mengemam bibir.

Okey, aku...

Rasa

Tak

Sedap

Hati!

Ape jadi kat laki aku tu?!

"Prof, saya nak ke tandas, please? Tak tahan sangat dah ni." Aku memandang Prof sambil mengerutkan muka. Heheee...

"Pulak? Okey. Just go." Prof mengangguk lagi. Fuh!

"Thanks, prof!" Aku pantas bangun dan berjalan keluar dari bilik kuliah.

Langkah aku aturkan pantas. Toilet! Cepat lah sampai!

Waktu aku sampai ke tandas, Danish berjalan keluar dari tandas lelaki dengan terhuyung-hayang!

"Abang okey tak, ni?" Kalut aku bertanya.

"Okey-okey. Legend tak pernah KO. Setakat alahan, no hal lah!" Dia menggeleng kepala dengan laju berkali-kali.

"Nak Panadol?" Aku bertanya perlahan.

"Tak nak. Dah, jom masuk kelas. Nanti terlepas ape yang prof nak ajar." Dia menolak aku supaya berjalan dahulu.

"Kenapa suruh Fiqa jalan dulu? Biar Fiqa jalan ngan abang, lah." Aku memandang nya pelik. Dia menggeleng.

"Nanti ape pulak kata prof." Balasnya perlahan.

"Dah tu, abang pergi dulu,lah. Abang kan datang toilet dulu sebelum Fiqa." Aku menggigit bibir perlahan.

"Okey." Dia mengangguk tanda setuju. Langkah nya diatur ke kelas.

Nafas aku hela perlahan. Kesan dia!

**********************

AKU memandang Danish yang sedang meniarap di atas katil. Boleh agak, kan? Yeahh, alahan.

Pinggan yang ada di tangan aku letakkan ke atas meja sebelah katil sebelum melabuhkan punggung di sebelah Danish.

Aku mengusap kepala nya lembut. Pantas, kepalanya diletakkan ke atas riba aku. Mukanya dilekapkan ke perut aku dan diciumnya lama. Kemudian, dia melekapkan telinganya ke perut aku sebelum diusapnya dengan lembut berkali kali.

"Sayang baby." Dia tersenyum dan kembali mengucup perut aku. Spontan, aku turut tersenyum.

Jelas, dia betul-betul sayangkan anak dia ni.

"Makan?" Aku mengusap dahinya.

"Tak nak. Tak larat nak muntah." Dia mencebik dan menggeleng perlahan. Kesian dia, asal makan aje mesti muntah balik.

Maa Sweet Badboy!Where stories live. Discover now