Bab 12

6K 338 3
                                    


PIPINYA aku usap perlahan. Tak bestlah pulak, tidur takde orang peluk! Biasanya, mesti dia akan peluk aku tiap kali nak tidur. Danish yang sudah terlena aku pandang lama. Ish! Kenapa aku tak boleh nak tidur ni?! Takkan sebab dia tak peluk, aku tak boleh tidur? Bahaya, ni... Andai kata kalau dia tinggalkan aku macam mana? Tak tertidur lah jawabnya! Eh, Fiqa! Takyah lah nak hiperbola sangat! Mereng betul!

"Kenapa tak tidur lagi?" suara serak basah nya menyentakkan aku.

"Tak boleh nak tidur. Rasa tak best." aku mencebikkan bibir. Dia tersenyum. Pantas, dia memeluk aku dengan erat. Kepala aku di alaskan dengan lengan kirinya seperti kebiasaan.

"Ada orang tu dah mula rindukan pelukan abang." dia mencium dahiku perlahan. Aku cuma diam dengan muka yang terasa membahang.

"Dah lah. Tidur cepat. Esok nak sekolah, kan?" lembut dia bertanya.

"Urmmm... Abang dah tak merajuk?" aku bertanya perlahan.

"Merajuk lagi. Tapi, kesian kat orang tu, tak tertidur lah jawabnya kalau abang tak peluk." dia menggosok kepala aku. Aku tersenyum.

"Esok, cari lah jalan camner nak pujuk abang." dia memejamkan matanya rapat.

"Fiqa tak reti sangat nak pujuk pujuk orang, ni. Tapi takpe, Fiqa cari jalan jugak, macam mana nak pujuk abang." aku mengusap tepi bibirnya yang lebam tadi.

"Yeke?" tak tidur lagi pakcik ni rupanya!

"Iyelah!" aku mengangguk perlahan.

"Kalau tak jalan?" dia menduga.

"Kalau tak jalan, lantak abang lah! Saper suruh merajuk?" mudah aku menjawab. Tanpa diduga, Danish menarik lengannya yang mengalas kepala aku sebelum dia melepaskan rangkulannya di pinggang aku. Terus dia mengiring ke kanan, membelakangkan aku. Aku tergamam.

"Sampai hati!" bibir aku mula tersebik. Terasa sangat! Aku mengiring ke kiri. Membelakangkan dia. Sedang aku asyik melayan perasaan yang meribut taufan tak tentu pasal, terasa Danish mengiring ke kiri kembali. Menghadap belakang aku. Cepat cepat aku pejam mata. Buat buat tidur. Aku dapat rasakan yang dia bangun dan mengintai muka aku. Tujuan apa, aku tak tau. Lepas dia intai muka aku, perlahan lahan pinggang aku dirangkulnya erat. Tubuh aku ditariknya supaya mengiring ke kanan, menghadap dia.

Danish kembali mengalaskan kepala aku dengan menggunakan lengannya seperti tadi. Kepala dan pipi aku diusap lembut olehnya. Air mata aku yang hampir kering dikesatnya sebelum dia mencium dahiku perlahan. Dalam rajuk dia pun, dia masih sayang dan prihatin dengan aku. Tak macam aku, kalau ribut taufan, terus aku abaikan dia. Tuhan, betapa aku berdosa dengan Danish.

***************

AFIQA memerhatikan gelagat Aina yang sedang teruja mencari cari nama Danish di senarai nama pelajar tingkatan 5. Jujur, hatinya agak terusik dan cemburu. Namun, apa yang boleh dilakukan olehnya cumalah diam.

"Fiqa! Ni! Aku dah jumpa!" suara Aina menyebabkan Afiqa yang sedang termenung memikirkan cara bagi memujuk Danish tersentak.

"Dia kelas apa?" Afiqa pura pura bertanya.

"5 IBK lah... Patutlah jarang nak jumpa dia. Dia blok lain. Eh, jap... Bukan ke kelas kau sebelah kelas 5 IBK ke?" Aina bertanya lagi. Afiqa cuma mengangguk perlahan.

"Watch him for me? Please?" Aina memandang Afiqa. Afiqa tersenyum hambar.

"Ok." balasnya pendek. Entah kenapa, mood hari ni hancur pulak!

"Urmmm.. Aina, aku kena cepat ni. Sebab hari ni dah kena balik rumah mama aku. Aku balik pasni nak kena kemas baju aku, baju Dan... " Afiqa terhenti.

"Kau nak balik rumah mama kau? Dah tu, kau tinggal kat rumah saper sekarang? " Aina mengerutkan dahinya.

"Err... Rumah... Aunty aku. Sebab..Se.. Sebab, mama aku....ada hal." Afiqa menjawab dengan gagap. Liurnya ditelan berkali kali.

"Ouh... Dah tu, kau cakap nak kemas baju kau ngan baju saper tadi? " Aina tersenyum.

"Takde saper pun.Terlebih cakap aje." Afiqa menggelengkan kepalanya.

"Ouh... Weh, aku lupa nak bagitau. Hari ni aku tak boleh teman kau kat bus stop. Sebab ada latihan netball pasni." Aina mencebikkan bibirnya.

"Takpelah kalau camtu. Aku balik dulu lah. " Afiqa mengangguk dan berjalan menuju ke hentian bas yang terletak di tepi pagar sekolah.

Selepas lima minit menunggu, tiba tiba sebuah motosikal jenis RXZ berwarna kuning berhenti betul betul dihadapan Afiqa. Afiqa tergamam. Kenal sangat motor saper. Cik abang dia lah, tu!

Tapi, Danish pakai helmet Arai berwarna hitam bervisior kuning manakala butang baju sekolahnya terbuka dari atas hingga ke bawah dan menampakkan baju t-shirt berwarna hitam yang dipakai olehnya di bahagian dalam. Sebuah helmet berjenama Shoei berwarna biru dan bervisior kuning dihulurkan kepadanya. Pantas, Afiqa menyambut.
Sebaik sahaja Afiqa menyelesakan kedudukannya di atas motosikal tersebut, Danish terus menekan clutch dan memulas hendal.

************

"HARI NI kita balik rumah mama sendiri." Danish memandang aku

"Sendiri? " aku bertanya kurang faham.

"Macam tadi lah. Abang bawak motor, Fiqa kat belakang." ringkas dia menjelaskan. Aku mengangguk faham.

"Abang ada lesen?" aku menyoal. Danish cuma mengangguk. Beg galas berisi baju aku dan Danish aku saukkan ke bahu. Kitorang kongsi beg. Lepas bersalaman dengan abah dan umi, tanpa berlengah kami bertolak ke rumah mama. Irwan dah balik KL sebab cuti dia dah habis.








Maa Sweet Badboy!Where stories live. Discover now