Bab 72

4.6K 282 6
                                    


"ASSALAMUALAIKUM." Danish memberi salam.

"Waalaikumussalam." Seorang ramaja lelaki membuka pintu kayu.

"Ada apa ya, bang?"

"Ni rumah ustaz Luqman ke?" Danish menyoal teragak agak. Kenapa aku rasa cam pernah nampak budak ni ek?

"Haa. Betulla tu. Abang ni yang call semalam ke? Yang nak datang berubat tu?"

"Ha'ah." Anggukan diberi sebagai balasan.

"Jemput masuk bang. Saya Arif. Anak Ustaz Luqman. Biar saya panggilkan abah kejap." Remaja tersebut tersenyum.

"Abang nak panggil wife abang jap." Danish membalas senyuman remaja itu.

"Okay bang." Sempat anggukan diberi sebelum langkahnya diatur ke dalam rumah.

Danish pantas membawa langkah ke arah kereta.

"Jom?" Pintu kereta dibuka.

"Betul rumah dia?" Afiqa memandang suaminya.

"Yup. Jom."

Afiqa mengangguk kecil sebelum langkah diatur membontoti Danish ke arah laman rumah itu.

"Assalamualaikum." Seorang lelaki berkopiah muncul di sebalik pintu.

"Waalaikumussalam." Danish tersenyum.

"Ini,.. Danish kan?" Lelaki tersebut menyoal.

"Ha'ah. Ni bukan ke,.. pakcik Daim?" Danish menyoal dengan riak sedikit terkejut.

"Betullah tu. Jemputlah masuk." Pakcik Daim tergelak.

Danish mengangguk dan melangkah masuk. Tak sangka. Rupa rupanya pakcik Daim ni Ustaz Luqman.

Afiqa sempat mencapai tangan suaminya sebelum langkah diatur ke arah ruang tamu.

"Nish duduk sini. Err,..anak ni?"pak cik Daim memandang Afiqa.

"Fiqa, pakcik." Afiqa tersenyum.

"Haaa. Fiqa duduk situ, ekk?" Pakcik Daim tersenyum. Afiqa mengangguk sebelum mengesot ke satu penjuru.

"Arif, ambilkan kain pelikat tu." Ustaz Luqman ataupun pakcik Daim memandang anaknya.

Terus sahaja remaja lelaki itu mencapai kain pelikat hitan yang diletakkan bersama sama dengan daun bidara dan segelas air.

Kain pelikat tersebut digunakan untuk menutup mata Danish.

Afiqa cuma memerhati dengan rasa gementar.

"Arif, kamu pegang kaki dia."

"Kita mula ya? Bismillahirrahmanirrahim,...."




********

"ABANG DAH rasa okay?" Aku memandang Nish yang sedang berbaring di seat penumpang.

"Penat sikit." Senyuman nipis dihadiahkan kepada aku.

Aku mengangguk.

"Nasib baik abang yang kena. Kalau Fiqa, abang tak taulah apa jadi kat baby kita." Lemah dia bercakap.

"Haaa... tangan tu nak merayap ke mana?" Aku menegur bila rasa sesuatu bergerak memegang perut aku. 

"Haaaa,...Nak pegang baby je kut." Dia merengek. Bibir dah tersebik sebik. Anak dah nak masuk 2 orang pun, perangai sama cam Arasy.

Maa Sweet Badboy!Where stories live. Discover now