Bab 60

4.4K 252 9
                                    


"HARI NI abang balik lewat sikit, tau?" Lembut dia berpesan. Aku yang sedang tekun menghadap lengannya segera mengangkat muka memandangnya yang hanya berkain pelikat dan bert-shirt. Baru lepas sembahyang subuh.

"Ada apa?" Aku menyoal perlahan. Kapas aku basahkan dengan air suam sebelum lukanya aku cuci dengan berhati hati.

"Ada meeting ngan wakil supplier." Dia agak terseringai.

"Sakit?" Aku menyoal.

"Tak." Kepalanya digelengkan laju.

Botol ubat luka aku capai dan buka penutupnya. Putik kapas aku ambil dan celupkan ke dalam cecair iodin yang berwarna kekuningan itu sebelum disapu ke bahagian lengannya yang berjahit. Kapas aku ambik dan tekapkan di bahagian tersebut.

"Tahan sikit." Aku berpesan apabila terdengar dia berdesir halus. Tau, pedih.

"Dah nak siap. Jap eh." Aku capai bandage dan balut lengan dia. Gunting bandage, pastu lekatkan besi yang orang guna kat kain bandage ni. Ape entah nama dia. Aku lupa.

"Lunch tengah hari nanti makan kat luar ke, balik?" Aku mendongak memandang dia.

"Larat ke nak masak?" Hidung aku dipicit sehingga merah.

"Larat kut. Masak je pun." Aku tersenyum comel.

"Ermm,.. okey. Abang balik. Abang balik dengan kak Lieya ek? Lepas makan nanti, boleh terus pergi kat office company tu." Dia lekapkan dahi ke dahi aku.

"Okey. Lagipun dah lama tak jumpa kak Lieya." Aku tersenyum dan mengangguk.

"Dah pukul berapa?" Dia menyoal lembut.

"6:20." Aku membalas laju.

"Abang nak sambung tidur kejap. Nanti kejut balik, tau?" Dia mengangkat kening.

"Yelah." Aku mengangguk.

Terus dia baringkan tubuh di atas katil dan tubuh Arasy dirangkul erat.






**********

AKU MENCAPAI sayur sawi yang tersimpan di dalam peti. Basuh, potong dan rendam dalam besen berisi air. Kubis dan carrot aku campur sekali.

Hampir sejam, semua lauk dah siap. Ayam goreng, sup sayur dan udang masak merah.

Nasi dalam rice cooker aku jenguk. Alhamdulillah, dah masak.

Selepas memastikan kesemua besen dan pinggan mangkuk yang digunakan waktu memasak tadi dah dibasuh, aku aturkan langkah ke ruang tamu.

Arasy masih lagi terbaring nyenyak sepertimana keadaannya ketika aku ke dapur tadi. Perlahan lahan, aku turut berbaring di sebelah Arasy. Kepalanya aku usap dan cium dengan lembut. Pipi montel miliknya tidak terkecuali.

Dia merengek.

"Sayang dia." Aku menepuk belakangnya perlahan. Namun dia menggeliat kecil dan mencelikkan mata.

"Mama?" Dia terkebil kebil memandang aku dengan mulut yang sedikit tersebik sebik.

"Arasy mama dah bangun?" Aku menyoal lembut.

"Ermm,.. mama,.." dia kembali letakkan kepala ke atas bantal kecil kepunyaannya. Tangan kanan aku dicapai dan digesel gesel lembut ke pipinya.

Maa Sweet Badboy!Where stories live. Discover now