Bab 38

5K 244 3
                                    


"MAKAN!" Danish meluaskan mata.

"Tak nak!" Afiqa menekup mulutnya pantas.

"Degilnyaaaa!" Danish menggigit bibir menahan geram.

"Memaksanyaaa!" Afiqa menjelirkan lidah.

"Macam budak kecik!" Danish menarik pipi Afiqa sekuat hati. (Actually tak kuat mana pun, saper tak sayang bini, oii?)

"Pembuli!"Afiqa mencebik.

"Buli awak, aje! Takpe! Nah, makan!" Danish kembali kepada aktiviti asalnya iaitu memaksa Afiqa memakan minyak kelapa.

"Tak nak!" Afiqa kembali menekup mulut.

"Sikit aje! Nganga, meh? Abang suap. Aaaa....." Danish mendekatkan sudu ke mulut Afiqa.

"Abang..." Afiqa mencuit pipi Danish dengan lembut.

"Hurmm?" Danish tersenyum.

"Abang comel tau, hari ni." Afiqa tersenyum lebar.

"Okey." Danish tersengih. Fikir tak tau ke, ape minah ni punya rancangan? Nak bodeklah tu!

"Lagi comel kalau abang tak paksa Fiqa, kan?" Afiqa tersenyum comel.

"Tak. Lagi best kalau dapat gigit pipi orang yang cuba nak membodek tapi tak jalan ni, kan?" Senyuman sinis menghiasi bibir Danish.

"Tak nak!" Afiqa sedikit merengek geram.

"Makan!" Selamba Danish memaksa lagi meskipun cik kak tu berkeras tak nak makan!

"Tak nak!" Dahi Afiqa berkerut.

"Sini!" Danish pantas memegang pipi Afiqa dan mengangakan mulut Afiqa secara paksa.

Ape lagi, menggelupur akak tu bangun.

Tangan Danish ditolak pantas sebelum langkah diatur ke bilik.

Danish yang sedang duduk di sofa ruang tamu dapat mendengar bunyi dentuman pintu.

Waaa, mak buyung dah mengamuk! Cari nahas kau, Nish! Malam ni gerenti tidur luar!

Tanpa membuang masa, Danish turut mengatur langkah ke bilik.

************************

AKU DAPAT rasakan dia duduk di sebelah kanan aku.

Perlahan-lahan, tangan kanan aku dicuit.

"Fiqaaaa..." Okey, suara meleret dan penuh dengan mengada ngada tu dah keluar!

"Makan ni, please? Fiqa sayang baby, kan? Lagipun ingat tak ape umi ngan mama pesan? Kalau makan minyak kelapa ni, bersalin nanti mudah baby nak keluar. Fiqa pun tak sakit." Lembut dia memujuk.

Aku diam membisu.

"Please, sayang?" Suara dia makin lembut dan mendayu aje.

Adoii, lomah kepalo lutut den! Cairr!!!

"Tapi tak sedap!" Aku menggigit bibir. Tiba-tiba rasa sebal! Dia bukannya tau rasa benda tu. Tak sedap!

Air mata mula bertakung!

Aku rasa, aku terkena gangguan emosi waktu pregnant kut. Sebab tu jadi camni. Mudah terasa, mudah merajuk, mudah nangis. Alah, ramai lagi orang yang kena. Bukan aku aje!

"Tengok abang, please?" Lembut dia meminta. Lambat lambat, aku berpaling memandangnya.

Selamba dia memasukkan sudu berisi minyak kelapa tadi ke dalam mulutnya.

"Okey, done." Dia memandang aku tanpa berkelip.

Aku kelu.

"Kalau Fiqa kena makan demi baby, kena telan demi baby, kenapa tak abang sekali? Abang tak nak Fiqa tanggung semua. Kita kongsi. Ape yang Fiqa rasa, abang rasa. Alahan hari tu, abang dah rasa camner. Cuma, bawak baby and bersalin, sorry. Abang tak layak dan tak berkuasa untuk kawal yang tu. Tapi selagi mana abang boleh tanggung, abang tanggung. Okey?" Dia mengusap lembut pipi aku.

Maa Sweet Badboy!Where stories live. Discover now