Bab 75

6K 297 18
                                    



"MACAM MANA?" Nazrul memandang lelaki berjaket denim di hadapannya.

"Aku follow dia, dia pergi rumah bomoh tu lagi." Lelaki bernama Fakhrul itu menjawab.

"Rumah bomoh pulak?" Nazrul mengerutkan dahi tak percaya.

"Allahuakhbar. Ape lagi dia tak puas hati? Nad ni memang tak boleh tengok orang bahagia ke?" Nazrul menggeleng perlahan.

"Kau tak tahu tujuan dia?" Soal Nazrul lagi.

"Aku tak sure. Tapi sebagai member kau merangkap spy kau, aku nak tanya sikit. Boleh?" Fakhrul memandang Nazrul serious.

"Apa?"

"Kau,.. apasal kau suka sangat ngan Nadia ni? Aku tengok dia ni,.. hmm." Fakhrul terdiam. Tak sampai hati nak meneruskan kata. Bimbang  Nazrul terasa.

"Kau pun tahu kan,... Nad dulu ada obsession kat laki nama Danish tu?" Nazrul menyoal lembut.

"Yes. Sebab tu aku pelik." Fakhrul menyedut Fresh Orange yang terletak dihadapannya menggunakan straw.

"Tapi bila budak tu tukar sekolah, obsession dia makin melampau. Pasal tu Dato' bawak dia jumpa psikiatri. Waktu tu dia sekolah menengah. Bila habis spm, Dato' terus paksa dia sambung belajar di Kanada. Kononnya nak bagi dia lupakan budak tu. " Nazrul berhenti seketika. Minumannya dicapai.

"Maksudnya, Dato' berjaya buat dia lupakan lelaki tu?" Fakhrul mengagak.

"Yup. 'Pernah berjaya'." Nazrul mengangkat bahu.

"Pernah berjaya? Maksud kau?" Dahi Fakhrul berkerut.

"Maksud aku, Nad pernah lupakan Danish tu. Tapi benda tu tak lama. Bila dia balik Malaysia, kawan zaman sekolah dia ada bagitau pasal Danish ni. Terus dia jadi cam dulu balik." Nazrul meletakkan gelas tadi ke atas meja kembali.

Fakhrul mengangguk faham.

"Habis tu, macam mana dia boleh kerja dengan Nish tu?"

"Setahu aku, dia ada risik pasal lelaki tu. Dia ambik tau semua benda. Lepas tu, bila dia dapat tahu syarikat yang Danish kerja tu nak pakai pekerja, dia terus mohon. Walaupun sebagai officer biasa. Sampaikan jawatan timbalan pengerusi dalam company Dato' pun dia tolak." Nazrul terdiam dan menggeleng kesal.

"Bila camtu, permohonan dia diterima. Makin teruk jadi, bila dia tau Danish tu dah kahwin. Lagi dia mengamuk bila tahu yang Danish tu dah nak masuk dua orang anak." Nazrul menghela nafas perlahan.

"Ouhh. Patutlah. Sebab aku ada pergi risik kat ustaz yang mengubat Danish tu."

"Dia kata apa?" Laju Nazrul menyoal.

"Dia kata,.. santau tu nak dihantar kat isteri Danish tu. Tapi terkena Danish. Katanya, santau tu dihantar memang nak suruh isteri dia gugur. Nak suruh meroyan." Fakhrul menerangkan.

"Astaghfirullahalazim." Nazrul meraup muka.

"Skang ni, apa plan kau?" Fakhrul memandang Nazrul.

"Macam ni...."



*********

"SAYANG NAK masak apa lagi?" Dia menyoal.

"Takde dah." Pendek aku membalas.

"Ooo."

Sunyi. Aku diam dan dia senyap.

Maa Sweet Badboy!Where stories live. Discover now