"NAH." Aku berpaling ke sisi. Sehelai kertas A4 yang telah dilipat dua aku pandang.
"Ape?" Aku bertanya kepada Fitri.
"Ada student suruh bagi."
"Haa?" Aku sedikit ternganga.
"Lelaki ke, perempuan?" Aku bertanya kembali.
"Lelaki,lah..." Fitri menepuk dahi.
"Kertas ape?" Aku menyambut. Fitri cuma mengangkat bahu dan meneruskan tugasan yang diberikan oleh Prof. Suraya kelmarin.
Keep smiling cause you are the reason why I smile. Keep shining my sunshine. Bright the world with your light. :)
~unknow~Aku terkebil-kebil. Ingat sweet? Nasib baik sunshine. Kalau sunlight, sahih aku cari dan sepak penulis surat ni. Lagi best, kalau letak sarang kerengga dalam baju dia. Wahahahahaha! Ingat aku ni sabun basuh pinggan, ke?
Pantas, kepala aku mula merangka idea. iPhone dalam poket seluar, aku keluarkan. Aku ambik gambar dan hantar kepada Danish dengan caption:
Wahh... Bapak sweet. Secret admire kasi! Jgn salhkan Fiqa klau Fiqa terpikat - Fiqa
Aku tersengih senget. Tak lama, satu balasan diterima.
Amboi, gatal hah? Tunggu lah balik nanti, masak Fiqa abang kerjakan!- Abang
Aku tergelak kecil. Jealous! Tiba-tiba kerusi di hadapan aku ditarik dan seseorang duduk di atas kerusi tersebut.
"Nak kena goreng berempah ke, nak kena gulai?" Suara 'beliau' kedengaran.
"Ewahh,laju! Naik bas ekspress ke?" Aku tergelak kecil. Danish menjeling tajam.
"Uuuu.... Takutnyaaaa!" Aku meleretkan suara.
"Dahlah. Anak itik anak ayam, malas nak layan." Eh, berpantun pulak!
"Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan. Saya budak baru belajar, bodohnya kekal sepanjang zaman." Aku membalas. Serta merta ketawanya meletus.
"Senget!" Terus dilukunya kepala aku.
"Siapa yang senget?" Aku menjongketkan kening.
"Awak Lerr..." Dia tersengih.
"Urmm... Fiqa senget, abang sewel!" Aku tergelak. Danish mencebik.
"Yang sewel ni jugak lah yang dia sayang." Dia tersenyum sinis.
"Ekk? Anda pasti dengan jawapan anda?" Aku menyoal iras iras penyiasat persendirian melakukan aktiviti soal siasat. Aku mengusap usap dagu menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Bagi dramatis sikit! Ngeee...
"Saya pasti." Yakin dia menjawab.
"Salah takpe, confident jangan." Aku mengangkat angkat kening. Pantas, hidung aku ditariknya lembut.
"Budak ni, kan. Pi beli aiyaq jap. Aku dahaga ni." Dia memandang aku.
"Letih." Aku meletakkan kepala ke atas meja.
"Dah... Tak payah nak bukak opera kat sini. Takkan menang anugerah pelakon hipokrit terbaik, nyer! Nah, ambik 5 'ringgau' ni, pi beli Milo ais." Ujarnya selamba sambil menghulurkan sekeping duit bernilai RM5.
Aku mencebik kecil dan menyambar duit 5 'ringgau' di tangan nya. Sebelum berlalu untuk membeli aiyaq untuk pakcik ni.
Sekembalinya aku ke meja yang aku dan Danish duduki tadi, aku meletakkan gelas berisi Milo ais dan duduk di tempat asal iaitu berhadapan dengan Danish tanpa memandang kiri kanan.
YOU ARE READING
Maa Sweet Badboy!
RomanceDanish? Hmm, badboy senget, nakal, tapi,... sweet. WARNING⚠️ Citer ni agak klise Well, citer melayu, en? Author xpaksa untuk baca. Tapi malam nanti author pi umah korang hahahhaa 😂🙏🏻 A very beautiful cover by: @DarkTurner #1 KAHWINPAKSA (9/5/202...