"ABANG,.." Bahu Danish yang sedang sibuk menggomol muka Arasy aku cuit perlahan."Hmm?" Mukanya dipalingkan ke arah aku.
"Esok Fiqa nak keluar ngan Fitri. Boleh?"
"Nak buat ape?" Soalnya sebelum menyambung aktiviti menggomol Arasy. Arasy mengekek ketawa sambil menolak kepala papanya.
Haih, sian Arasy dapat bapak kaki buli cenggini.
"Dia ajak keluar nak cari barang tunang." Aku membalas teragak agak.
"Ouh,.. baru ingat. Fauwwaz pun ada bagitau abang, esok dia nak cari barang tunang." Dia mengangguk perlahan.
"Laa,.. abang dah tau?" Aku menyoal kurang percaya.
"Yelah. Dari sebelum kita grade lagi. Waktu Fauwwaz confess pun abang tau." Dia mengangkat bahu.
"Kenapa tak cakap?" Mata aku membulat.
"Kenapa tak tanya?" Soalan aku dibalas dengan soalan.
Ish!
"Hmm,.. back to the topic. Abang izinkan Fiqa keluar tak?" Aku memandangnya penuh berharap.
"Arasy saper nak jaga? Takkan Fiqa nak tinggal Arasy? Sejak bila Arasy pandai bancuh susu sendiri?" Keningnya terjongket. Aku julingkan mata keatas.
"Fiqa bawak Arasy sekali lah. Abang ni, kan? Takkanlah Fiqa nak tinggal anak kesayangan abang ni?" Aku menepuk dahi.
"Anak abang je? Bukan anak awak? Takpelah Arasy, mama tak ngaku Arasy anak dia, en? Meh lah ikut papa. Sian Arasy, dah di'anak papa'kan oleh mamanya sendiri!" Terus dia dukung Arasy dan ingin keluar dari bilik.
"Abang!" Aku memanggil Danish yang berjalan ke arah pintu bilik.
"Sian anak papa!" Dia buat buat tak dengar.
Heh, laki aku. Hampeh!
*******
"ABANG,... boleh tak?" Aku memegang lengannya.
"Siapa kata tak boleh?" Dia menyoal.
Aku diam sekejap. Ambik masa 2 minit jugaklah nak cerna ayat dia tu.
"Ceh, low connection." Dia smirk.
Ceh, ape punya laki!
"Hello, better low connection than no connection!" Aku luaskan mata.
"Heh." Dia pantas mencapai remote control.
Belum sempat dia alih ke channel yang dikehendakinya, alat kawalan tersebut sudah berada dalam genggaman aku.
"Sayang..." dia memandang aku dengan pandangan serious.
"Please abang?" Aku cebikkan bibir dan buat puppy eyes. Harap dia tegoda, lah. Muehehe!
"Sayang ingat muka camtu cantik ke?" Kening kirinya terjongket.
Zeettt! (bunyi CD rosak)
"Abang nak kata Fiqa tak cantik lah, ni?" Aku menyoal pantas.
"Memang." Selamba dia mengangguk.
Aku diam. Terasa.
YOU ARE READING
Maa Sweet Badboy!
RomantiekDanish? Hmm, badboy senget, nakal, tapi,... sweet. WARNING⚠️ Citer ni agak klise Well, citer melayu, en? Author xpaksa untuk baca. Tapi malam nanti author pi umah korang hahahhaa 😂🙏🏻 A very beautiful cover by: @DarkTurner #1 KAHWINPAKSA (9/5/202...