Bab 65

4.4K 221 45
                                    



AKU MENARIK baju yang dipakai supaya ke bawah sedikit. T-Shirt lengan panjang berbelang blueblack dan putih.

Kenapa aku rasa cam baju ni singkat? Padanhal kalau tengok dalam cermin, dah sampai takat paha. Dah bawah dari paras punggung. Tapi kenapa still rasa singkat???

Aku menunduk memandang kain batik. Rasa,.. janggal?

Aku tarik nafas panjang.

Rambut yang panjang mengurai aku ikat sebelum aku kepit dengan pengepit rambut. Mama kata,.. pakai camni nampak,..

seksi?

Aku tengok diri sendiri melalui cermin. Nampak... lain! Jujur, adalah jugak perkataan cantik tu. Dalam dalam, 0.00001%?  Yang selebihnya,.. diisi dengan perkataan pelik!

Aku pegang perut. Hmm, bulat. Anak Nish dah besar. Entahla, tiba tiba rasa malu pulak kalau Nish tengok aku camni nanti.

'Nak goda sendiri ke, rela perempuan lain yang goda?'

Kata kata mama bermain di benak. Haishh! Kacau lah camni.

Aku tarik nafas panjang. Lepas fikir berkali kali, aku nekad. Aku tak nak Nish yang dingin camni. Taknak papa Arasy layan dia dengan kasar.

Demi Arasy!












******


BUNYI KETUKAN pintu membuatkan aku menggelabah.

"Assalamu,..." Suara Danish terhenti dari memberi salam sebaik sahaja aku membuka pintu.

Matanya tertacap kepada aku tanpa berkelip. Aku dipandangnya atas bawah.

"Waalaikumussalam. Macam mana hari ni, kerja?" Aku menyoal selembut mungkin. Ya allah! Sumpah! Rasa cam nak mati tergolek!

"Err,...kerja? Hmm, okay." Dia tersenyum janggal.

"Abang nak makan?" Lengannya aku paut erat. Hish, ya Allah!!!

Bukan kerja aku lah goda goda orang ni!!!!

"Bo,. leh. Boleh." Dia mengangguk teragak agak.

"Cukup tak?" Aku menyoal lembut. Pinggan nasi aku suakan kepadanya.

Aku ke rak untuk mengambil pinggan dan mangkuk bagi mengisi lauk.

"Hari ni Fiqa masak paprik, ayam percik dengan telur dadar je. Sebab haritu abang ada kata nak makan paprik." Aku letakkan lauk ke atas meja sebelum jag berisi Ribena yang telah aku sejukkan dalam peti aku ambil. Gelas juga tidak terkecuali.

"Kenapa tengok Fiqa?" Aku menyoal bila mana aku perasan yang dia asyik memerhatikan aku.

"Takdelah." Dia tersenyum dan menggeleng perlahan. Pandangannya ditundukkan ke arah pinggan.

Hampir 2 minit dia termenung, keluarlah soalan.

"Kenapa buat semua ni?" Serious dia menyoal.

"Hmm?"

"Pakai camni? Tiba tiba je jadi camni?" Keningnya bertaut.

Maa Sweet Badboy!Where stories live. Discover now