"Jauh lagi ke,Ryan? Aku dah tak sabar ni!"
Seorang perempuan yang terbaring tidak menyedarkan diri diusap-usap pipinya.Lelaki yang bernama Ryan tersebut memandang melalui cermin dan tersenyum sinis.
"Sabar sikit. Dah nak sampai,"katanya.
"Pandai kau cari perempuan,Ryan! Jangan lupa kongsi ilmu!"kata salah seorang rakannya sambil ketawa. Ryan hanya tersenyum senget. Bangga dengan dirinya.
Dos ubat yang berlebihan membuatkan gadis itu langsung tidak menyedarkan diri. Pipi gadis itu terus dielus dan diusap oleh lelaki-lelaki yang berada di dalam kereta Honda tersebut.
"Jaga dia. Jangan sampai di-"
Bunyi hon kereta yang kuat menghentikan percakapannya. Rempuhan kuat menghentikan segalanya.
"Mummy.. Daddy.."
Pandangan semakin kabur. Pendengaran semakin kelam dan semuanya bertukar menjadi gelap-gelita.
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...