31.Gaduh

444 23 0
                                    

Rambut disikat rapi.Wajahnya sudah cantik setelah siap bersolek. Bibir mugilnya dioles sedikit liptint berwarna merah.

Jam dipandang sekilas.

"I'm late!"

Tisya bergegas mendapatkan beg tangannya dan keluar dari rumah. Dia mahu sampai ke pejabat Ryan secepat mungkin.

"Kamu nak ke mana,Tisya? Pagi lagi dah nak keluar.Cubalah duduk rumah.."tegur Puan Maznah yang sedang menyiram pokok bunga.

"Tisya nak keluarlah,mama.Ada banyak benda nak kena selesaikan.Dahlah,Tisya pergi dulu." Tisya terus masuk ke dalam keretanya. Puan Maznah hanya mampu menggelengkan kepalanya.

Kereta Tisya keluar daripada garaj.Melihat Tisya yang berlalu pergi,Puan Maznah teringat tentang Ryan.

"Entah-entah dia nak jumpa Ryan?"

RYAN yang duduk sendirian di rumah hanya mampu meluangkan masa lapangnya dengan mengemas rumah.Dia menyapu halaman rumah. Sekali pandang,memang nampak macam suami mithali!

"Goodmorning Ryan."

Ryan menoleh.Dahinya berkerut-kerut.

"Tisya? You buat apa datang sini? Cari Yana? Dia tak ada.Dia keluar,"kata Ryan.Dia kembali menyambung kerjanya.

"Bukan.I datang nak cari you." Tisya mendekati Ryan. Ryan menghela nafas berat.Wajah Tisya dipandang.

"You nak apa? Kalau jiran nampak kita berdua kan tak elok,"tegurnya.

"Wow.Sejak bila Ryan Harriz jaga batas ni? Setahu I,you tak kisah pun kalau kita berdua. Lagi-lagi dekat kelab-"

"Tisya,enough.I rasa, I dah cukup banyak buat dosa. I nak cuci tangan. I bukan Ryan Harriz yang dulu.Okey?"

Tisya ketawa.Dia berdiri betul-betul dihadapan Ryan.Wajahnya didongakkan sedikit memandang Ryan yang tinggi lampai.

"You nak tahu.. Kenapa I canang cerita buruk pasal you dekat orang lain?"soal Tisya.

Ryan sudah mula tidak tenang.Haih,baru nak berbaik dengan kau Tisya! Kau buat hal balik! Gila!

"You nak apa lagi? Hal antara kita dah tak ada apa-apa. Kita berdua pun tak jadi kahwin.Kenapa you suka kacau hidup I?"soal Ryan.Dia memandang tepat wajah Tisya.

Tisya tersenyum sinis.Rambutnya sengaja dikibaskan ke muka Ryan. Wangi semerbak bau rambutnya menusuk ke hidung Ryan.

Sabar,Ryan!

Tisya bermain-main jari di bahu Ryan.Dengan bakat yang ada,dia menayang wajah menggoda pada Ryan. Dia tahu,kelemahan Ryan adalah godaan.Godaan wanita.

"First of all.. Sebab you ex-boyfriend Tina. Ya,I tahu.. Bukan you yang mengandungkan Tina,tapi kawan baik you.. Arwah Badrul.I pun tahu kes Balqis. Kemalangan you dengan kawan-kawan you . Balqis,mangsa you dengan kawan-kawan you.. I tahu semuanya,Ryan. Dalam kemalangan tu,you sorang je yang terselamatkan? Kawan-kawan you yang lain termasuk arwah Badrul tu tak dapat diselamatkan sebab cedera parah. Termasuk Balqis."

Kata-kata Tisya membuatkan Ryan terdiam seribu kata.Wajahnya kelihatan cuak.

Macam mana Tisya boleh tahu kes Balqis dulu?

"Semua kisah silam you dulu ada dalam poket I je,Ryan." Tisya ketawa kecil.

"Macam mana you boleh tahu semua tu?"soal Ryan.

"Well,i thought you're forget that.. i'm ex-girlfriend's Badrul. Sejujurnyalah,I tak sukakan kembar I tu. You know why? Sebab Badrul taruh hati dekat Tina. Cerita ni mungkin boleh buat you pening,tapi itulah hakikatnya. Badrul,boyfriend yang I sayang sebenarnya ada affair dengan Tina,yang sebenarnya girlfriend you waktu tu.

Bila you dapat tahu Tina nak jadikan you pak sanggup kepada anak dia dengan Badrul,you pula seksa mental dia sampai dia tertekan and at last.. Dia bunuh diri sebab depres,"cerita Tisya dengan panjang lebar.

"Habis tu,kenapa you sibuk nak kacau hidup I sedangkan you tahu I tak bersalah langsung? Kita sama-sama mangsa keadaan!"ujar Ryan lagi.Dia tak puas hati.

Tisya ketawa sinis. Tangannya dilingkarkan ke leher Ryan.Wajah mereka begitu dekat sehingga dapat merasakan deruan nafas masing-masing.

"Sebab you dah buat parents I kecewa. Walaupun diorang tu bukan ibubapa kandung I, tapi I tetap sayangkan diorang macam ibubapa I sendiri. Mama I berkurung dalam bilik dua minggu sebab sedih dengan pemergian Tina. I pun tak faham kenapa dia sibuk nak kahwinkan kita dulu.

Dahlah rancang nak kahwinkan kita,lepas tu nak bagi syer syarikat dekat keluarga you pula tu.Huh,mama I memang gila.."kata Tisya,separa berbisik.Wajah Ryan berkerut.

Syer syarikat? Apa benda Tisya mengarut apa pula ni?

"I tak-"

"Abang Ryan!"

Ryan dan Tisya menoleh. Mata Ryan terbuntang luas apabila melihat adik perempuannya dan Yana yang sudah berdiri tegak diluar pagar rumah.

Ryan yang baru menyedari lehernya masih dilingkari tangan Tisya,terus menolak kasar gadis itu.

"Y-Yana."

Jantung Ryan semakin tidak tenang apabila melihat Yana yang mendiamkan diri dan airmatanya sudah habis melimpahi pipi.

"Abang buat apa ni? Kak Tisya? What are you doing here?!"marah Aryana.Tisya memandang Ryan dan Yana bersilih ganti.Wajahnya beriak beiasa.

"I pergi dulu." Laju saja langkahnya pergi meninggalkan mereka di halaman rumah Ryan. Aryana menjeling tajam ke arah Tisya yang berlalu pergi.

"Sayang,jangan fikir bukan-bukan. Abang tak buat apa-apa,"kata Ryan.Dia mendekati isterinya namun Yana mengundur.Dia menjauhkan diri dari suaminya.

"Sayang.." Bergetar suara Ryan.

"You.. You just don't love me anymore." Yana kembali masuk ke dalam kereta adik iparnya.

"Sayang! Rya,tolong abang.Percayalah! Abang tak buat apa-apa!" Ryan meyakinkan adik perempuannya pula.

"Tak buat apa-apa? Abang,Rya tahu abang ni jenis bersosial. Tapi tolonglah jaga hati kak Yana! Abang dah kahwin! Can you just get it? Abang dah jadi suami orang! Takkan itu pun tak boleh fikir? Kalau abang tetap tak boleh nak setia,baik tak payah kahwin!"bidas adik perempuannya.Aryana juga masuk semula ke dalam kereta.

"Rya! Yana!" Ryan mengetuk cermin kereta adiknya.Aryana langsung tidak mengendahkan abangnya. Dia memandang kakak iparnya yang berada disebelahnya.

"Kak Yana.. Sabar ya? Maafkan abang. Rya tak sangka pula.."

Kata-kata Aryana dipotong. Yana mengesat airmatanya.

"Tak apa.Rya hantarkan akak dekat rumah ibu akak.Boleh?"pintanya. Aryana mengemam bibirnya lantas mengangguk.

Abangnya yang masih memanggil diluar tidak diendahkan.Yana turut tidak memandang ke luar tingkap. Biarlah. Kalau duduk disitu,takut makin besar pula pergaduhan mereka.

"Rya! Yana!"

Kereta adiknya yang berlalu pergi dipandang. Ryan mengusutkan rambutnya. Mulutnya habis mengeluarkan kata-kata kesat,melepaskan rasa geram.

"Tisya.. Kau tunggu!"

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now