3. Jatuh hati

816 50 1
                                    

Yana melangkah masuk ke dalam biliknya. Pintu ditutup rapat kemudian mulutnya terus terukir senyuman.

"Tak sangka,dia periang juga orangnya,"gumam Yana. Dia berjalan ke katil dan duduk di birai katil. Tudungnya dibuka.

Yana teringat kata-kata Ryan kepadanya.

"Saya tak sebaik yang awak sangka."

Yana yakin,pasti ada cerita lagi yang belum diceritakan oleh Ryan. Mungkin kisah silamnya?

Tentang kisah silam,semua orang mempunyai kisah silam. Dia faham,buka mudah untuk bercerita dan membuka semula kisah silam kepada orang lain.

Ryan seorang yang teruk ke dulu sampai dia menyesal dan depress macam ni?

Hm,misteri juga hidup Ryan ni. Semakin hari semakin Yana mahu mengenali Ryan dengan lebih mendalam lagi. Dia mahu merungkai semua kisah-kisah silam Ryan.
Hatinya begitu bersungguh mahu menolong Ryan.

Lebih-lebih lagi,dia melihat satu sisi baharu Ryan semalam. Ryan yang periang dan mudah ketawa apabila Yana membuat lawak.

Terkedu juga melihat tawa yang dihamburkan oleh Ryan. Hatinya senang melihat Ryan ketawa.

Perasaan yang sama dialaminya sewaktu dia bersama Haiqal pada pertemuan pertama mereka dahulu.

Takkan jatuh hati kot? Kenal tak sampai sebulan,dah jatuh hati?

Tapi,dalam dunia ni tak ada yang mustahil.

"Ish,baik aku mandi. Lepas tu,aku nak makan! Buatnya ada emergency call kejap lagi,naya aku tak dapat makan langsung." Yana menggelengkan kepalanya. Bingkas dia mendapatkan tuala dan pergi membersihkan diri.

RYAN menayang wajah kelat. Dah kena herdik semalam pun tak serik ke? Takkan hari-hari nak kena herdik? Daripada tak gila,boleh betul-betul jadi gila dibuatnya.

"You buat apa datang sini? I cakap,I taknak tengok muka you kan?"kata Ryan.

"I datang sebab I nak jaga you. Mummy you tak dapat jaga,jadi I tolonglah jaga." Tisya duduk di birai katil.

Ey,rasa nak tolak je minah ni.

"No need. I ada doktor yang boleh jagakan I." Ryan menolak sedikit tubuh Tisya yang begitu rapat dengannya.

Ni bukan nak jaga,ni nak menggatal!

"Doktor mana? Doktor perempuan semalam tu?"soal Tisya.Ryan menggangguk.

"Jaga ke menggatal? You tak payahlah nak cuba doktor tu. I'm more better than her. " Tisya membuka bekas makanan yang dibawanya.

"So what if I nak cuba doktor tu? Bukan ada kaitan dengan you. You lagi better dari dia? Huh,jangan buat lawak. You dengan dia jauh beza." Ryan tersenyum sinis.

"Jadi,you nak cakap doktor tu baik? Doktor tu sempurna?"

"I tak cakap macam tu. Cuma, I tahu yang dia bukan perempuan macam you. Come on, I kenal semua lelaki yang you pernah tidur. "

Berkerut dahi Tisya. Terbantut niatnya mahu menyuap Ryan makanan yang dibawanya.

"You jangan cari pasal boleh tak?"katanya.

"Apa? I tak cari pasal pun. I cuma cakap benda betul. "

Tisya menghempaskan sudu yang dipegangnya.

"You cerminkan diri you tu dulu. You pun sama macam I. I kenal semua perempuan yang you dah tidur. Jangan sampai cerita ni I buka dekat doktor tu!"kata Tisya. Dia mengetap gigi menahan geram.

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now