Ryan memicit kepalanya.Dia meneguk air suam yang dihantar oleh pembantunya. Segelas air suam diteguknya.
"Kau okey tak,Ryan? Pucat je aku tengok.Kau demam?"soal Zahir.
Ryan menggeleng. "Aku tak demam.Cuma aku sakit kepala. Tekak aku pun tak ada selera nak makan."
Ryan bersandar di kerusinya.Dia memicit lagi kepalanya.Melihat fail yang banyak di atas meja membuatkan kepalanya semakin sakit dan serabut.
"Tak pergi klinik? Mana tahu migraine?"ujar Zahir.Risau pula melihat Ryan yang pucat wajahnya.
"Entahlah.. Aku malas nak pergi klinik. Membazir je."
"Membazir ke takut? Takut makan ubat,"usik Zahir.Dia ketawa kecil.
"Helo,ni Ryan Harriz. Tak ada maknanya aku takut makan ubat.Aku cuma malas nak pergi klinik." Ryan memejamkan matanya.
"Tak pergi nanti makin melarat,macam mana?"
"Yang kau pula risau lebih ni kenapa? Macam kau pula bini aku,"kata Ryan.Sempat dia ketawa.
"Mestilah risau.Kalau kau sakit,mesti kau kena ambil cuti. Kalau kau cuti,semua kerja kau ni.. Aku yang kena cover.Tak pasal aku sekali kena migraine,"kata Zahir.Bersungguh dia merungut sampai tangan letak dekat kepala menunjukkan dia sakit kepala juga.
"Amboi.. Tak ikhlas la? Aku baru nak suruh daddy aku naikkan gaji kau."
Berubah wajah Zahir. "Eh,kau cutilah.Aku tak kisah.."
Ryan ketawa.Dia menggelengkan kepalanya.
"Piiraah! Sebut naik gaji baru nak."
Zahir tersengih. "Mestilah.Duit kan,siapa yang taknak?"
Ryan menggelengkan kepalanya perlahan.
"Dah nak masuk waktu lunch. Kau keluar dengan bini kau ke? Kalau tak,jom keluar makan." Zahir melihat sekilas jam di tangan kirinya.
"Em.. Zahir.Kau rasa,dekat mana ada jual rojak?"soal Ryan.
"Apa punya soalan kau ni? Berlambak kedai yang jual rojak.Kenapa? Bukan ke kau anti dengan makanan macam tu? Konon not your style.Demand." Selamba Zahir mengutuk kawannya sendiri. Kutuk depan pula tu. Berani kutuk anak bos!
"Mulut kau.. Kalau aku dapat sumbat cili pun best.Aku tanya sebab aku nak beli.Aku ada ternampak dekat dalam instagram tadi.. Nampak macam sedap.Tu yang aku nak rasa,"kata Ryan.Dia sudah kecur liur.
"Kantoi tak buat kerja.Buka instagram!"
"Sukahati aku lah.Cepatlah,aku nak rasa rojak." Ryan menggesa Zahir. Berkerut-kerut wajah Zahir apabila bahunya ditolak-tolak.
"Rilekslah. Takkan tak pernah makan langsung?"soal Zahir.Ryan menggeleng.
"Kesian hidup kau ya. Dah,jom.Aku tahu dekat mana yang sedap.Kau jangan complain pula! Ikut je aku,"kata Zahir.Ryan menggangguk.
"Ye aku ikut.Dah jom,"kata Ryan.Dia bingkas bangun tanpa mengemas mejanya yang berselerak.Zahir hanya mampu menggelengkan kepalanya.
Buang tebiat agaknya mamat ni.
ZAHIR memeluk tubuh.Dia memerhatikan Ryan. Sesekali dia menyedut air minumannya yang sudah tinggal separuh.
"Ryan,aku rasa macam something wrong la."
"Apa?" Ryan kusyuk menikmati rojak yang dibelinya.Wajah Zahir langsung tidak dipandangnya.Hampir licin rojak yang dimakannya.
"Kau sihat ke tak sebenarnya? Tadi kata tak ada selera?"soal Zahir.
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...