Rambut disisir rapi.Kolar baju dibetulkan. Minyak wangi disembur bagaikan mahu habiskan sebotol minyak wangi. Dari jauh dah boleh bau!
"Ryan Harriz,patutlah ramai perempuan berderet nak dekat kau.Terlebih kacak rupanya!"
Ryan mencapai jam tangan dan memakainya pada tangan kiri.Lengan baju disingsing sehingga ke siku menampakkan lengan 'kelelakian'nya.Kalau sekali pandang,memang boleh jatuh hati!
Jam di dinding dipandang.
"Okey,let's go!"
Ryan berjalan turun ke tingkat bawah rumahnya dan mencapai kasut.
"Wow,handsome macam ni nak pergi mana?"
Ryan menoleh ke sisinya.
"Nak keluar dengan bakal bini." Ryan menunduk untuk memakai kasut.
"Oh,jom!" Tisya memeluk lengan Ryan.
Wow,tegap.
Bruh,sempat kau ya Tisya!
"Jangan peluk boleh tak? Rimas." Ryan menarik lengannya.
"By the way,I bukan nak keluar dengan you.I nak keluar dengan doktor Yana.Jadi,tolonglah.Baik you duduk rumah,tolong mummy I kemas rumah lagi bagus.Alang-alang tu,jadi orang gaji.Nanti I bayar gaji you. Okey?"kata Ryan.Tanpa berkata apa-apa,dia berjalan menuju ke arah keretanya.
"Apa? Ryan,nanti! Mummy you suruh kita pergi beli cincin!"
Ryan memandang Tisya. "Jadi? I dah cakap awal-awal. I taknak kahwin dengan you.Jadi,I tak perlu pergi. Kalau you nak juga,pergi sorang-sorang.Kahwin sorang-sorang." .
Tisya mencebik.
"Ryan,mummy cakap ikut cakap mummy.Pergi beli cincin dengan Tisya sekarang." Datin Sofea muncul di muka pintu.
"Mummy,tolonglah.Ryan taknak! Ryan bukan budak-budak yang mummy boleh paksa!"
Datin Sofea memeluk tubuhnya."Kalau taknak kena paksa,ikut cakap mummy."
Tisya berjalan menuju ke arah Ryan. Dia mengukir senyuman. "Jom?"
Ryan memandang Tisya,bengang.
Dasar hipokrit!
MATA Yana memandang sekeliling,mencari kelibat Ryan.Janji pukul 10 pagi.Sekarang dah pukul 10.50 pagi
"Bila aku mesej,tak reply.Aku telefon,tak angkat." Yana memandang telefonnya.
"Dia nak ke tak keluar dengan aku sebenarnya ni? Air aku pun dah habis sementara tunggu dia,"gumamnya.
Yana memandang makanan yang sudah terhidang.Haih,ingatkan baru nak sarapan sama-sama. Dah nak masuk lunch dah pun!
Yana mendail nombor Ryan sekali lagi.
Hampa.Ryan tidak menjawab panggilannya.
RYAN memegang stereng kereta dengan kuat.Wajahnya tegang.Bengang!
Perlu ke rampas telefonnya? Huh!
"Lepas beli cincin..Kita pergi makan eh? I lapar." Mata Tisya masih di telefon.
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...