"Sofea,awak nak pergi mana pagi-pagi ni?"soal Dato' Raziq.
Datin Sofea tidak memandang suaminya. Dia hanya menayang wajah bosan.
"Keluar."
"Nak pergi mana? Harini saya cuti.Temanlah saya dekat rumah. Kalau bosan duduk rumah,kita keluar jalan-jalan.Dah lama saya tak bawa awak shopping,"kata Dato' Raziq. Dia bangun dan berjalan ke arah isterinya yang sudah berdiri tegak di hadapan pintu.
"Baru sekarang terfikir nak bawa I keluar ke? Tak payahlah susah-susah nak bawa I. I tahu bawa diri sendiri. I nak keluar dengan Tisya." Datin Sofea mencapai kasut tingginya.
"Tisya lagi? Bila awak nak ajak Yana pula? Dia menantu awak.Bukannya Tisya."
"Sukahati I lah. Untuk pengetahuan you,Ryan dah setuju nak bertunang dengan Tisya. You tak payah masuk campur. Kalau jadi apa-apa dekat majlis tu nanti,you orang pertama I cari! Sanjung sangat dekat menantu you tu. Apa yang bagus sangat doktor tu entah. Doktor konon! Bekas doktor!" Datin Sofea menjeling suaminya.
Dato' Raziq menggelengkan kepalanya. Makin kurang ajar sikap isterinya ni. Dia mesti diajar!
"Awak dengar sini,Sofea. Kalau disebabkan perbuatan awak ni,anak lelaki saya tak bahagia.. Tahulah nasib awak. Awak kena ingat. Awak jangan bangga diri sangat sebab awak tu datin.
Jangan pernah lupa asal usul awak. Maafkan saya,tapi saya terpaksa gunakan harta untuk ajar awak. Sekali awak seksa menantu saya,satu sen pun awak takkan dapat harta saya,Sofea." Tegas Dato' Raziq memberi amaran kepada isterinya sendiri.
Dia kenal sangat dengan isterinya.Mata duitan! Terlalu banggakan diri sendiri sebab bawa gelaran tinggi.Terpaksa Dato' Raziq gunakan harta untuk ajar isterinya. Biar dia tahu langit tu tinggi atau rendah.
Datin Sofea memandang wajah suaminya. Dia menahan geram.
"Jadi you nak ugut I? Kalau macam tu,baik ceraikan I! Ceraikanlah! I pun tak hamak dengan harta you! Ceraikan I sekarang juga!"
Dato' Raziq menahan sabar.
"Sofea.,jaga kata-kata awak."
Datin Sofea masih dengan sikap hidung tinggi nya. Sombong! Bangga diri! Riak!
"Nak jaga apa? Kata-kata I ni tak ada apa-apa makna dah bagi you kan? Tunggu apa lagi? Ceraikanlah I!" Datin Sofea mendesak Dato' Raziq.
"Jangan sampai saya tunaikan permintaan awak tu,Sofea.Saya tak akan menyesal,tapi awak yang menyesal nanti." Wajah Dato' Raziq mulai tegang.
"Menyesal? Tak ada maknanya! Ceraikanlah I sekarang! You tak suka dekat I kan? Benci dengan I? Jadi? Ceraikan I!"
Dato' Raziq menarik nafas sedalam-dalamnya.
"Okey,kalau itu yang awak nak sangat. Sofea Amanda Binti Yusuff,saya ceraikan awak dengan talak satu."
Suasana menjadi hening. Datin Sofea terdiam. Bagai tak percaya dengan apa yang didengarinya.
Dato' Raziq benar-benar ceraikannya? Semudah tu?
"Y-you ceraikan I?"
"Awak yang minta. Saya hanya menurut.Lagipun,awak dah melampau. Saya tak rasa awak akan hormat saya sebagai suami lagi kan? Daripada awak terus buat dosa,baik saya lepaskan awak." Dato' Raziq berpaling.Dia mahu melangkah,namun Datin Sofea menahannya.
"You tak menyesal ke? Baik you pertimbangkan balik."
"Macam yang saya cakap tadi,saya tak akan menyesal. Saya rela hidup menduda sampai mati daripada kena tanggung dosa yang awak buat."
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...