27. Aryana

447 21 0
                                    

Awal pagi lagi Ryan sudah terpacak di depan rumah ibubapanya.Kelibat Datin Sofea dicari.

"Daddy,mummy mana?"soal Ryan.

"Dia tidur lagi.Daddy dah kejut dia tapi dia taknak bangun.Penat katanya.Entah apa dia buat semalam sampai penat sangat.Kenapa kamu cari dia,Ryan?"soal Dato' Raziq.

"Tak ada apa.. Ryan ada hal sikit je. Kalau mummy penat,tak apalah.Mummy pergi mana semalam,daddy?"

"Daddy pun tak tahu.Bila ditanya,mummy marah daddy. Daddy pun tak tahu nak cakap macam mana dah.Nak marah pun tak larat dah.Mummy kamu asyik nak menang je,"kata Dato' Raziq lagi.

"Eh,sinilah Ryan.Makan dengan daddy. Yana macam mana? Sihat dah?"

Ryan mengambil tempat di meja makan.

"Alhamdulillah,dia dah okay.Cuma dia tak boleh masuk kerja lagi.Ryan rasa,Ryan nak dia berhenti kerjalah.Okey ke,daddy?"soal Ryan,meminta pendapat bapanya.Dato' Raziq yang menyediakan sendiri sarapannya dipandang.

Kesian daddy.Semua daddy buat sendiri.Mummy bukan nak buatkan sarapan untuk daddy.Haih.Bisik hati Ryan.

"Daddy tak kisah.Semua terpulang pada Ryanlah.Kalau kamu rasa boleh tanggung Yana,suruhlah dia berhenti.Dia boleh duduk rumah jaga makan minum kamu je. Tak adalah sibuk sangat dengan kerja,"kata Dato' Raziq seraya menyapu jem pada roti.

"Tapi dia macam tak setuju kalau Ryan suruh dia berhenti. Ryan bukan apa,dia kerja on call. Kalau malam-malam pun kena panggil kerja,macam mana? Kesian dekat Yana,kesian dekat Ryan juga. "

Dato' Raziq tergelak kecil.

"Daddy faham. Ikut kamulah,Ryan. Bincang elok-elok.Jangan sampai bergaduh pula. Kena ada kompromi. "

"Okey daddy.."

Ryan memandamg di sekeliling rumah ibubapanya itu.Dia berharap sangat Datin Sofea akan bangun dari tidur dan menyertai mereka berdua sarapan pagi.

Tapi,tu lah.Batang hidung pun tak nampak.

Kenapa susah samgat nak jumpa dengan mummy ni? Nak minta penjelasan pun susah?

Sesekali Ryan menghela nafas berat.

JAM menunjukkan tepat pukul dua petang. Ryan baru sahaja habis mesyuarat bersama pihak atasan.Perutnya yang dari tadi berkeroncong minta diisi.

"Encik Ryan,ada tetamu nak jumpa encik Ryan,"ujar pembantu Ryan.

"Siapa dia? Ada buat appointment?"

"Tak ada.. Tapi dia nak juga berjumpa. Perempuan.Dia tak bagitahu nama.."kata Aina,pembantu Ryan dengan takut-takut.Manalah tahu Ryan naik hantu. Ryan punya baran pun boleh tahan.Tak kira masa barannya.

"Tak apa,suruh dia masuk." Ryan melabuhkan punggung di kerusi. Dia bersandar dan wajahnya diraup. Baru kerja setengah hari,badan sudah terasa penat. Disebabkan penat macam ni yang menghalang dirinya untuk ke kelab malam sekarang.

"Ehem..Hello Mr.Ryan."

Ryan mengangkat kepalanya.Muncul wajah adik perempuannya,Aryana yang telah sekian lama tidak pulang ke tanah air sejak tiga tahun lepas.

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now