Pemandangan tasik yang menenangkan dipandang Yana. Kini,genap sebulan dia berpisah dengan Ryan. Apalah khabar suaminya di sana ya?
Yana membetulkan tudungnya. Angin sepoi-sepoi bahasa serba sedikit membantu hatinya untuk bertenang. Namun,rindu tetap bertakhta di hati.
Bukannya dia tak cuba untuk telefon suaminya,tapi setiap kali dia telefon pasti tak dapat. Besar kemungkinan ibu mertuanya yang memegang telefon suaminya.
Kadang-ladang,Yana terfikir. Kenapa Datin Sofea begitu bencikannya? Dia dibenci hanya kerana menjadi isteri Ryan dan bukannya Tisya yang jadi isteri Ryan?
Yana menghela nafas berat.
"Muram je muka.Ada masalah ke?"
Yana menoleh.
"Eh,Haiqal. Awak buat apa dekat sini?"soal Yana.Dia memandang sekeliling.
"Saja nak ambil angin. Awak buat apa dekat sini? Ada masalah ya?"soal Haiqal pula.Yana hanya tersenyum.
"Saya dengar awak dah kahwin. Tahniah,"ucap Haiqal.Dia memandang wajah Yana.
Haih,silap besarnya yang dilakukannya dulu adalah meninggalkan gadis ini demi perempuan lain. Ah,menyesalnya!
"Awak macam mana sekarang? Dah kahwin? Lama tak jumpa kan?"kata Yana,sekadar mahu berbahasa.
"Jodoh tak sampai lagi.. Saya masih menunggu bunga.Entah dapat ke tidak. Rasanya nanti saya jadi kumbang tua,"kata Haiqal seraya bergurau dengan Yana. Gadis itu hanya tersenyum.
"Nanti adalah tu. Awakkan handsome. Muka kacukan arab. Siapa je taknak?"
Haiqal tergelak. Alahai Yana.
"Memandai je awak ni. Muka saya ni macam orang jawa tahu tak? Jauh beza dengan orang arab. Lainlah awak tu. Muka ada persis Pakistan. Awek Turki,"usik Haiqal lagi. Yana tergelak kecil.
"Pandailah awak. Awek Turki ya? Tapi saya memang cantik pun.."
"Ya awak memang cantik Yana." Haiqal memandang Yana.
Yana memandang Haiqal.Alamak,niat dia nak bergurau je.Kenapa Haiqal memandangnya lain macam je ni? Seram la pula.
Yana berdeham. "Kerja awak macam mana sekarang?"
Yana menukar topik.
"Okey je. Cuma saya kena transfer dekat Sabah haritu. Ni pun balik sekejap. Bos saya yang baru tu yang tukarkan saya ke sana. Kurang asam betul. Sekarang dia tak ada. Tu yang saya dapat curi tulang sekejap balik ke sini,"kata Haiqal. Dia masukkan tangannya ke dalam poket. Nak nampak macho lah kononnya tu.
"Bos baru tu pergi mana?"
"Entah.Dengar cerita,pergi US. Tak pasti sebab apa. Kerjalah kot.. Tapi pembantu dia cakap,setahun dia pergi sana. Entah-entah dia pun kena transfer kerja dekat sana. Padan muka!" Haiqal mengutuk majikannya.
"Tak baik awak ni.." Yana menggelengkan kepalanya. Saat itu,dia teringatkan suaminya. Dia mengeluh lagi. Masih lama untuk tunggu tempoh setahun itu. Entah bilalah dia boleh bertemu dengan Ryan.
"Awak okey? Nampak macam ada masalah.Taknak cerita?"
Yana memandang Haiqal lantas tersenyum. "Masalah kecil je. Tak apa.Biasalah,dalam hidup ni mesti ada masalah kan? Macamlah awak tak kenal saya. Saya ni Yana Zulaikha tau. Mestilah boleh hadap."
"Amboi.. part riak tu memang diri Yana Zulaikha. Tak ubah dah. "
Mereka berdua ketawa.
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...