54.Pemergiannya sebuah kehilangan

1.3K 28 2
                                    

Orang ramai berkumpul di tanah perkuburan untuk membantu mengebumikan jenazah.Cuaca yang panas terik tidak mengganggu proses pengebumian jenazah.

Proses pengebumian jenazah berjalan lancar dengan izin-Nya.Datin Sofea memeluk menantunya,Yana dengan erat.

"Yana,sabar ya? Allah lebih sayangkan dia.Doakn supaya dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman,"kata Puan Sarah.

Tidak ketinggalan,Puan Maznah turut hadir di majlis pengebumian tersebut.Sedih dan rasa bersalah kerana turut bersubahat dalam kes meruntuhkan rumahtangga orang. Walaupun Tisya sudah ditahan reman,dia tetap tidak salahkan Tisya mahupun sesiapa.

Mungkin juga salahnya kerana membandingkan diri Tisya dan arwah Tina.Tisya mungkin berkecil hati dan bertindak seperti orang kurang kasih sayang.

Yana merenung kubur suaminya yang masih bertanah merah.Wajahnya sudah sembab kerana puas menangis.

Rasa seperti mimpi.Mimpi buruk baginya.Dalam sekelip mata,dia kehilangan lelaki yang bernama Ryan Harriz.

Walaupun sering bertelingkah dan berselisih faham,lelaki itu tetap mencintainya setulus hati dan dia juga turut mencintai lelaki itu sepenuh hati.

Mengenangkan anak yang dikandungnya membuatkan Yana semakin sebak. Airmata tak henti-henti mengalir.

"Abang,Yana redha dengan pemergian abang.Terima kasih sebab jadi suami yang terbaik untuk Yana selama ni." Yana mengesat airmatanya.Puan Sarah mengusap belakang Yana.

"Cinta Yana tak akan pernah mati untuk abang. Yana janji,Yana jaga anak kita baik-baik macam yang abang inginkan. Tunggu Yana dekat sana ya,abang? Yana sayang abang."

Yana menangis lagi. Dia tahu,meratapi pemergian orang yang sudah tiada bukan sesuatu yang baik tapi dia tak dapat menahan dirinya.Airmata mahu terus turun tanpa henti.Dia terlalu sayangkan Ryan. Ryan bagaikan separuh dari nyawanya.

"Yana sayang abang."

"SOFEA,I minta maaf bagi pihak keluarga I. I tak sangka,Tisya boleh bertindak sampai macam tu sekali. Betul-betul diluar kawalan I." Puan Maznah memegang tangan Datin Sofea.

"Dia satu-satunya anak I,Maz.Dialah harapan keluarga I. Salah I juga sebab degil.I pentingkan diri sampai dia berkorban macam tu sekali.I macam tak percaya yang dia dah tinggalkan I,Maz." Datin Sofea memandang Puan Maznah. Dato' Raziq yang sudah keluar dari hospital duduk di sofa.Dia sendiri tak sangka perkara buruk akan menimpa anak lelakinya.

"I minta maaf bagi pihak keluarga I,Sofea.I minta maaf sangat-sangat,"ucap Puan Maznah.

"Benda dah jadi,Maz.I sendiri rasa berdosa dengan anak menantu I.Sekarang ni,I nak tebus kesalahan I dekat keluarga Yana.I akan jaga menantu I macam anak I sendiri. I akan jaga keperluan cucu I."

Datin Sofea tersenyum nipis.Wajahnya betul-betul nampak kesal dengan apa yang berlaku.Dalam sekelip mata,semuanya berubah.Anak lelaki kesayangannya telah pergi.

"Tak ada gunanya nak menyesal sekarang,Sofea. Kita solat dan doakan untuk arwah. Kita kena jaga Yana dengan cucu kita tu,"kata Dato' Raziq.

Datin Sofea mengangguk.

"Saya akan tebus semua kesalahan saya,bang.Mesti arwah harapkan kita untuk jaga isteri dan anak dia."

YANA hanya menguis makanan ya g ada di hadapannya.Seleranya untuk makan langsung tiada.

"Yana,makanlah nasi tu.Yana tak makan lagi dari tadi kan? Makan sayang.Kesian cucu ibu tu,"kata Puan Sarah.Dia menuang air untuk Yana.

"Yana tak lapar,ibu.Yana mengantuk.Yana nak tidur." Yana bangun dan berlalu pergi.Puan Sarah hanya mampu melihat anaknya pergi masuk ke bilik.Dia tahu,bukan senang nak tenangkan hati.Kehilangan orang yang tersayang sememangnya sakit.

"Kesian saya tengok anak kita tu,bang.Muda lagi dah kena tempuh semua ni.Cucu kita tu tak sempat jumpa ayah dia,bang." Puan Sarah duduk. Dia menghela nafas berat.

"Nak buat macam mana? Semua ni dah tertulis ajal dia sampai dulu.Saya pun terkilan sebab tak dapat jumpa arwah buat kali terakhir,"kata Encik Azhar.

Mereka berdua menghela nafas berat.

YANA mencapai bingkai gambar perkahwinannya.Yana duduk di birai katil dan melihat gambarnya yang hanya tinggal kenangan.

"Abang,minggu depan Yana pergi check up.Mesti baby sihat.Mesti muka dia macam abang,kan? Abang jaga diri baik-baik dekat sana.Yana dekat sini sihat.Abang jangan risau.Ramai yang jaga Yana,abang." Yana mengukir senyuman sekaligus airmatanya turun ke pipi.

"Abang,Yana rindu abang." Yana memeluk bingkai gambar tersebut.Telinganya bagaikan terdengar-dengar suara suaminya. Matanya bagaikan terlihat-lihat bayang suaminya yang sedang tersenyum dan ketawa.

"Yana nak jumpa abang dekat sana.. Yana rindu abang."

Gambar tersebut dipeluk erat.Hanya gambar itu menjadi penemannya ketika tidur. Hanya gambar itu menjadi pengubat rindunya kepada Ryan.

Ryan Harriz,suami paling sempurna buat Yana Zulaikha.

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now