24.Gugur

549 28 0
                                    

Yana terbaring penat selepas mengemas rumah walaupun rumahnya tidaklah terlalu bersepah. Biasalah,nak ambil hati mertua.

Dia tahu,Datin Sofea sengaja mahu cari pasal dengannya. Namun disabarkan hati demi mengambil hati mertuanya. Moga-moga dengan cara ini ibu mertuanya dapat menerimanya.

Yana menggosok perlahan perutnya yang terasa kurang enak. Jam dinding dipandang.

"Sibuk layan mak mertua,langsung tak sedar jam dah nak masuk tengahari. Aku tak masak pula tu. Ryan pula tak bagitahu nak makan dekat rumah ke apa.." Yana terus-menerus menggosok perutnya.

"Pedih perut aku dibuatnya.. "

Yana bingkas bangun dan menyandarkan dirinya di kepala katil.

"Takkan lapar sangat sampai pedih perut macam ni? Aku minum jus buah tadi banyak sangat sampai kembung ke?" Dahi Yana berkerut.

Semakin lama perutnya terasa semakin sakit. Dia membuka laci di sebelah katilnya.

"Aku nak makan ubat.. Kang effect lain pula dekat anak aku."

Perutnya terasa semakin mencucuk. Dia memejamkan matanya rapat-rapat.

"Ya Allah aku makan apa sampai sakit perut macam ni? Baby please jangan meragam teruk.." Yana teraba-raba mencapai telefonnya dan mendail nombor Ryan.

"Abang,please jawab.."

Wajah Yana mulai pucat.

MELIHAT daripada jauh,nampak seperti lovebirds.Tambahan pula,Ryan dan Tisya bergurau mesra bersama gelak tawa. Sekali pandang memang nampak seperti orang yang sedang hangat bercinta.

Telefon yang berdering menghentikan tawa Ryan. Dua memandang telefonnya.

"Kenapa tak angkat? Yana tu,"kata Tisya. Dia memandang Ryan.

"Malaslah.Dia nak bagitahu pasal checkup lah tu. Rimas,"kata Ryan. Dia menyedut air minumannya.

"Kalau ada kecemasan macam mana? You suka betul ambil remeh kalau bab isteri ni,"kata Tisya lagi.

"Emergency apa? Dia doktor.Tahulah dia nak handle macam mana.."kata Ryan sambil lewa. Wajahnya benar-benar tampak tak berminat.

"Sukahati youlah. Kalau taknak jawab,silent. Bisinglah you punya telefon. Macam you sorang je ada telefon yang berbunyi,"usik Tisya.

Ryan tergelak.

"Okey okey." Dia terus mematikan telefonnya.

"Dah.Aman kan?"

Tisya ketawa. Dia memandang wajah Ryan. "Lepas ni,kita pergi tengok movie."

"Okey.Apa-apahal,you belanja."

"Amboi..!"

JAM menunjukkan pukul 2 petang. Ryan memberi salam dan melangkah masuk ke dalam rumah. Sunyi.

"Yana?" Dia memanggil isterinya.

"Mandi kot,"gumamnya sendirian.Dia mendaki anak tangga. Sampai di tingkat atas,terbuntang matanya melihat tubuh isterinya terbaring kaku di atas lantai di hadapan bilik.

Kunci kereta pula tercampak di tepi bersama telefon.

"Sayang?" Pipi Yana ditampar perlahan berkali-kali.Ryan memandang keadaan tubuh isterinya. Darah yang mengalir di peha isterinya membuatkan dia semakin gelabah.Airliurnya tiba-tiba terasa kelat mahu ditelan.

Tanpa membuang masa,bingkas tubuh Yana dicempung. Wajah pucat Yana membuatkan jiwanya resah.

RYAN bermundar-mandir. Terasa lama benar doktor merawat isterinya.Entah kenapa,sekarang dia terasa resah dan takut jika berlaku apa-apa yang buruk terhadap Yana.

Mungkin rasa bersalah?

"Encik suami kepada pesakit?"tegur doktor yang merawat Yana.Ryan menuju ke arahnya.

"Ya saya suami dia. Isteri saya okey kan,doktor?"soal Ryan.

"Sebelum tu,boleh saya tahu dia pengsan sejak bila? Dia terjatuh?"soal doktor tersebut.

"Saya tak tahu,doktor.. Saya balik kerja terus nampak dia dah pengsan dekat rumah. Saya tak tahu dah berapa lama dia pengsan.." Suara Ryan bergetar.Doktor tersebut hanya mengangguk perlahan.

"Saya harap,encik bawa bersabar ya.Belum ada rezeki encik dan isteri.Bayi yang berada di dalam kandungan puan tak dapat diselamatkan. Saya dah periksa keadaan puan tadi. Ada beberapa faktor yang boleh jadi punca keguguran kandungan puan."

Dahi Ryan berkerut. Terkejut dia. Yana gugur? Takkan Yana gugurkan pula? Yana cederakan diri sendiri ke?

"Apa puncanya,doktor?"

"Pertama,mungkin dia terjatuh. Hentakan daripada terjatuh tu boleh memberi kesan kepada kandungan puan. Kedua,mungkin juga disebabkan pemakanan. Dia ada sentuh nenas? Atau buah yang terlalu panas? Buah yang tajam seperti nenas pun boleh mendorong kandungan kepada keguguran. Banyak pantang larang makanan dekat ibu mengandung ni.Tu sebab ibu mengandung kena jaga betul-betul,"jelas doktor tersebut.

Ryan terdiam.

Jatuh? Yana jatuh? Tapi dia tak jatuh dekat tangga. Dia jatuh depan bilik. Takkan tergelincir?

Makan? Dia makan apa je sampai boleh jadi macam ni?

"Maaflah doktor.. Saya kalau bab macam ni saya tak pandai.."jujur Ryan berkata-kata.

"Saya faham. Anak sulung ya?"

Ryan mengangguk. Bahunya ditepuk perlahan.

"Mungkin belum rezeki. Jangan risau,puan masih boleh mengandung. Cuma bukan dalam masa terdekat ni. Lepas ni,encik sebagai suami kena alert semua tu ya,"pesan doktor.

"B-baik doktor.."

"Encik boleh masuk. Saya tahan dia untuk beberapa hari. Kalau dia dah okey,saya baru bagi keizinan untuk discharge."

Ryan hanya mengangguk. "Terima kasih doktor.."

Melihat doktor berlalu pergi,Ryan duduk di kerusi yang berada di luar wad itu. Dia terduduk.

Salahnya ke Yana gugur? Sepatutnya dia bahagia kalau Yana gugur. Dia tak mahukan anak tu pun.

Tapi,entahlah.Sekarang dia tak boleh rasa bahagia.

"Yana sengaja ke buat macam ni? Hanya disebabkan aku tak suka dengan baby tu?"

Ah,fikirannya serabut. Dah tentu bukan salahnya. Punca Yana gugur bukan daripadanya.

"Apa-apa pun,satu komitmen aku dah lepas. Lepas ni aku kena hati-hati.Kena rancang betul-betul.Kalau tak,habis aku. Tak pasal-pasal Yana mengandung lagi nanti."

Ryan.. Ryan. Bila kau nak matang?

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now