33.Serabut

433 22 1
                                    

Ryan bungkam. Walaupun dia masuk pejabat,namun dia tidak dapat fokus membuat sebarang kerja. Fail yang berterabur di atas meja hanya dipandang.

Mesej daripada Yana membuatkan hatinya semakin rasa sepi. Yana langsung tidak membenarkan dirinya untuk ke rumah mertuanya. Yana tidak mahu berjumpa dengannya.Jika Ryan berkeras mahu berjumpa di rumah Puan Sarah,Yana akan lari ke tempat lebih jauh. Itu ugutannya kepada Ryan.

Ryan menghela nafas berat. Apa lagi yang harus dilakukannya untuk memujuk Yana?

"Ryan?"

Ryan memandang ke arah pintu. Dato' Raziq tersenyum dan melangkah masuk ke dalam pejabat anaknya.

"Anak daddy ni macam ada masalah je. Kenapa? Dah lama tak masuk pejabat,banyak kerja yang tertangguh. Ada masalah ke?"soal Dato' Raziq. Selagi boleh berlembut dengan anaknya,dia pasti akan berlembut.

Berkasar bukanlah caranya. Takut anaknya akan lebih memberontak jika menggunakan cara kasar.

"Masalah sikit je,daddy.Tak ada apalah.." Ryan tersenyum.

"Mummy buat hal lagi ya? Kes Tisya tak habis lagi?"

Ryan menyandarkan tubuhnya.Dia mengangkat bahu.

"Entahlah,daddy. Ryan cakap apa pun tak guna. Mummy tetap nak Tisya jadi menantu dia. Ryan tak faham.. Apa kurangnya Yana? Ryan tak faham kenapa mummy benci sangat dekat Yana." Ryan mengerutkan wajahnya.

"Macamlah tak kenal mummy kamu tu. Dia kan degil. Jangan risau,pasal mummy.. Biar daddy selesaikan. Biar daddy bincang dengan dia. Kamu jaga Yana baik-baik.Dia menantu kesayangan daddy tu,"kata Dato' Raziq seraya mengukir senyuman.

Tersenyum Ryan mendengarnya.Lega hatinya. At least,ada juga yang sudi menyokong Yana sebagai seorang menantu dalam keluarganya.

"Dah,jangan sedih sangat.Jom kita keluar makan."

Ryan tersenyum lantas mengangguk. Jam dinding dikerling. Dah pukul 12 tengahari rupanya.Patutlah perutnya berbunyi meminta diisi.

Tiba-tiba,dia rindukan masakan Yana.

Sayang,i miss you!

"KENAPA kau tiba-tiba berhenti kerja?"

Yana tersenyum. "Aku kan dah jadi isteri orang. Mestilah kena ada dekat sisi suami."

"Tapi takkan sampai berhenti kerja? Ryan tak bagi kau kerja?"soal Feeqa.

"Dia tak kisah.. Aku je yang nak berhenti.." Senyuman Yana semakin pudar.

Feeqa perasan,ada sesuatu yang tak kena. Pasti ada sesuatu yang dah jadi.Kalau tak,takkan Yana nampak muram?

"Kau okey? Suami kau mana? Kau bergaduh dengan dia?"soal Feeqa,seolah-olah dapat membaca fikiran Yana.

"Eh tak adalah.Dia ada je,cuma sekarang dia kerja. Aku okey je dengan dia.. Jangan risaulah,"kata Yana menafikan perkara sebenar.

Yelah,takkan nak cerita masalah rumahtangga dekat orang luar pula kan?

"Betul? Kalau ada masalah,cerita okey? Aku ada je.." Feeqa memeluk Yana erat. Melepaskan rindu juga setelah sekian lama tak jumpa.

"Cuma nanti aku dah tak ada kawan dekat hospital tu.. Tak ada kawan nak bergosip." Feeqa mencebikkan bibirnya membuatkan Yana ketawa.

"Telefon kan ada?"

"Okey,nanti aku telefon kau setiap hari!"kata Feeqa. Yana tersenyum lagi.

"Eh,hujung minggu ni aku ada buat kenduri kesyukuran.Datang tau! Datang dengan Ryan,"pelawa Feeqa.

"Kenduri kesyukuran? Okey.. Macam ada sesuatu yang happy je? Taknak cerita ke?"

Feeqa tersenyum-senyum. Malu-malu kucing!

"Aku dah mengandung.Dah nak dua bulan dah.." Feeqa malu-malu kucing.

Terbeliak mata Yana.

"Biar betul? Wah,congratulations! Tak lama lagi kau dah nak jadi mama la ni.."usik Yana. Dia ketawa kecil.

"Alhamdulillah,rezeki. "

"Suami kau macam mana? Dia suka tak?"soal Yana.

"Mestilah suka! Dia orang pertama yang dapat tahu. Itu pun sebab aku dah berubah tiba-tiba jadi manja. Memang manja sangat! Malam-malam nak suami aku nyanyikan lagu sebelum tidur.Kau rasa? Teruk sangat manja aku,"kata Feeqa sambil mengekek ketawa.

"Biasalah tu.. Orang mengandung. Untung kau suami kau suka.." Tanpa disedari,Yana terlepas kata.

"Maksud kau? Suami kau tak suka ke kau mengandung dulu?"soal Feeqa.

Apabila menyedari dia tersilap cakap,Yana pantas menutupi dengan senyuman.

"Eh,dia sukalah! Cuma tak ada rezeki kan.. Tak apalah.Eh,kita borak lama macam ni.. Kau minumlah air yang ibu aku buat tu.Kejap lagi kita makan sama-sama." Yana menukar topik.

Feeqa syak sesuatu tetapi dia diamkan saja.Malas mahu bertanya lebih.Itu privasi Yana.

"Aku tak boleh lama ni.Aku kena kerja. Nanti kita makan sama-sama,"katanya.

"Okey.Apa-apa hal,jangan lupa telefon aku okey!"

Feeqa tersenyum. "Ye,puan Yana.."

RYAN memandu keretanya pulang ke rumah. Harini dia pulang lewat sedikit kerana menyiapkan kerja yang sudah banyak tertangguh di pejabat.

Nasib baik tak ada mesyuarat.Kalau tak,pasti dia akan ditegur kerana tidak fokus.

Fikirannya asyik melayang memikirkan masalahnya. Lagi-lagi tentang Yana.Macam mana dia nak pujuk Yana?

Kali ni,nampak benar Yana marahkannya. Ya,silap dirinya juga kerana membiarkan Tisya melebihi batas. Disebabkan kecuaiannya,Yana sudah berkecil hati dengannya.

"Kalau aku bagi surprise dekat dia,dia suka tak?"gumamnya.

"Hopefully she will like it."

Sebelah tangannya mengeluarkan telefon dari poketnya.Matanya memandang sekejap-sekejap ke arah telefon sambil mendail nombor Zahir untuk meminta pertolongan.

Telefonnya dilekapkan ke telinga.

"Helo,Zahir. Aku nak minta tolong,"ujarnya.

"Tolong apa?"jawab Zahir dari dalam corong telefon.

Ryan sudah tersenyum. "Tolong aku belikan-"

Bunyi hon sebuah kereta dari arah kanan menghentikan perbualan dua orang lelaki itu.

Kereta Ryan tiba-tiba dirempuh dari arah kanan oleh sebuah kereta Suzuki Hilux yang melanggar lampu isyarat merah.

Suasana terus menjadi gelap.

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now