Wajah Dato' Raziq dipandang.Ryan mengusap lehernya. Dia tersenyum simpul.
"Daddy ni risau sangat. Mummy cakap apa dekat daddy? Mummy cakap,Ryan pukul Yana? Ya Allah,kan Ryan dah cakap Ryan nak bincang dengan dia je. Takkan Ryan nak pukul isteri sendiri? Ryan bukan suami dayus tau,"kata Ryan.
"Mummy kata kamu macam orang kena rasuk je. Marah-marah,tengking macam benda tak boleh nak selesai. Daddy dengar pun risau tu sebab daddy terus balik."
"Mummy sedar mummy ni memang kejam dengan Yana tu. Tapi,sekejam-kejam mummy.. Takkan mummy nak biar dia kena pukul? Kalau mati anak orang macam mana?"kata Datin Sofea.
"Ish mummy ni. Ryan tak pernah naik tangan dengan perempuan. Takkan Ryan nak pukul dia? Memanglah Ryan marah dia tapi Ryan waras lagi. Mummy ni.. Suka buat andaian sendiri."
"Mummy kamu ni berjaga-jaga. Kamu tu kalau dah baran,periuk belanga boleh terbang. Yana mana? Masalah kamu tu dah selesai? Bincang elok-elok.Jangan marah dia. Jangan kasar dengan dia,"pesan Dato' Raziq.
"Ye daddy.. Ryan takkan kasar dengan dia. Yana ada dalam bilik. Dia penat buat kerja rumah tadi. Yang Ryan marahkan dia sebab dia degil.Buat kerja rumah tak henti-henti.Memang kena marahlah,"tipu Ryan.
"Ye ke? Bukan ke dia cuci kereta Ry-"
Kata-kata Datin Sofea dipintas.
"Memasak pun dia juga yang buat. Semua dia buat. Agaknya dah bosan sangat tak ada kerja. Haih.."
Datin Sofea memandang Ryan.
Kenapa Ryan jadi macam ni?
"Bagilah dia rehat. Lepas ni jangan bagi dah dia buat kerja.Dia menantu daddy,bukan orang gaji. Awak tu Sofea. Jangan buli menantu."
Datin Sofea mencebik. Tak pula dia menjawab.
"Dah,daddy nak masuk bilik. Lepas tu nak makan. Menantu daddy tu dah makan ke belum? Kesian dia penat,"kata Dato' Raziq.
Ryan mengangguk. "Dah daddy."
"Okey,daddy masuk bilik dulu." Dato' Raziq bingkas bangun dan berlalu pergi.
Datin Sofea memandang anak lelakinya. "Kamu ada masalah apa sebenarnya,Ryan? Cuba bagitahu.Mummy risaulah tengok kamu macam tadi."
Ryan hanya tersenyum.Dia bangun dan membetulkan bajunya.
"Ryan masuk bilik dulu."
Datin Sofea hanya melihat anaknya berlalu pergi. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.
YANA duduk termenung dan badannya bersandar di kepala katil. Matanya yang sembab tidak diendahkan. Badannya masih terasa sakit dek dikerjakan oleh Ryan.
Ryan yang masuk ke dalam bilik tidak dipandang. Wajah itu telah membuatkan hatinya berasa geram,marah dan kecewa.
"Kenapa tak mandi lagi? Sengaja duduk macam tu dari tadi? Kau jangan nak memberontak sangat.Kau yang suruh aku jalankan tanggungjawab sebagai suami kan?" Ryan tersenyum sinis.
"Aku nak bagitahu kau. Kau jangan sesekali mengadu dekat sesiapa ya? Aku dapat tahu,nahas kau.Baru sekarang kau kenal siapa Ryan Harriz. Kau jangan cabar aku okey?" Kepala Yana diusap namun gadis itu menepis. Ryan tersenyum senget.
Yana mendongak memandang suaminya. Nak menangis pun macam tak ada guna. Airmata pun dah nak kering.
"Sampai hati abang buat Yana macam ni kan? Mana suami Yana dulu? Kenapa abang berubah? Hanya disebabkan khabar angin bodoh tu,abang seksa Yana! Abang buat Yana macam tak ada maruah!" marahnya. Ryan hanya menayang wajah toya.
"Aku sayang kau Yana. Tapi aku tak boleh nak layan kau dengan baiklah. Aku kena seksa kau baru aku rasa puas hati. Aku suka tengok kau menangis sekarang ni. Kau nak minta tolong dengan siapa? Haiqal?
Aku dah bagi amaran dekat dia. Kalau kau tetap jumpa dia,aku takkan teragak-agak pisahkan kau dengan keluarga kau. Lagi satu,aku taknak kau sebut atau tanya apa-apa pasal Tina. Faham?"kata Ryan. Dia memandang tepat ke arah Yana.
Tanpa rasa takut,Yana membalas pandangan suaminya. Dia memandang tanpa berkelip.
"Kenapa? Kenapa saya tak boleh soal pasal Tina tu? Abang dah buat benda tak elok dekat dia? Dia dah meninggal?"soal Yana bertubi-tubi.
"Aku cakap,jangan soal pasal dia." Tegas suara Ryan. Suaranya perlahan kerana tak mahu ibubapanya mendengar mereka bergaduh.
"Makin abang larang saya ,makin banyak soalan yang saya akan tanya. Saya akan siasat sendiri pasal Tina. Saya yakin,Tisya tahu pasal ni.Kan?" Mata Yana tak beralih memandang suaminya.
Disebabkan geram dan takut yang terlampau,tangan Ryan menampar pipi gebu Yana. Yana kehilangan kata-kata.
"Kau tanya dekat Tisya pasal ni,siap kau. Benda ni tak ada kaitan dengan kau. Kau jangan sibuk pasal ni. Faham? Kau pergi mandi sekarang. Lepas tu,kemas baju.Kita balik rumah kita." Ryan mencerlung tajam wajah isterinya. Dia pergi ke arah almari dan mengeluarkan semua baju mereka.
Yana masih kaku memegang pipinya yang terasa kebas. Kuat juga tamparan Ryan.
Ryan tidak mengendahkan Yana. Jantungnya berdetak laju selepas menampar isterinya sendiri.
Dia sendiri tak sangka akan naik tangan dekat Yana.Semuanya diluar kawalan!
Yana membalut tubuhnya dengan selimut dan pantas masuk ke dalam bilik mandi.Badannya yang terasa sakit dibiarkan saja.
Apa yang dia tahu sekarang ni,dia betul-betul kecewa dengan sikap Ryan.
Maruahnya bagaikan di tapak kaki Ryan saja. Dia ingat,dia suami jadi dia boleh sesuka hati?
Jangan sebut nama Ryan Harriz.Yana jadi benci!
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...