51. 'Jatuh'

703 28 1
                                    

Mata Ryan terbeliak memandang Datin Sofea.Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

"Mummy janganlah main-main. Takkan daddy sanggup buat mummy macam tu?"

Datin Sofea mencebik.Dia memeluk tubuh.

"Betullah. Takkan mummy nak tipu? Dia tu ceraikan mummy disebabkan isteri kamu tu! Mummy dah cakap banyak kali,Ryan tetap degil! Sekarang apa jadi? Mumny dah jadi janda!"kata Datin Sofea.

Ryan memicit kepalanya. Pening dengan masalah yang baru!

"Tak semestinya salah Yana,kan? Mesti ada yang mummy cakap sesuatu dekay daddy sampai daddy sakit macam ni kan? Yana tak salah. Dia duduk diam je dekat rumah tu. Tak kacau sesiapa pun,"kata Ryan.

"Tengok tu. Tetap nak bela bini. Dahlah! Kalau tak sayang mummy dah,pergilah balik dekat bini tu. Lupakan mummy!" Datin Sofea berpura-pura mahu meninggalkan Ryan nmaun Ryan menahan . Hati Datin Sofea menjerit girang.

Tahu takut!

"Mummy.. Janganlah macam ni. Sampai bila mummy nak macam ni? Mummy,Ryan sayangkan Yana tu. Ryan tak boleh tinggalkan dia,"kata Ryan. Dia memegang tangan mummynya.

"Ingat perasaan sayang tu berkekalan ke? Hati manusia boleh berubah,Ryan. Mummy nak Tisya jadi menantu mummy sebab keluarga dia tu nak jadi rakan kongsi syarikat daddy tu. Mummy cuma nak tolong syarikat daddy jadi bertambah maju je.Salah ke?"kata Datin Sofea.

"Lagipun,Tisya cantikkan? Yelah,dulu memang lah dia taknak dengan Ryan sebab bermusuh dengan Ryan kes arwah Tina dengan Badrul tu dulu. Tapi sekarang dia dah berubah. Dia buka hati dia untuk Ryan. Salah ke?"katanya lagi.

"Salah,mummy . Salah sebab Ryan ni suami orang. Ryan bukan macam dulu lagi. Kaki perempuan,keluar masuk kelab malam. Ryan ada tanggungjawab mummy. Tolonglah mudahkan urusan Ryan ni,"rayu Ryan.

Datin Sofea menarik tangannya dan merengus. Degil betul Ryan ni!

"Mummy bukannya suruh kamu buat maksiat. Mummy nak kamu halalkan hubungan kamu dengan Tisya. Tu je! Dahlah,kalau taknak tak apa! Jangan anggap mummy ni mummy Ryan dah! Pergilah jaga bini bunting Ryan tu! Nanti mati pulak anak tu,mummy juga ynag dipersalahkan!"

Datin Sofea terus beredar daripada cafe tersebut dan pergi meninggalkan Ryan.

"Mummy!"

Ryan meraup wajahnya dan tengkuknya diusap.

"YANA dengan Ryan macam mana? Okey?"

Puan Sarah memandang anak perempuannya yang sedang menolongnya menyediakan bahan memasak.

"Okey je,ibu.Kenapa?"soal Yana,kerisauan. Ibubapanya tak tahu dulu dia dan Ryan bergaduh sebab Haiqal. Nasib baik Ryan tak bagitahu apa-apa dekat ibubapanya. Kalau tak,habislah Ryan.

"Tak ada apa.Ibu cuma nak pesan,kalau boleh ibu taknak Ryan biarkan kamu buat kerja rumah yang berat-berat. Kalau boleh,waktu dia kerja.. Kamu datanglah sini. Bahaua duduk rumah sorang.Kandungan kamu tu baru lagi.Kena jaga,"pesan Puan Sarah.

Tersenyum Yana mendengarnya. "Jangan risau,ibu. Ryan jaga Yana baik.Dia tak bagi Yana buat kerja pun. Kalau boleh,dia nak buat kerja pejabat dia dari rumah."

"Baguslah macam tu. Tapi,kali ni kamu tak ada alahan kan? Ibu tengok kamu okey je,"ujar Puan Sarah.Dia membasuh sayur yang sudah dipotong.

"Nampak gaya macam tak ada. Ryan pun sihat je. Mungkin kali ni nasib baik. Cuma,demam Yana ni je susah sikit nak baik,"kata Yana pula.Dia duduk di atas kerusi dan bersandar. Baru berdiri sekejap dah terasa lenguh.Badan cepat penat.

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now