34.Kisah lalu

438 23 0
                                    

Ujian kehamilan itu ditenung lama.Tina resah.Dia berjalan ke hulur ke hilir sambil memegang ujian kehamilan tersebut.

Telefon dicapai dan mendail nombor Badrul,tetapi tidak berjawab.

"Tak guna! Waktu macam ni kau nak mengelak!" Tina melemparkan telefonnya ke atas katil.

"Apa aku nak buat? Kalau Ryan dapat tahu macam mana? Mati aku nanti! Tak.. Aku tak boleh biar dia tahu.Okey,rileks." Tina menarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian,di hembus secara perlahan-lahan.

Telefonnya dicapai kemudian mendail nombor telefon Ryan. Dengan suara yang dibuat-dibuat ceria, dia mengajak Ryan untuk berjumpa.

I'm sorry,Ryan!

RYAN yang sudah tiba lebih awal di starbucks tersenyum apabila ternampak kekasihnya,Tina.

"I'm sorry for being late.."kata Tina sambil duduk berhadapan dengan Ryan.

"No it's okay dear. I yang sampai awal. Kenapa you tiba-tiba ajak jumpa ni? Rindu ya?"usik Ryan.

Tina tersenyum. "Mestilah I rindu.. You je tak rindukan I."

"Eh siapa kata? I rindu you all the time! "

Tina tersenyum-tersenyum.

"Well.. Ryan. I thought that we're almost two years kan? You tak rasa ke kita patut kahwin?"soal Tina.

Ryan sedikit terkejut.

"Kahwin? Biar betul you ni? You yang cakap haritu,you tak nak kahwin lagi sebab you muda lagi. Lagipun,kalau kita kahwin.. Kita nak enjoy macam sekarang tak boleh,sayang. Ada hadnya,"kata Ryan. Dia menyedut air minumannya.

"I dah fikir masak-masak. I dah bersedia nak jadi isteri you,"kata Tina lagi. Dia memegang tangan Ryan dan menggenggamnya.

Ryan memandang Tina. Kenapa pelik semacam je dia ni?

"Look, i love you very much. I taknak kita tangguhkan kita punya wedding. Jangan risau,lepas kahwin nanti kita still boleh enjoy.Okey? I want you to be my husband.."

Ryan memandang Tina. Clingy semacam pula makwe aku ni. Bisik hatinya.

"Okey, I tak kisah. Kalau you nak kahwin dengan I.. Nanti I bincang dengan parents I and then I datang masuk meminang,okey?"kata Ryan. Tina sudah tersenyum lebar.

"Okey,sayang. I love you!"

Fuh,nasib baik Ryan setuju mahu berkahwin dengannya. Now,kena simpan elok-elok pasal baby ni.

Ryan tak boleh tahu langsung pasal baby ni!

BADRUL tersenyum nipis. Dia seperti acuh tak acuh saja melayan dan mendengar cerita Ryan.

Padanya,kisah Ryan langsung tak menarik perhatiannya.

"Lepas aku kahwin nanti,aku ingat nak bawa dia pergi honeymoon dekat France.Eh,maksudnya nanti aku je la yang dah kahwin?" Ryan seperti seronok bercerita. Syok sendiri.

Badrul dipandangnya.Disikunya Badrul perlahan.

"Kau bila nak kahwin? Sampai sekarang kau tak tunjuk awek kau. Tunjuk la gambar dia. Nak juga aku tengok calon bini kau,"usik Ryan.

"Aku dah putus dengan dia.Tak payahlah sibuk lagi,"kata Badrul.Suaranya agak dingin.

"Putus? Kenapa? Dia ada lelaki lain ke? Atau kau yang buat hal ni?"

Badrul merengus. Dia bingkas bangun dari sofa.

"Kau jaga jelah awek kau tu baik-baik. Tak payah sibuk hal aku." Sejurus itu,Badrul masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dihempas.

Terhincut bahu Ryan dibuatnya.

Apahal dengan mamat tu? Datang bulan ke apa?

"Aku tanya pun kena marah?"gumamnya.

Jam di dinding dipandang. Dah pukul 11 malam rupanya.

"Haih manalah yang lain ni? Aku kunci pintu nanti padan muka! Biar tak dapat masuk! Pandai lah tidur kat luar tu,"bebel Ryan.

Memandang mereka tidur satu rumah dan menyewa beramai-ramai, makin liarlah masing-masing.Ada yang balik lewat,ada yang langsung tak balik sebab pergi ke kelab malam.

"Tak apa,esok turn aku pula pergi kelab!"

Ryan menutup TV. Dia mengemas sedikit ruang tamu yang agak berselerak.Biasalah,rumah bujang.

"Tengok? Marah-marah lepas tu telefon sendiri tak bawa masuk bilik. Bad.. Bad.. Cuai tak sudah,"bebel Ryan lagi.

Pada masa yang sama,telefon Badrul berbunyi menandakan mesej masuk. Ryan memandang telefon Badrul dan membaca mesej tersebut daripada notfikasi.

From: Tina

Kenapa tak jawab call I? You memang sengaja mengelak ya? You dah buat,kenalah tanggung!

Dahi Ryan berkerut. Kenapa Tina mesej Badrul malam-malam macam ni? Tanggung apa?

Telefon Badrul berbunyi lagi.

From: Tina

I tahu,you taknak bertanggungjawab kan? You ni memang menyusahkan I! Disebabkan you,Ryan jadi mangsa. You memang kawan tak gunalah!

"Ryan!"

Ryan menoleh. Dalam sekelip mata telefon yang dipegangnya dirampas. Wajah Badrul yang tegang itu dipandang.

"Siapa benarkan kau baca mesej aku?"soalnya.

"Apa maksud Tina tu,Bad? Kenapa dia mesej kau malam-malam macam ni?"soal Ryan semula. Jantungnya menjadi berdebar.

Takut apa yang berada difikirannya menjadi kenyataan.

"Kau tak payah sibuklah,Ryan! Bukan hal kau!"marah Badrul. Dia mahu beredar namun ditahan oleh Ryan.

"Aku tanya kau ni! Apa hubungan kau dengan Tina?! Kenapa dia suruh kau bertanggungjawab? Apa semua tu,Bad?"soal Ryan.Suara naik satu oktaf.Urat mulai tegang di lehernya.

"Fine! Aku dah tidur dengan Tina! Puas hati kau? Kau nak sangat ambil bekas aku kan? Silakan!"

Ryan menjadi hilang sabar. Tangannya terus menumbuk Badrul. Hatinya betul-betul panas!

"Kurang ajar. Habis tu,sekarang ni Tina dah mengandungkan anak kau dan kau taknak bertanggungjawab? Eh,kau ni kawan jenis apa? Kau langsung tak fikirkan perasaan aku!"marahnya. Badrul memegang pipinya yang terasa kebas akibat ditumbuk.

"Jangan salahkan aku je. Tina pun salah sebab dia sendiri yang datang merayu dekat aku! Dia yang curang dengan kau dulu! Aku sebagai lelaki.. Tak boleh menolak." Sempat Badrul tersenyum senget.

"Girlfriend aku pun asyik sibuk dengan belajar. Baik aku pasang lagi satu kan?"katanya lagi.

"Kau memang tak guna..!" Ryan mahu menumbuk,namun ditahan oleh Aizat yang baru pulang pada waktu itu.

"Apahal ni?! Kenapa nak bertumbuk?!"soal Aizat. Dia menahan Ryan.

Ryan menolak tangan Aizat dengan kasar. Dia merenung tajam ke arah Badrul.

"Aku takkan lupa apa yang kau buat,Bad." Waktu itu juga Ryan beredar dari rumah tersebut.

Keluar bukan untuk mencari menenangkan hati,tapi pergi mencari Tina!

Tunggulah nasib kau,Tina. Kau tipu aku hidup-hidup ya? Patutlah tiba-tiba ajak kahwin. Rupanya ada udang disebalik batu!

Kau tunggu. Kau cari pasal dengan orang yang salah! Ryan Harriz akan buat kau menyesal seumur hidup!

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now