Cuti kahwin selama dua minggu habis begitu saja.Ryan terpaksa menukar perancangannya untuk membawa Yana berbulan madu.
Hari pertama masuk kerja selepas dua minggu bercuti sememangnya membuatkan Ryan berasa malas.Nak tak nak,kena juga pergi kerja.
"Pengantin baru dah masuk kerja,"tegur Zahir.Dia bersandar di pintu.
"Kenalah kerja.. Kalau tak,mana nak dapat duit? Aku kena siapkan kerja cepat-cepat.Aku nak honeymoon." Ryan mengemas sedikit mejanya yang agak berselerak.
"Ingatkan dah pergi.Kau nak pergi dekat mana?"soal Zahir.
"Mungkin Bali."
"Untunglah Yana dapat suami macam kau.Apa nak,semua dapat." Zahir mengusik Ryan.Tergelak Ryan dibuatnya.
"Memandai je kau.Tak adalah.. Aku cuma jadi suami yang terbaik.Kau apa tahu? Kau tahu makan tidur je. Tu yang tak ada girlfriend,"kata Ryan.Dia membuka komputer ribanya.
"Amboi sedap mulut kau mengata aku ya.Ingat aku tak laku? Ramai je minat aku,cuma aku tak layan."
"Ceh. Tisya kan ada? Taknak try?"cadang Ryan.Mengekek dia ketawa mengenakan Zahir.
"Tisya? Tolonglah! Aku rela jadi bujang terlajak daripada kena kahwin dengan dia."
Ryan ketawa."Kalau dia dengar,habis kau."
"Kisah apa aku? Biarlah.Muka cantik tapi perangai tak senonoh buat apa?" Zahir mengutuk Tisya lagi.
"Mengutuk lebih-lebih kau ya.Kau jangan,Zahir.Nanti betul-betul jadi bini padan muka!"
"Mulut kau pun jangan la mendoakan! Aku cepuk juga anak Dato' Raziq ni kang,"kata Zahir.Dia menjegilkan matanya.Penumbuk ditayang.
"Tahu takut.."
"Bukan takut,tapi lebih baik mencegah benda tu.."kata Zahir.
Ryan menggelengkan kepala perlahan. "Dah,pergi buat kerja.Aku banyak kerja ni."
"Mentang-mentang dah ada bini,aku dihalaunya. Kalau tak,muka aku dicarinya!" Zahir merungut. Tercebik-cebik bibirnya merungut.
"Muka kau la aku cari kalau kerja aku tak siap ya,encik Zahir.."
Terus Zahir tersengih.Dia mengangkat tangannya. "Aku pergi dulu."
Zahir terus beredar. Ryan meneruskan kerjanya.Fail-fail yang banyak di atas mejanya dipandang.
Ah,banyak betul kerja!
YANA memeriksa rekod-rekod pesakitnya.Sesekali dia mencatat sesuatu di atas kertas.
Bunyi notifikasi menandakan satu mesej masuk ke dalam telefonnya.Mulutnya tersenyum tatkala melihat nama suaminya tertera di skrin.
From: Ryan❤️
Sayang,jom lunch dengan abang? I miss you.
"Mengadanya.." Yana tersenyum.Dia terus mendail nombor Ryan.Tanpa perlu menunggu lama,lelaki itu menjawab panggilan telefonnya.
"Sayang.." Mendayu-dayu suara Ryan di corong telefon.Yana tergelak kecil.
"Ye saya.Abang nak lunch? Dekat mana?"soal Yana.Fail yang dipegangnya di letak.
"Tak kisah.Ikut sayang je,"kata Ryan.
"Saya dah lama tak makan sushi.Jom makan sushi nak?"
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...