11.Propose (I)

427 27 0
                                    

"Baru jumpa jalan balik rumah?"

Datin Sofea yang sedang duduk di sofa berpeluk tubuh sambil memandang ke arah Ryan. Wajahnya jelas tidak puas hati.

"At least Ryan tak lari dari rumah.."

Datin Sofea bingkas bangun.Laju sahaja kakinya melangkah ke arah anak lelakinya.

"Ryan pergi mana? Pergi balik kampung doktor tu? Ryan,kamu langsung tak jaga hati Tisya kan?"

Ryan menayang wajah bosan. "So?"

"At least jaga hati mummy! Bagitahu mummy mana kamu nak pergi! Bukannya senyap-senyap je! Ingat mummy ni apa? Tunggul?"kata Datin Sofea.Dia benar-benar marah dengan sikap anak lelakinya. Melampau dan mencabar kesabarannya!

"Kalau bagitahu mummy,mesti mummy tak bagi Ryan keluar.Mummy ingat,Ryan ni burung? Yang boleh dikurung sesuka hati? Tak boleh bebas? Ryan dah besar,mummy. Ryan tahu jaga diri Ryan,"kata Ryan.

Ni yang malas balik rumah. Kena hadap ibunya yang terlampau mengongkong hidupnya.

"Cukuplah tu jadi kaki perempuan,Ryan.Cuba belajar jadi setia.Boleh?" Datin Sofea cuba berlembut dengan anaknya. Jika dia melenting,Ryan apatah lagi. Sama-sama jadi api,habislah semuanya.

"Mummy sebenarnya tak layak bercakap pasal setia. Mummy sendiri tak setia dengan daddy. Mummy pun apa kurangnya dengan Ryan? Jangan cuba kongkong Ryan. Ryan tahu apa yang Ryan buat,"kata Ryan.Matanya langsung tidak memandang wajah Datin Sofea.

"Ryan,kamu jangan jadi kurang ajar dengan mummy."

"Well.. Ryan belajar semua ni daripada mummy juga.Dahlah,Ryan penat.Nak tidur,"kata Ryan seraya mendaki anak tangga naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam biliknya.

Datin Sofea memandang anaknya berlalu pergi.Dia bercekak pinggang.

"Aku pula yang dipersalahkan.Tak boleh jadi ni. Aku kena kahwinkan diorang berdua cepat-cepat!"

"EH,doktor Yana!"

Yana menoleh.Wajah Tisya dipandang.Senyuman diukir.

"Tak sangka boleh terserempak dekat sini ya,"kata Tisya.Dia tersenyum.

"Awak ni.. " Yana memandang Tisya. Macam pernah nampak tapi terlupa pula dimana.

"Saya Tisya,kawan Ryan. Saya pernah datang melawat Ryan haritu.."kata Tisya seraya tersenyum.

"Oh,ya.Baru I ingat."

"Doktor sihat? Macam mana doktor sekarang?"soal Tisya.

"Alhamdulillah sihat. Saya okey je. Biasalah,jadi doktor sentiasa on call."

Tisya menganggukkan kepalanya perlahan. "Oh ya,by the way.. Doktor dengan Ryan.. in relationship?"

Yana terdiam sejenak.

Hm,in relationship ke?

"I'm just asking.. Jangan risau,I takkan cantas Ryan dari doktor.."usik Tisya. Dia ketawa kecil.Yana pula hanya tersenyum.

"Kalau ada jodoh,ada lah. "

Tisya menyelit lebihan rambutnya dibelakang telinga. Rambutnya diikat tinggi menampakkan lehernya yang jinjang.

Putihnya.Dah la cantik,putih gebu pula tu.

"I boleh tolong you ambil hati mummy Ryan. You kena kentalkan hati sikitlah. Mummy Ryan memang celupar sikit mulut dia,"kata Tisya.Selamba mengutuk Datin Sofea.

"I tolong you ambil hati mummy Ryan. Kalau betul you sayangkan Ryan,you kena ambil hati keluarga Ryan."

"Tapi cik Tisya.."

Tisya menepuk bahu Yana perlahan. Bibirnya mengukir senyuman. Satu senyuman yang penuh makna.

"I tahu Ryan sayangkan you. I akan bantu korang berdua. Jangan risau,I bukan perosak hubungan orang,"kata Tisya.

Yana menjadi serba salah.

Haritu hantar mesej dekat Ryan macam-macam. Sekarang lain pula. Aku nak percaya ke tak ni?

"Kalau you percayakan I,then you can call me anytime. Ni kad I. Just call me if you need anything."

Yana menyambut huluran daripada Tisya. Kad milik gadis muda itu dipandang.

Perlu ke aku percayakan Tisya ni?

RYAN melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Memandangkan hari ni hari pertama dia bekerja di syarikat Dato' Raziq,jadi kerjanya tidaklah terlalu banyak dan tidak terlalu sibuk.

"So.. Mulai hari ni,ni bilik kerja kamu. Kalau perlukan apa-apa,just ask dekat pembantu daddy."

Ryan mengangguk. Dia melihat sekeliling biliknya. Boleh tahan luas juga. Memang selesa untuk buat kerja.

"Ingat,Ryan. Kamu dah besar. Dah terlalu banyak masa kamu bazirkan sebelum ni. Jadi,berhenti enjoy dengan perempuan dekat luar sana. Fokus dekat syarikat keluarga kita sebab nanti Ryan juga akan mewarisi semua ni. Boleh?"pesan Dato' Raziq.

"Ryan takkan kecewakan daddy. I'll work hard."

Dato' Raziq menepuk bahu anak lelakinya,satu-satunya harapannya untuk mewarisi syarikatnya.

"Daddy harapkan kamu je,Ryan. Jangan kecewakan daddy. Daddy nak kamu belajar untuk pikul tanggungjawab. Jadi seorang ketua yang bertanggungjawab. Satu hari nanti kamu akan jadi ketua keluarga juga. Kamu kena belajar dari sekarang,"pesan Dato' Raziq lagi.

Ryan hanya akur.Dia menggangguk. Sejujurnya,dia malas ambil tahu tentang tanggungjawab. Padanya,tanggungjawab itu menyusahkan dan membebankan.

Tapi,dia terpaksa juga pikul tanggungjawab ini semua untuk meneruskan syarikat keluarganya terus maju. Kesenangannya nanti untuk dirinya juga. Tak adalah jatuh bankrupt nanti.

"Daddy.."

Ryan memandang wajah Dato' Raziq.

"Ryan taknak kahwin dengan Tisya."

Dato' Raziq tersenyum. "Jangan risau pasal hal tu. Kamu dah ada calon kamu sendiri ke? Kamu serius dengan dia?"

Ryan mendiamkan diri sejenak.Dia terfikir sama ada dia serius atau tak dengan Yana.

Aku tak adalah serius sangat. Sekadar mencuba je dengan Yana tu. Tapi,kenapa aku rasa macam nak kahwin dengan dia? Lepas kahwin? Aku nak buat apa? Jadi suami? Oh my god,aku benci rumahtangga. Menyusahkan aku je. Tak bebas!

"Kalau kamu tak serius dengan dia.. Kamu tak boleh kahwin dengan dia. Kahwin bukan hal main-main,"kata Dato' Raziq.

"I'm ready to be a husband,daddy. Ryan nak jadi suami dia,"kata Ryan tanpa berfikir panjang.

Ah,biarlah! Pandai-pandai la aku fikir apa aku nak buat lepas kahwin.

"Betul?"

Ryan mengangguk.

"Nanti bawa dia jumpa daddy. Jangan jumpa dengan mummy kamu dulu.Nanti lain jadinya."

"Kalau mummy taknak macam mana,daddy?"soal Ryan. Soal Datin Sofea pun satu hal. Keras kepala juga orang tua tu.

"Jangan risau,hal mummy kamu biar daddy selesaikan. Kamu bawa je perempuan tu jumpa daddy. Kalau semuanya okey,daddy akan set up terus semuanya. Hal kamu dengan Tisya.. Nanti daddy jumpa dengan keluarga Tisya. Jangan risau,"kata Dato' Raziq,menyenangkan sedikit hati Ryan.

Okeylah tu. Sekurang-kurangnya hal Tisya dia tak perlu lagi pening. Dato' Raziq boleh selesaikan. Sekarang,dia mahu bawa Yana berjumpa dengan Dato' Raziq.

Tapi,sebelum dia bawa Yana berjumpa dengan bapanya.. Dia perlu membuat sesuatu.

Propose her.

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now