Lauk-pauk yang terhidang dipandang.Lauk kampung yang dimasak oleh makngah,makcik kepada Yana terhidang bersama air teh.
"Jemputlah makan,Encik Ryan." Pakngah tersenyum dan memgambil tempatnya di meja makan.
Ryan tersenyum.Dia turut mengambil tempat dan memandang Yana yang sedang sibuk menolong makngah mengemas dapur.
"Maaflah Encik Ryan.Sini kampung,jadi lauknya semua jenis kampunglah.." Makngah tersenyum. Yana menuang air teh ke dalam setiap cawan yang tersedia.
"Eh,tak apa makngah.Tak perlu ber'encik' dengan saya.Panggil Ryan je.." Ryan tersenyum lagi. Yana mengambil tempat disebelah makngahnya dan duduk berhadapan dengan Ryan.
"Ryan,pernah cuba lauk masak lemak pucuk paku?"soal Yana.Ryan menggeleng.
"Tak.." Dia tersengih. "Lauk kampung macam ni,saya pernah makan sambal belacan dengan ulam-ulaman je.Tu pun saya tak boleh.." Ryan mengangkat keningnya,maka faham-fahamlah Yana bahawa tekak Ryan tak kena dengan masakan kampung.
Makngah dan pakngah hanya tersenyum. "Tak apa,cubalah dulu ya? Sedap tau.Rugi tak cuba."
Ryan tersenyum lantas mengangguk. Orang dah masak,takkan nak demand lagi kan?
"Rasa tau!" Yana tersenyum.Dia menyeduk lauk masak lemak pucuk paku ke dalam pinggan Ryan.
Ryan memandang pinggannya kemudian wajah Yana dipandang. Senyuman sumbing ditayang.
Dah nama pun kampung,kena makan lauk kampunglah! Baru seronok feel kampung!
"Kamu tak kisah ke tidur sini,Ryan?"soal pakngah.
"Saya tak kisah,pakngah.Lagipun,saya tak ada kampung macam ni.Saya nak merasa juga duduk kampung macam ni,"kata Ryan.Dia menyuap nasi bersama lauk masak lemak pucuk paku tadi.
"Maaflah kalau Ryan tak selesa.Kalau nak apa-apa,bagitahu je. Yana tolong sediakan."
Yana mengangguk.Dia menjamu selera air tangan makngahnya dengan penuh selera.Ryan hanya tersenyum dan dia memandang Yana.
Sedap juga lauk ni. Bisik hatinya.Dia turut berselera menjamu selera.
"Makan ya.Kalau boleh,tambah nasi,tambah lauk.Jangan segan,"kata pakngah.
Tersenyum pakngah dan makngah melihatnya.Senang hati tetamu melihat tetamu mereka senang berada disitu.
LENGANNYA digaru berkali-kali meninggalkan kesan merah.Ryan membuka matanya.Dia duduk dan bersandar di kepala katil.
"Haih.. Macam mana orang boleh tahan? Banyak nyamuk,"gumamnya.
Bingkas dia bangun dan keluar dari bilik.Dia berdiri di hadapan pintu bilik Yana.
"Nak ketuk ke tak eh?" Ryan menggaru kepalanya.
Tatkala Ryan mahu mengetuk,Yana terlebih dahulu membuka pintunya.Masing-masing terkejut.
"Ryan..Terkejut saya.Kenapa tak tidur lagi ni?"soal Yana.Dia membetulkan towel yang menutupi rambut dan lehernya.
"Em,saya tak boleh tidurlah.Banyak nyamuk.."adu Ryan.Dia menunjukkan lengannya yang sudah kemerahan akibat digigit nyamuk.
Yana tergelak kecil. "Tunggu kejap."
Yana pergi ke laci dan mengambil sesuatu.Dia masuk ke dalam bilik Ryan tadi dan tak sampai seminit dia keluar aemula.
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...