"Aku terima nikahnya Nur Yana Zulaikha Binti Azhar dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai."
Para saksi mengangguk. Maka,sahlah hubungan antara Yana dan Ryan sebagai pasangan suami isteri.
Yana tersenyum.Dia menyeka perlahan airmata yang mahu keluar.Gembira kerana telah sah menjadi isteri kepada lelaki yang dicintainya.
Selesai bacaan doa,Ryan pergi membuat solat sujud syukur.Usai saja solat sujud syukur,Ryan berdepan dengan Yana.Berdegup pantas jantung Yana tatkala tangannya disentuh lembut oleh Ryan,yang kini sah menjadi suaminya.
Cincin disarung pada jari manis Yana.Yana mencium tangan suaminya untuk beberapa ketika.
Mata mereka bertaut tatkala Yana mengangkat muka.Senyuman yang diberikan oleh Ryan membuatkan Yana menjadi tersipu.
Sempat Ryan berbisik kepada isterinya saat Yana mencium tangannya tadi.
"Now you're totally mine."
Merah padam wajah gadis itu dibuatnya.
Puan Sarah tersenyum melihat anaknya bahagia.Lega hatinya melihat Yana bahagia dengan pasangannya sekarang.Akhirnya,Yana dapat merasai kemanisan rumahtangga.
"Ryan,ayah nak pesan.Jaga anak ayah ni baik-baik.Ayah percaya,Ryan boleh bahagiakan dia." Encik Azhar menepuk perlahan bahu menantunya. Ryan hanya tersenyum.
"Ryan cuba yang terbaik,ayah.Terima kasih sebab restu hubungan Ryan dengan Yana,"kata Ryan. Encik Azhar mengangguk.
"Tak sangka,dah jadi isteri orang dah kawan aku ni.Dengan pesakit sendiri pula tu!"usik Feeqa.Dia mengekek ketawa.
"Jodoh,Feeqa.."
Feeqa tersenyum. "Aku doakan kau bahagia dengan Ryan sampai ke jannah."
"Thank you Feeqa." Yana tersenyum.Dia memeluk sahabatnya erat.
Ryan mengalihkan pandangannya ke arah Yana.Melihat Yana,mulutnya terukir senyuman.
"Sabar,Ryan.Jangan tenung lama sangat,"usik kawan baik Ryan merangkap kawan lamanya sejak sekolah lagi,Zahir.
"Eh,kau ni. Ada-ada je.." Ryan tergelak.
"Congrats bro.Bangga aku kau dah kahwin.Aku je belum lagi.." Zahir menggelengkan kepalanya.
"Memilih sangat! Orang dah ada depan mata,saja nak jual mahal."
"Well,this is me.Kalau nak,kenalah usaha."
Mereka berdua ketawa.
"Congratulations Ryan."
Ryan menoleh.
"Er,aku minta diri dulu." Zahir pantas meminta diri.Ryan memandang Tisya.
"Ingatkan tak datang?"
Tisya tersenyum. "Mestilah I datang. Majlis penting. Mana mummy you? Tak nampak pun?"
Ryan mengangkat bahu. "Macamlah tak kenal dia. Dia ada waktu akad nikah tadi je.Sekarang,dia dah duduk dalam kereta la tu. Tak sabar nak balik. Orang dekat masjid ni pun tak balik lagi."
Tisya hanya menggelengkan kepalanya.Matanya melilau mencari kelibat Yana.
"Cari isteri I ke? Tadi dia ada.Mungkin pergi jumpa sedara dia.Kalau you nak jumpa dia,tunggulah sekejap,"kata Ryan.Baik pula dia layan Tisya.
Memanglah.Dia tak perlu kahwin dengan Tisya.Tisya pun tak banyak hal.Memanglah layan baik.
"You betul-betul cintakan Yana?"soal Tisya tiba-tiba.
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...