Sejak jam 10 pagi,tetamu sudah mula hadir ke rumah keluarga Tisya.Tisya sudah bersiap bersolek di dalam biliknya.Hatinya tidak sabar mahu menjadi tunangan Ryan.
Tepat jam 11 pagi,keluarga Ryan tiba di rumah keluarga Tisya.Ryan juga turut hadir walaupun hatinya berat.Entah kenapa,harini hatinya berasa tidak senang.Seperti dapat merasakan sesuatu yang tidak baik bakal berlaku.
Keluarga mereka dijemput masuk ke rumah dan dulang-dulang turut dibawa.
Yana yang juga baru tiba ternampak keluarga Ryan.Dia hanya memerhatikan daripada bawah khemah yang tersedia.
Walaupun pedih melihat suaminya bakal bertunang,namun dia harus sedar diri.Dia bukan perempuan selayaknya untuk Ryan.
Ryan mengusap tengkuknya.
Aku tak boleh teruskan! Jeritnya di dalam hati.
"Maaf,saya da benda sikit nak cakap.." Ryan meminta perhatian daripada semua orang yng berada di dalam rumah tersebut.
"Saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi terima saya sebagai calon menantu.. Tapi saya minta maaf. Saya betul-betul tak boleh teruskan majlis ni.Saya dah ada anak dan isteri.Saya tak boleh menduakan mereka."
Datin Sofea terkejut dengn tindakan anak lelakinya.Dia bingkas bangun dan menarik Ryan.
"Ryan,apa yang Ryan buat ni?! Jangan malukan mummy!"bisiknya.
"Mummy,mummy tak boleh tentukan hidup Ryan! Kalau mummy nak tahu,Tisya ni dah ugut Ryan untuk cederakan daddy! Dia akan apa-apakan daddy kalau Ryan tak setuju untuk bertunang dengan dia.Tolonglah,mummy.Buka mata tu! Ryan taknak teruskan!"
Tisya yang menyedari kekecohan yang dibuat oleh Ryan segera keluar dari biliknya.
"Ryan,you dah janji dengan I." Keras suara Tisya memberi amaran.
"Tisya,sudah-sudahlah tu dengan ugutan you! You akan dapat lelaki yang lebih baik dari I!"kata Ryan.
Tisya merengus.
"Jangan paksa I buat benda diluar kawalan,Ryan."
"Tisya,tolonglah.." Ryan pergi ke arah Tisya dan melutut.Dia terpaksa!
"You dah buat I jatuh cinta lepas tu you nak lepas tangan? You kejam,Ryan! Kalau I tak dapat kahwin dengan you,I lebih rela mati!"
Yana yang mendengar kekecohan di dalam rumah Tisya segera pergi menjenguk.Risau pula keselamatan suaminya.
"I rela mati daripada hidup tapi tengok you bahagia dengan perempuan selain I! "
Tisya berang. Dia memandang sekeliling mencari sesuatu yang tajam.Dia ternampak gunting yang berada di atas meja.Tanpa berfikir panjang,dia mencapai gunting itu.
"Tisya,jangan macam ni sayang. Auntie sayang Tisya.."pujuk Datin Sofea.
"I tahu,I tak berharga macam arwah Tina dulu.Tu sebab semua orang boleh pijak hati I ni! I tahu I anak angkat,tapi salah ke I nak bahagia? Salah ke?" Tisya menangis.Dia memegang gunting.
"Tisya.. Tisya.Letak gunting tu.Bahaya." Yana bersuara. Terkejut dia melihat Tisya yang sudah mengamuk.
Tisya menoleh. "Bagus! Akhirnya kau datang! Kau dengar sini,Yana.Suami yang kau sayang sangat ni.. Dia ni dah bunuh kembar aku! Disebabkan dendam dia dekat kembar aku,dia bunuh kembar aku! Dia ni penjenayah!"
"Tisya,I dah cakap banyak kali.Tu smeua fitnah! I tak pernah bunuh Tina!" Ryan cuak.Dia memandang isterinya namun wajah Yana tiada reaksi.
"Tisya.. Saya akan berpisah dengan Ryan dan awak boleh miliki dia.Awak letak pisau tu.Bahaya.Ramai orang dekat sini,"pujuk Yana.Dia mendekati Tisya namun ditahan Ryan.
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...