Perlahan-lahan Yana melangkah mendekati suaminya. Ryan yang berdiri di koridor bilik di dekatinya.
Ya.Ryan Harriz memang dah berubah. Bukan dari segi sikap,tapi dari segi penampilannya juga. Penampilannya yang tampil menjadi lebih kacak dari sebelumnya.
"Abang,"tegur Yana. Ryan mengerling sekelis wajah Yana melalui hujung matanya.Wajahnya tiada segaris senyuman.
"Kau nak apa?"soal Ryan,dingin.
"Rehab dekat sana macam mana? Okey?"soal Yana,cuba mengambil hati suaminya.
"Kalau tak okey,tak adanya aku sihat macam sekarang."
Yana mengemam bibirnya.Perlahan-lahan dia menyentuh tangan Ryan. Ryan memandang Yana lantas tangannya ditarik.
"Abang,apa yang Yana dah buat sampai abang marahkan Yana macam ni? Kalau Yana ada buat abang kecil hati.. Yana minta maaf,"ucap Yana.
Ryan berpusing,menoleh ke arah Yana. Wajah isterinya dipandang tepat.
"Cuba bagitahu aku.Apa niat sebenar kau suruh aku ikut mummy aku pergi US? Konon nak pulihkan hubungan aku dengan mummy. Betul ke? Atau kau ada niat lain?"soal Ryan.
Dahi Yana berkerut.Dia bingung.
"Niat apa lagi,abang? Saya ikhlas nak tolong abang berbaik dengan mummy.. Tak lebih dari tu. Saya nak abang sihat. Takkan tu pun salah?"
"Tak salah kalau kau jujur dengan aku,Yana!" Ryan mula mengherdik.Terhincut bahu Yana dibuatnya.
"Masalahnya kau tak jujur! Kau tipu aku! Mulut manis tapi sebenarnya hati kau busuk! Kau kata kau setia dengan aku! Tapi sebenarnya kau khianat aku,Yana!"
Nafas Yana menjadi laju.Dia menjadi semakin bingung. Sejak bila pula dia khianat suaminya sendiri? Punyalah dia setia menunggu kepulangan Ryan. Tiba-tiba dituduh begini pula?
"Khianat abang? Masa bila saya khianat? Kenapa pula saya nak khianat abang?" Dahi Yana berkerut-kerut.
"Kau jangan berlakon lagilah,Yana Zulaikha! Aku tahu aku ni jahat! Aku tahu aku ni dulu teruk orangnya! Takkan itu kau nak berdendam dengan aku?
Sekarang,aku nak tanya. Betul atau tak,bekas tunang kau dah kembali dekat kau?"soal Ryan. Merah wajahnya memandang Yana."B-bekas tunang? H-Haiqal?"soal Yana pula.
"Ya Allah. Abang dah salah faham ni. Saya dengan Haiqal tak ada apa-apa. Kami cuma berkawan. Tu je! Percayalah,"kata Yana,bersungguh sambil memegang erat lengan suaminya.
"Apa bukti kau dengan dia hanya berkawan?"
Yana semakin buntu.Macam mana nak buktikan lagi?
"Abang.."
Ryan berjalan masuk ke dalam bilik.Dia membuka bagasinya dan mengeluarkan sampul yang berisi beberapa keping gambar. Gambar-gambar itu dihempas ke atas lantai.
Terbeliak mata Yana dibuatnya.
Macam mana gambar aku dengan Haiqal boleh ada dekat dia? Dia pasang spy ke? Bisik hati Yana.
"A-abang,mana abang dapat gambar ni?"soal Yana.Dia melihat gambar-gambarnya dengan Haiqal semasa mereka keluar bersama.
Dalam gambar tu memanglah nampak mereka berduaan,tapi hakikatnya Aryana dan Feeqa pun ada bersama mereka!
"Aku bukan nak bagitahu siapa yang bagi aku gambar tu. Tapi,aku nak bagitahu apa yang kau buat tu salah! Kau tahu suami kau sakit kan? Kau tergamak keluar dengan lelaki lain? Siap bermesra lagi! Jantan tu pula sibuk betulkan tudung kau ya? Melampau betul! Kau fikir maruah aku ni dekat tapak kaki kau?
Kau dengar sini baik-baik,Yana. Jangan sebab kau bertudung macam ni,kau boleh tutup segala keburukan kau. Aku kecewa dengan kau! Kau tahu tak apa yang aku rasa waktu dapat gambar-gambar ni? Sakit,Yana. Sakit!"kata Ryan,meluahkan isi hatinya yang terpendam. Matanya berair,menahan amarah dan kecewa yang bertapa di dada.
Yana tak sempat mahu membuka mulut untuk menjelaskan segalanya,Ryan sudah memintas.Jarinya dituding tepat ke arah wajah Yana membuatkan gadis itu terkedu.
"Jujur aku cakap. Permulaan perkahwinan kita,aku tak sayangkan kau. Aku kahwin dengan kau cuma untuk puaskan nafsu aku! Untuk puaskan kehendak hati aku! Tapi lepas apa yang jadi, lepas keguguran kau.. Aku sedar. Aku sayangkan kau. Aku tak mampu kehilangan kau.
Tapi sekarang? Disebabkan aku cacat,kau nak tinggalkan aku ke,Yana? Kau tak sanggup jaga aku? Tu sebab kau suruh aku ikut mummy? Kau kejam,Yana. Aku sanjung kau sebagai isteri aku dekat orang lain. Aku bangga dapat kau sebagai seorang isteri.Tapi kau? Kau bangga tak dapat suami macam aku? Mesti tak kan? Kau jijik tengok aku cacat macam tu.
Aku bersyukur sebab aku ikut mummy. Sejahat-jahat Tisya,dia sanggup jaga aku waktu aku sakit. Dia je boleh tahan dengan perangai aku. Dia je kenal Ryan Harriz. Kau belum cukup kenal aku,Yana. Belum lagi. "
"Tapi tak apa,aku tak salahkan kau sepenuhnya sebab kau baru nak kenal aku kan? Disebabkan kau baru nak kenal aku, aku takkan lepaskan kau dengan begitu mudah. Aku akan buat kau kenal siapa Ryan Harriz yang sebenarnya!"kata Ryan lagi. Dia terus beredar dari bilik itu.Bahu Yana dirempuh kuat membuatkan gadis itu jatuh terduduk.
Yana tak terkata. Dia benar-benar terkilan dengan kata-kata Ryan.
"Ya Allah,apa yang aku dengar tadi? Itu ke suami aku yang aku kenal selama ni?"gumamnya. Dia memandang gambar yang dihempas suaminya tadi.
Feeqa dengan Aryana ada bersama mereka waktu tu.Tapi kenapa dalam gambar ni hanya dirinya dan Haiqal je yang ada? Siap bermesra pula tu!
Ya Allah,siapa pula yang menabur fitnah kepadaku ini?
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...