Dear Te Amo 2

554 8 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


HIDUP tidak sentiasa indah. Kadang-kadang senang, kadang-kadang susah. Namun, kehidupan Yana Zulaikha menjadi semakin stabil selepas tiga tahun sejak kematian suaminya, Ryan Harriz. Kehadiran anak lelaki mereka, Rayyan Esmail memberi amanah baru kepada Yana Zulaikha untuk mulakan hidup baru tanpa seorang suami. 

Yana rindukan Ryan. Sangat-sangat rindu sehingga dia ternampak-nampak wajah Ryan pada seorang lelaki yang ditemuinya secara kebetulan di sebuah taman. Mungkin pelanduk dua serupa. Tapi apa yang pasti, hati Yana menangis kerana terlalu merindui arwah suaminya. 

Bagaikan takdir yang sudah tertulis, dia bertemu lagi dengan lelaki yang mempunyai rupa yang sama dengan Ryan. Secara kebetulan. Mungkin takdir yang temukan mereka. Bagaikan satu titik permulaan yang baharu dalam hidup Yana. 

"Awak Yana, kan? Kita pernah berjumpa di taman. Ingat saya tak? Saya Zafran. Zafran Yusuf." Lelaki itu masih mengingati pertemuan pertama mereka membuatkan Yana menjadi lebih gugup dan terkedu. 

"Saya minta maaf banyak-banyak, Encik Zafran. Saya datang ke sini untuk selesaikan kerja saya. Saya tak boleh nak bersuka-ria untuk berkawan sebab saya ada tanggungan yang perlu saya tanggung." Yana membuat garis batasan antara dirinya dengan Zafran. 

Tanggungjawab bukanlah satu alasan untuk membataskan Yana untuk bertemu dengan orang baru, cuma Yana tidak mahu terjebak dalam satu hubungan yang melibatkan rasa sayang dan kasih. Kasih dan sayangnya masih kuat untuk arwah suaminya. 

"Saya tahu, awak masih belum dapat lupakan arwah suami awak. Saya tak ada niat buruk pada awak, Yana. Saya ikhlas nak berkawan dengan awak." Zafran tetap berkeras untuk mendekati Yana sebagai seorang kawan.

Kawan? Yana sendiri tidak pasti sama ada mereka boleh menjadi kawan, lebih-lebih lagi Zafran yang sudah mula buka langkah pertama. Keadaan Yana menjadi lebih tersepit apabila anak lelakinya sendiri sudah rapat dengan Zafran. Seperti anak dan bapa. 

Keadaan berubah sepantas kilat. Yana menjadi semakin serba salah dan dilema dengan perasaannya sendiri. Mampukah dia terima Zafran seikhlas hatinya? Bolehkah dia terima Zafran sebagai Zafran Yusuf dan bukan sebagai Ryan Harriz? Itu kenyataan yang pahit dia perlu terima.

"Saya janji, Yana. Saya janji yang saya tak akan sia-siakan awak dengan Rayyan. Saya mungkin tak sempurna macam arwah suami awak, tapi saya akan cuba yang terbaik untuk sempurnakan hidup awak sebagai seorang perempuan, isteri dan sebagai seorang ibu." Itu janji Zafran. 

Cincin diberi. Janji-janji juga ditaburkan untuk Yana dan Rayyan. Kehidupan Yana seolah-olah menjadi lengkap semula selepas kehadiran Zafran yang begitu ikhlas dengan hubungan mereka. Keikhlasan Zafran membuka pintu hati Yana. 

Rupa bukanlah asbab untuk Yana terima Zafran, tetapi hati. Hati Zafran yang ikhlas terhadap Yana dan juga anak lelakinya.

Demi masa depan Rayyan Esmail, Yana Zulaikha akhirnya terima takdirnya. Bersatu dengan Zafran Yusuf dan mengimpikan sebuah perkahwinan yang aman serta mendapat keberkatan dalam hubungan mereka.











Assalamualaikum semua! Sis dah lama sebenarnya pertimbangkan untuk Dear Te Amo 2 ni. Jadi, sis dah fikir masak-masak. Sis akan buat Dear Te Amo 2. Tapi, sis bagitahu awal-awal ya. Mungkin Dear Te Amo jadi slow update sebab story sis 'Seindah Dejavu' pun masih on going. Jadi, sis harap semua faham dan masih sudi baca karya sis untuk Dear Te Amo ni dan juga karya sis yang lain ya. Terima kasih sebab baca Dear Te Amo dan masih ada yang request pada sis untuk buat Dear Te Amo 2. Thankyou so much! Jumpa di Chapter 1 Dear Te Amo 2 nanti :D

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now