37.Selamat tinggal

513 23 0
                                    

Kesesakan di lapangan terbang tidak menghalang Yana untuk menghantar suami dan ibu mertuanya. Sedih memanglah sedih,tapi hatinya harus kuat. Dia perlu tabah demi kesihatan Ryan.

Yana melihat jam di tangan kirinya. Lagi satu jam penerbangan ke US. Maksudnya,waktunya untuk bersama dengan Ryan semakin singkat.

Yana memandang Ryan yang sedari tadi asyik memandangnya.Yelah,nak berpisah.Mestilah sedih.Kalau boleh,Ryan taknak ikut. Kalau ikut pun,dia mahu bawa Yana sekali.

Tapi,dia tak mampu buat apa-apa. Yana sendiri yang memujuknya untuk ikut Datin Sofea.

"Abang,dekat sana nanti jaga diri ya? Jangan lupa jaga pemakanan.. Paling penting,jaga solat"pesan Yana.Dia tersenyum.

Ryan jangan cakaplah.Dia memang dah tak boleh nak senyum.

"Sayang,jom ikut abang.. Please."

"Ryan,setahun je pun. Tak payah mengada sangat. Kalau rindu,telefon sajalah! Macamlah susah sangat,"kata Datin Sofea. Dia membuat muka.

Ryan tidak mengendahkan Datin Sofea. Malas nak layan. Cakap apa pun tak guna.

"Abang,kalau kita nak hidup kita diberkati dan bahagia.. Kita kena dapat keberkatan hidup dari ibu kita. Paling penting,keberkatan dari Allah. Jaga hubungan dengan ibu bapa kita,jaga hubungan dengan Allah.Okey? "

Hampir-hampir saja airmatanya keluar namun pantas ditahannya. Yana tersenyum lagi.

"Abang ikut cakap doktor.Baru cepat sihat. Kalau sihat,baru boleh balik sini. Baru boleh jadi suami Yana yang mengada macam dulu,"usik Yana. Dia ketawa kecil. Ketawa sekadar mahu menutup rasa sedih yang bertandang dihati.

"Dah,dah. Tak payah nak buat drama.Jom Ryan."

Ryan memegang tangan Yana sebelum dia dibawa pergi masuk ke pintu masuk.Hati Yana menjadi semakin libu. Tak sanggup rasanya mahu berpisah dengan Ryan.

Ibubapanya hanya mampu melihat. Puan Sarah mengusap perlahan bahu anak perempuannya. Dato' Raziq pula memandang mereka dengan rasa simpati. Sofea betul-betul kejam!

"Tunggu abang. Abang janji,abang kembali pada sayang tepat pada masanya.Abang sayang Yana." Tanpa rasa malu,airmatanya menitis tanda kasihnya pada Yana.

Yana tak mampu menahan rasa sedihnya lagi.Dia pantas menarik tangannya.

"Abang pergilah. Nanti lambat pula. Yana pun sayang abang.Jaga diri. Ayah,ibu. Jom," kata Yana.Pantas dia menarik Puan Sarah pergi dari situ. Tak mampu rasanya untuk lama-lama disitu.

Ryan hanya mampu memandang isterinya yang melangkah pergi. Semakin jauh Yana melangkah,hatinya semakin terasa kosong. Hidupnya sudah terasa kosong tanpa isterinya disisi.

Yana pula jangan cakaplah.Airmata sudah merembes-rembes turun di pipi.

Sabar Yana.Bertahan setahun je!

Hatinya tak henti berdoa agar Allah permudahkan urusan suaminya dan semua ini akan selesai dengan segera.Dia mahu bersatu dengan Ryan tanpa ada halangan lagi. Dia mahu hidup yang aman dan bajagia bersama Ryan.

Abang,Yana tunggu abang. Bisik hatinya.

SEPANJANG perjalanan ke US,Ryan langsung tidak bercakap dengan Datin Sofea. Makan jauh sekali. Dia hanya memandang ke luar tingkap.

Tiada benda yang menarik perhatiannya sekarang ni.

"Ryan,kenapa diam je ni? Cakaplah dengan mummy. Kenapa,sayang?"soal Datin Sofea.Wajah muram anaknya dipandang.

Huh,ni mesti perempuan tu punya pasal! Sumpah aku menyesal upah dia jadi doktor peribadi Ryan dulu! Kalau aku tahu jadi macam ni,memang aku tukar doktor dulu! Bisik kata hati Datin Sofea.

Melihat Ryan yang masih mendiamkan diri,Datin Sofea menjadi bengang.

"Ryan,kalau Ryan fikirkan pasal perempuan tu,baik hentikan. Tak ada faedahnya. Dia punca Ryan accident kan? Kenapa perlu rasa sayang dekat dia? Dia bukannya istimewa pun,"kutuk Datin Sofea lagi. Dia meluahkan isi hatinya yang tidak puas hati.

"Dia istimewa di mata Ryan. Pada Ryan,dia tiada cacat celanya."

Ryan menoleh,memandang Datin Sofea yang sudah keruh wajahnya.

"Dia terlalu baik. Walau apa pun yang jadi,Ryan takkan lepaskan dia. Dia hidup Ryan." Mata Ryan memandang tepat ke arah wajah Datin Sofea. Itu menandakan dia benar-benar serius dengan kata-katanya!

"Ryan lebih sanggup hidup dekat bawah jambatan,merempat,mengemis daripada hidup dengan kemewahan yang tak membawa kebahagiaan langsung. Mummy kena ingat. Harta tak boleh bawa sampai mati. Semua yang kita ada sekarang ni semuanya pinjaman daripada Allah. Bawa-bawa la sedar sikit,mummy."

Begitu berbisa kata-kata Ryan kepada Datin Sofea. Hati Datin Sofea mendidih.

"Kamu pun nak jadi macam daddy? Nak ceramah mummy? Ingat mummy ni jahil sangat? Yelah,mummy je yang jahatkan? Yang baik semua perempuan tu. Sekarang mummy pula nak ingatkan Ryan. Mummy akan pastikan,mummy dapat apa yang mummy nak sebelum mummy mati.Ingat tu."

Datin Sofea menyandarkan tubuhnya.Dia memejamkan mata.

Ryan mengeluh.

Kenapa mummynya begitu degil? Apa salah Yana pada mummynya?

Ryan memandang semula ke luar tingkap. Baru sahaja berpisah,hatinya sudah rindu yang tak tertanggung dengan isterinya.

Ya Allah,Kau cepatkanlah masa untuk tamatkan semua konflik ini.

YANA mengurung dirinya di dalam bilik. Balik daripada lapangan terbang tadi,dia terus pulang ke rumahnya dengan Ryan. Walaupun sunyi,dia tetap mahu menjaga rumah itu.

Nasib baik Puan Sarah mahu menemaninya di rumah itu. Tak adalah Yana sunyi sangat.Sekurang-kurangnya dia ada kawan untuk berbual.

Pintu bilik Yana diketuk dan dibuka. Puan Sarah melangkah masuk dan menuju ke katil.

"Yana,jom makan. Ibu dah masak. Yana tak makan dari siang tadi,"pelawa ibunya.

"Nantilah.. Yana tak lapar lagi. Nanti Yaa turun."

"Yana.. Jangan macam ni. Makan ya? Kalau tak makan,nanti sakit. Kalau sakit,macam mana nak jumpa Ryan?"

Dengar nama Ryan,Yana terus menekup wajahnya ke atas bantal. Puan Sarah agak terkejut. Dia tersalah cakaplah pula!

"Yana.. Maaf. Ibu tak sengaja.."

"Ibu,apa salah Yana sampai kena pisah dengan abang? Yana nak ikut dia.. Tapi tak boleh.." Yana mengangkat wajahnya.Dia mula menangis.

Puan Sarah terus memeluk anaknya.

"Sabar,sayang.Ni semua ujian. Kamu kena kuat,ya? Apa yang penting,Ryan ikhlas sayangkan Yana."

Yana terus-menerus menangis di dalam dakapan ibunya. Telinganya bagaikan terngiang-ngiang suara Ryan.

"Setahun tak lama sayang.Sabar je okay?"pujuk Puan Sarah lagi.

"Yana nak teman abang pergi buat rawatan tu.."kata Yana lagi.

Puan Sarah tak terkata apa. Dia hanya mampu doakan yang terbaik buat anak menantunya.

Yana mahu menangis semahunya,melepaskan segala rasa sedih dihati yang telah lama dipendamnya.

Ya Allah,mampukah aku nak tempuh setahun ni tanpa suamiku?

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now