Ryan melihat sekelilingnya mencari kelibat Yana. Dia naik ke tingkat atas dan menuju ke bilik tidurnya.
Pintu bilik di buka.Yana yang sudah terlena di atas katil dipandang. Ryan masuk ke dalam bilik kemudian menutup pintu secara perlahan-lahan.
Kakinya mengorak langkah ke arah Yana yang masih lagi terlena. Penat sangat gamaknya setelah membuat kerja rumah. Bukan kerja rumah saja,malah memasak pun dia buat.
Ryan mengambil kesempatan untuk merenung wajah Yana. Pipi Yana dielus lembut.
Sayang memanglah sayang. Tapi kenapa dia susah nak layan Yana dengan baik lepas dia dapat gambar-gambar tu? Takkan dia nak buat benda yang sama dekat Yana macam mana dia buat dekat Tina dulu? Seksa mental Yana? Sanggup ke?
Hal Tisya pun satu hal juga. Bukannya dia serius sangat nak kahwin dengan perempuan tu.Ryan tahu,Tisya tu manusia yang talam dua muka. Sekejap suka,sekejap tak. Sekejap baik,sekejap perangai macam syaitan.
Gila agaknya perempuan tu. Bisik hati Ryan.
"Abang?"tegur Yana.Dia sudah mencelikkan matanya. Pelik dan agak terkejut apabila melihat suaminya yang sedang merenungnya lama.
Ryan mengawal riak wajahnya. Dia menjauhkan diri daripada Yana. Yana bangun dan membetulkan bajunya.
"Bila abang balik? Kenapa tak kejut Yana?"soal Yana. Dia memandang suaminya.
"Baru balik. Kau ada masak tak? Aku lapar,"kata Ryan.Sebenarnya,dia mahu tutup malu saja sebab kantoi renung muka Yana tadi. Bukannya dia lapar sangat.Tadi kan dah makan dengan dua ekor 'singa' tu.
"Ada.Yana dah masak lauk kari ikan. Tunggu kejap,saya panaskan lauk."
Yana mahu bangun namun ditahan oleh Ryan.
"Tak apa. Nantilah dulu. Aku nak mandi. Kau tidur ni,kerja semua dah siap ke? Dah bersihkan rumah?"soal Ryan. Mulalah tu nak buli isteri sendiri.
Yana hanya mengangguk. "Dah siap."
"Kalau dah siap.." Ryan menghulurkan kunci keretanya. Yana memandang Ryan,bingung.
"Aku nak kau cuci kereta aku. Vakuum sekali dalam kereta. Jangan lupa polish juga. Dah siap nanti kau lock balik kereta aku. Aku taknak ada cacat cela dekat kereta aku. Kalau ada,malam ni kau tidur luar." Tanpa menunggu jawapan Yana,Ryan terus mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik mandi.
Yana terkebil-kebil.Dia memandang kunci kereta yang diberi oleh Ryan.
YANA mengesat peluh di dahi. Dia memerhatikan kereta Ryan dengan penuh teliti. Setiap sudut dia periksa agar tak ada cacat cela macam yang Ryan cakapkan tadi. Kalau rosak,mampus nak kena ganti. Kereta mahal!
Yana buka pintu kereta dan duduk sebentar di driver seat.Dia membelek stereng kereta suaminya.
Kereta Mercedez Benz tu! Jangan main-main!
"Macam manalah diorang boleh kaya macam ni? Aku pun mampu kereta MyVi je. Kalau dapat kereta macam ni.. Hari-hari drive pun sanggup!" Yana membelek setiap inci kereta Ryan.
"Tapi,sebelum ni suami aku bawa kereta Honda je. Waktu dia berbaik dengan aku,semua yang dia pakai semuanya sederhana je. Dia taknak menunjuk agaknya. Lepas bergaduh dengan aku,baru nak jadi riak?" Yana bercakap sendiri.
"Tapi dia memang riak pun. Muka pun poyo je. Dahlah bengap! Ada ke patut dia percayakan gambar tu semua bulat-bulat? Dia ingat aku desperate lelaki? Nasib baiklah kau suami aku. Kalau tak,dah makan penampar dah pipi tu,"kutuk Yana dengan selambanya.
Maklumlah,nak cakap depan suami tak berani. Cakap belakang je mampu!
Yana membuka dashbox.
"Wow. Banyak juga album lagu orang putih dia." Yana membelek album-album yang ada.
Saat dia mengeluarkan satu album,sekeping gambar terjatuh daripada dalam dashbox tersebut.
Tanpa rasa bersalah,Yana mengambil tersebut. Langsung tak terfikir tentang baran Ryan yang akan meletus sekiranya dia dapat tahu keretanya diselongkar.
Dahi Yana berkerut melihat gambar yang dipegangnya. Gambar seorang perempuan yang seiras dengan Tisya berpelukan dengan Ryan.
"Tisya ke ni?" Yana membelek gambar tersebut. Di belakang gambar tersebut ada tertulis sesuatu yang membuatkan Yana terkilan.
Semuanya menjadi kenangan.Cinta tetap cinta. Sayang tetap sayang. Semoga kau tenang di sana dan maafkan aku,Tina.
-Ryan Harriz-
Yana memandang gambar itu lama. Dia menjadi tertanya.
Ada lagi ke kisah silam Ryan yang Yana tak tahu? Apa yang jadi dekat Tina? Kenapa Ryan minta maaf?
"Siapa suruh kau selongkar kereta aku?"
Yana terkejut.Dia menoleh ke belakang. Wajah Ryan yang tegang dipandangnya.Jantung berdegup kencang.
"Keluar."
Yana gugup.
"Aku cakap,keluar!" Ryan mengherdik Yana seraya itu menarik Yana keluar dari keretanya.
"A-abang,Yana minta maaf.Yana tahu Yana salah.Yana-"
"Diam! Aku suruh kau cuci kereta aku! Bukannya selongkar barang aku! Kau siapa nak selongkar barang aku? Perangai makin menjadi-menjadi kan? Kau tak hormat langsung aku sebagai suami kau!"herdik Ryan lagi.
"Abang,Yana tahu Yana salah. Yana minta maaf. Yana bukan tak hormat abang.Yana hormat! Tapi adil ke bagi Yana kalau abang terus tuduh Yana macam ni? Sejak abang balik Malaysia ni,abang tak jaga hati Yana dah.
Abang langsung tak pedulikan Yana! Abang biar je mummy dengan Tisya marah Yana,hina Yana. Abang seolah-olah nak lepaskan tanggungjawab abang sebagai suami!"luah Yana pula.
Ryan menahan geram. Barannya kula menguasai dirinya.Pipi Yana dicengkam dan wajah gadis itu didongakkan.
"Kau nak cakap aku lepas tangan? Aku tak jalankan tanggungjawab sebagai suami dekat kau? Okey.Kau ikut aku sekarang." Yana diheretnya masuk ke dalam rumah.
"Abang,lepaslah! Sakitlah abang!"
Datin Sofea yang terdengar kekecohan itu segera keluar dari bilik. Terkejut juga dia melihat Ryan yang seperti sedang dirasuk hantu. Tak pernah-pernah dia tengok Ryan berkasar dengan isterinya.
"Ryan,kenapa ni? Kenapa marah macam ni?"soal Datin Sofea. Risau pula tengok Ryan. Dia kenal benar dengan anak lelakinya.
Kalau dah barannya melampaui batas,apa apa saja boleh jadi! Naik tangan pun boleh jadi! Kang tak pasal-pasal mati anak orang.Naya!
"Mummy jangan masuk campur.Ni hal rumahtangga Ryan dengan perempuan ni. Ryan ada hal sikit nak bincang dengan dia." Yana terus diheretnya masuk ke bilik.
Yana yang mengaduh sakit itu dipandang. Rasa kesian la pula!
Datin Sofea melihat Ryan yang mengheret Yana ke tingkat atas. Seram sejuk tengok anak sendiri macam tu.
"Takkan dia nak pukul bini sendiri? Sejahat-jahat aku,tak adalah sampai nak biarkan dia pukul anak orang. " Datin Sofea berfikir.
"Eh,takkan dia nak pukul. Anak aku masih waras,"katanya untuk menyedapkan hati.
Tapi kalau Ryan betul-betul pukul Yana macam mana?
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...