Wajah Tina yang kusut itu dipandang. Gadis itu duduk di hujung bilik sambil memeluk lutut. Airmatanya merembes-rembes mengalir di pipi.
"Ryan.. Maafkan I. Jangan buat I macam ni.. I minta maaf.. I janji tak buat lagi.."
Tina asyik mengulang ayat yang sama berulang-kali. Biliknya berselerak langsung tidak dihiraukan. Sekali pandang, dia kelihatan seperti orang gila. Keadaan dirinya langsung tidak terurus.
"Maafkan I,Ryan.. I janji tak buat lagi..Badrul yang taknak bertanggungjawab.."
Gadis itu menangis lagi di penjuru bilik.
YANA yang setia menunggu di sebelah katil Ryan memandang jari-jemari Ryan yang bergerak-gerak.
Sudah dua hari Ryan tidak sedarkan diri selepas mengalami kemalangan itu. Dalam tempoh dua hari itulah Yana langsung tidak pulang ke rumah kerana mahu menjaga Ryan.
Selepas mendapat berita daripada Zahir,jantung Yana terasa seperti mahu luruh. Menyesalnya tidak terkata. Takut kehilangan suaminya.
"Abang? Yana ada dekat sini,abang.Buka mata tu,"kata Yana,perlahan.Dia mengusap perlahan kepala suaminya. Sembab wajah Yana akibat menangis kerana khuatir tentang keadaan Ryan yang agak parah.
"Abang,buka mata.. Yana datang ni,abang. Abang nak jumpa Yana kan? Yana ada dekat sini." Yana menahan rasa sebaknya.Dia berbisik di sebelah telinga suaminya.
"Yana sayangkan abang. Maafkan Yana sebab tak dapat jadi isteri yang baik. Bangunlah,abang.."
Jari-jemari Ryan bergerak lagi. Perlahan-lahan matanya terbuka.
"Abang?" Yana memandang suaminya. Dia tersenyum. Pantas dia memanggil doktor.
Doktor datang dan segera memeriksa keadaan suaminya. Yana tak henti-henti ucap rasa syukur.
Usai saja memeriksa keadaan Ryan,doktor memberikan Ryan berehat.
"Macam mana dengan keadaan suami saya,doktor?"soal Yana.
"Alhamdulillah,suami puan Yana dah stabil. Cuma.." Doktor Naufal ,doktor yang merawat Ryan kelihatan serba salah. Serba salah untuk menyampaikan berita yang agak kurang menyenangkan.
"Cuma apa,doktor? Suami saya okey kan?" Yana menjadi risau.
"Kaki suami puan Yana lumpuh disebabkan kemalangan tu. Mungkin disebabkan kaki dia tersepit dalam kemalangan tu membuatkan kaki dia lumpuh.
Tapi puan jangan risau. Masih lagi ada harapan untuk sembuh.Cuma dia kena buat rehab untuk pulihkan kaki dia,"jelas doktor Naufal.
Yana terdiam.
Ryan lumpuh?
"Puan banyakkan doa agar suami puan cepat sembuh ya? Kalau tak ada apa-apa,saya minta diri dulu." Doktor Naufal meminta diri.
"Kak Yana?"tegur Aryana.Dia baru saja sampai bersama Dato' Raziq dan Datin Sofea.
"Yana,macam mana dengan Ryan? Doktor kata apa tadi?"soal Dato' Raziq.
Yana seperti tak mampu menahan tangisnya.Dia memeluk Aryana.
"R-Ryan lumpuh.."tangisnya. Rasa bersalahnya semakin menebal terhadap Ryan.
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...