Ryan mencelikkan matanya yang masih terasa mamai. Yana memandang dan tangannya masih setia memegang tangan Ryan.
"Kenapa? Pagi-pagi buta dah kejut,"rungut Ryan.Wajahnya berkerut.
"Abang.. Yana lapar.Boleh tak masakkan nasi goreng untuk Yana?"pinta Yana.
"Lapar? Awak tak tidur ke dari tadi? Sekarang dah pukul dua pagi. Takkan lapar?"kata Ryan,reaksinya agak terkejut.
Pagi-pagi buta dah suruh orang gorengkan nasi.
"Tolonglah abang.. Saya nak makan nasi goreng yang abang buat." Yana memegang erat tangan Ryan. Dia menayang wajah kesian.
"Esoklah. Sekarang dah malam. Takkan nak masak sekarang? Saya mengantuk,"kata Ryan seraya menguap.
"Please. Baby lapar,"kata Yana lagi.Dia memegang perutnya pula.
Ryan mengeluh. Dia memandang Yana yang sedang mengusap perutnya.
"Belum lahir lagi dah susahkan orang.Kalau dah lahir nanti macam mana agaknya?"gumamnya. Walaupun perlahan tapi tetap didengari Yana.
Terasa hati juga apabila mendengar suami sendiri cakap begitu. Takkan dengan anak sendiri pun nak berkira?
Melihat Ryan yang masih tak berganjak,Yana terus baring di sebelah Ryan semula. Dia menarik selimut.
"Tak apalah. Abang sambunglah tidur.Sorry ganggu tidur abang,"katanya dengan nada rajuk.
Ryan memandang Yana yang mahu memejamkan matanya. Dia mengeluh lagi.
Kenapalah dia perlu hadap semua ni?
"Fine.. Saya buatkan nasi goreng. Janji lepas ni tak buat dah?"kata Ryan.
"Tak apa. Saya dah tak lapar.Tidur jelah,"kata Yana.Dia memejamkan matanya.
"Cepatlah.. Nak ke tak?"soal Ryan.
"Abang tidurlah."
Ryan menggelengkan kepalanya perlahan. Cakap berputar belit!
"Okey.Saya nak tidur.Jangan kacau." Ryan kembali memejamkan matanya.
Yana yang mendengarnya hanya mampu menahan hati. Apa salahnya sampai Ryan tak mahu melayannya?
Yana mencelikkan matanya semula.Perlahan-lahan dia bangun lantas turun dari katil. Dia berjalan keluar dari bilik tidurnya.
Ryan dapat rasakan isterinya bangun dan berlalu keluar dari bilik.Namun disebabkan ego yang tinggi melangit dia hanya membiarkan. Matanya yang mengantuk terus dilayan dan dilelapkan saja.
Yana turun ke tingkat bawah dan masuk ruang dapur. Suis lampu dibuka.
"Mama masakkan nasi goreng ya.Mama takkan biarkan anak mama ni lapar,"kata Yana sendirian.Dia tersenyum.Dia menyediakan bahan masakan sambil mengusap perutnya perlahan-lahan.
Baik masak sendiri. Minta dekat suami,suami pun taknak layan.Sabar je lah!
RYAN termenung memandang kertas kerja yang bersepah di atas mejanya. Tangannya bermain-main dengan pen.
"Bro." Zahir mengetuk pintu lantas masuk ke dalam bilik pejabat Ryan. Dia menghulurkan sebuah fail.
"Kau kena check balik fail ni. Double check. Aku kena submit petang ni,"kata Zahir.Dia memandang Ryan.
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...