25.Tuduh

552 23 1
                                    

Suasana di dalam bilik terasa suram.Yana hanya duduk di birai katil dan termenung. Sesekali dia memakai sepasamg stokin yang dipakainya.

Berpantang tanpa bayi yang dikandung.Perasaan yang tak dapat digambarkan.

"Yana."

Ibu melangkah masuk ke bilik bersama dulang. Dia tersenyum. Dulang diletakkan di tepi katil. Yana hanya memandang kosong makanan yang dibawa oleh ibunya.

"Yana makan ya? Lepas tu,boleh makan ubat."

Yana mengusap perutnya. Libu hati Puan Sarah melihatnya.

"Yana tak jaga anak Yana,ibu. Yana cuai,"kata Yana,perlahan.Dia sedaya-upaya untuk menahan tangis. Bahunya diusap perlahan oleh Puan Sarah.

"Yana,jangan macam ni.Mungkin kali ni kamu tak ada rezeki lagi.Yana muda lagi. Banyak masa lagi untuk mencuba. Yana kena kuat okey?"kata Puan Sarah. Dia memeluk anak perempuannya.

"Yana tak sempat nak merasa dia bergerak dalam perut Yana. Yana tak sempat.." Yana memeluk Puan Sarah. Dia melekapkan wajahnya dibahu ibunya.

Puan Sarah mengusap belakang badan Yana. Dia cuba untuk menyalurkan semangat untuk anak perempuannya.

"Yana kena sabar. Ni ujian untuk Yana. Tak apa,cuba lagi okey? Sekarang ni,Yana kena sihat dulu.Kesihatan Yana tu penting."

Yana mendiamkan diri. Dia hanya memeluk ibunya erat. Dia menangis tanpa mengeluarkan suara. Menangis dalam dakapan ibunya.

Ryan yang mahu masuk ke dalam bilik,terhenti langkahnya.Dia berdiri tegak di pintu bilik memandang dua beranak itu berpelukan.

Ryan memandang Yana yang sedang memeluk Puan Sarah. Sekeras-keras hatinya,dia masih ada perasaan simpati. Simpati melihat keadaan Yana.

Tak boleh dilupakan tatkala Yana baru menerima khabar bahawa dirinya keguguran. Yana tidak henti-henti menangis di dalam wad sehingga Ryan terpaksa keluar dari wad dan Puan Sarah yang menenangkan isterinya.

Hatinya masih tertanya. Apa punca Yana keguguran?

"Ryan,masuklah.Kenapa tercegat dekat situ?"tegur Puan Sarah. Ryan tersedar dari lamunannya.Dia melangkah ke arah Yana dan Puan Sarah.

"Ibu dah letak makanan Yana dekat situ.Pastikan Yana makan,okey? Ibu nak keluar sekejap pergi beli barang sikit,"pesan Puan Sarah kepada menantunya.Ryan hanya mengangguk dan duduk di sebelah isterinya.

Melihat Puan Sarah keluar dari bilik,Ryan memandang Yana. Wajah isterinya tidak lagi berseri. Pucat saja wajahnya.

"Sayang makan ya? Abang suap,"kata Ryan dengan lemah lembut.Dia mula menggunakan perkataan abang.

Yana hanya mendiamkan diri. Dia tidak memandang Ryan. Ryan mengambil makanan yang dimasak oleh ibu mertuanya. Dia menceduk sesudu nasi.

"Buka mulut,sayang." Sudu dihalakan ke arah mulut Yana,namun Yana menoleh ke tepi. Tidak mahu makan yang disuap oleh suaminya.

"Sayang.. Jangan macam ni. Makan ya? Lepas ni boleh makan ubat,"pujuk Ryan.

Yana masih tidak memandang Ryan.

"Kenapa ni? Sayang jangan sedih. Nanti abang pun sedih tengok sayang sedih.."

Sakit hati Yana mendengarnya. Dia tetap tidak mahu memandang Ryan.

"Tak payah pura-pura sedih.Abang suka kan Yana gugur?" Keras saja suara Yana menyoal Ryan.

"Suka? Kenapa pula abang suka? Abang tak suka tengok sayang sakit macam ni. Risau hati abang,sayang.Abang nak isteri abang ni sihat,"kata Ryan.Dia meletakkan semula sudu.

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now