Pagi-pagi lagi Ryan sudah sakit hati dengan Yana. Disuruhnya Yana masak nasi goreng,tapi Yana hanya buat roti bakar.
Bila dimarahnya Yana,gadis itu hanya menayang wajah toya. Dia tidak melawan tetapi riak wajahnya cukup menyakitkan hati Ryan.
"Nak ke taknak makan roti ni? Kalau taknak,saya makan."
Bertambah panas hati Ryan dibuatnya.
"Kau ni memang tak faham bahasa? Aku nak nasi goreng,bukannya roti bakar! Kau tahu tak aku dah lewat pergi pejabat? Kau sengaja bagi aku susah!"marah Ryan.Berkerut wajahnya.
"Kalau dah tahu lambat,makan je la roti bakar ni. Pagi-pagi ni nak makan sampai kenyang buat apa? Nanti membuta pula dalam pejabat,"bidas Yana. Dia menuang air teh o suam di dalam cawan.
"Kau ingat aku macam kau? Aku tak peduli.Kau pergi masak nasi goreng untuk aku sekarang.Aku nak pedas,"arah Ryan. Dia membuat isyarat tanda suruh Yana pergi memasak pada waktu itu juga.
Yana merengus. Sabar je lah dapat suami macam ni!
Yana menjuihkan bibirnya.Nak tak nak,kena jugalah pergi masak.
Kau tunggulah Ryan! Nak pedas kan? Aku buat kau masuk toilet banyak kali!
YANA membebel sendirian. Mulutnya terkumat-kamit merungut sambil memotong cili api.Laju saja tangannya memotong kerana mahu cepat siap. Lambat namti kena marah pula dengan mat cipanzi tu!
"Dah tahu lambat,bukan nak bangun awal. Lepas tu sibuk nak nasi goreng juga.Tak reti bersyukur ke aku dah buat roti bakar tu? Nasib baik kau sua- Aduh!" Yana mengaduh. Dia melihat jarinya yang terkena pisau.
Tu lah,kutuk suami lagi. Tak pasal-pasal dapat balasan terus. Tak payah nak tunggu balasan dekat akhirat dah!
"Aduh.. Semua mamat tu punya pasal,"gumamnya.Berkerut dahi Yana.Dia melihat jarinya yang luka dan berdarah.
Ah,waktu ni jugalah kau nak keluar darah banyak pun! Tu lah,sedap lagi kutuk suami kan!
"Kenapa? Luka?" Sergah Ryan daripada belakang. Terperanjat Yana dibuatnya. Dia menoleh kemudian menggeleng.
"Pergilah duduk dekat sana.Jangan sibuk dekat dapur ni.Susah saya nak masak nasi goreng pedas awak tu,"kata Yana,menahan geram. Dia pergi ke sinki dan mencuci lukq.Berkerut dahinya menahan pedih.
Ryan melihat isterinya daripada belakang. Sebenarnya dia perhati je Yana daripada tadi. Dia dengar juga Yana mengutuknya tapi dia hanya bekukan hati. Kata-kata Yana langsung tak membuatkan hatinya terusik atau pun terasa jauh hati.
Melihat wajah isterinya berkerut menahan pedih,dia mendekati isterinya juga. Mesti dalam luka tu.
Ryan mencapai kotak first aid yang disimpan di dalam laci. Melihat Yana selesai membasuh luka,dia memegang lengan Yana dengan lembut.
"Meh sini. Letak ubat."
Pelik. Tak ada pula suaranya bernada keras. Lembut saja nadanya. Pegangannya juga lembut. Bagai dipegang dengan penuh kasih.
Ah! Ada rasa kasih lagi ke dekat lelaki ni? Tak payah lah berharap sangat,Yana. Nanti kau juga sakit. Desis hati Yana.
Ryan yang menyapu ubat kuning pada lukanya dipandang. Hatinya menjadi libu apabila memandang wajah suaminya.
Kenapa Ryan perlu berubah? Kalau tak,mesti mereka berdua bahagia sekarang. Tak perlu perang dingin bagai.
Ryan perasan,isterinya daripada tadi merenungnya.Cuma dia yang buat tak endah. Takkan nak pandang juga kan? Habislah imejnya nanti.Maklumlah,ego lagi tinggi kan!
Selesai merawat luka Yana,Ryan mengusap perlahan plaster yang sudah dilekatkan pada luka Yana.
"Sakit lagi tak?"soal Ryan.
Yana yang tersedar dari lamunannya terus menggelengkan kepala. Dia tak berkata apa-apa. Wajahnya terus dipalingkan ke arah lain.
"Lain kali hati-hati.Bukannya buat kerja tu dengan gelojoh,tak ikhlas. Dah,tak payah masak.Aku makan dekat luar."
Ryan menyimpan semula kotak first aid. Tatkala Ryan mahu keluar dari dapur,Yana menahannya. Namun matanya masih tidak memandang Ryan.
"Thank you."
Ryan memandang Yana lama. Kemudian,dia mengangguk. Ryan terus melangkah pergi meninggalkan Yana sendirian di dapur.
Yana menghela nafas berat. Dia melihat jarinya yang sudah berbalut dengan plaster.
"Kenapa aku berharap lagi ni? Dia kan dah taknak aku?"
Yana mengemam bibirnya,menahan perasaan.
RYAN termenung. Fail yang bersepah di atas meja dipandang kosong.Badannya tersandar lesu di kerusi.
Harini dia betul-betul tak ada mood nak buat kerja. Mesyuarat pun dia wakilkan orang lain. Dia langsung tak mahu keluar dari bilik kerjanya.
Jujur,fikirannya asyik terfikirkan Yana.
Ah! Kenapa pula nak ingat perempuan tu? Entah-entah perempuan tu tak ingat aku pun! Mesti dia ingatkan Haiqal!
Ryan mencebik. Cemburu lagi rupanya.
Semakin dia mahu padam gadis itu dari ingatan dan juga hatinya,semakin kuat gadis itu melekat di ingatan dan ... hati.
Makin susah pula nak buang perempuan tu dari hidupnya. Kenapa ya?
"Aku akan tutup pintu hati aku untuk mana-mana perempuan. Full stop!"
Ryan meraup wajahnya.
Betul ke nak tutup pintu hati? Tapi kenapa bila dengan Yana,hatinya terus lemah? Kuasa apa yang Yana dah guna?
Ryan langsung tak boleh marah Yana lama-lama. Tak tahu kenapa! Wajah polos Yana kadang-kadang menyakitkan hati. Tapi rasa sakit hati tu yang dia rindukan akhirnya.
Bingkai gambar perkahwinannya dengan Yana dicapai. Wajah gadis itu ditenung.
"Kau dah buat apa dekat aku? Kenapa aku tak boleh marah kau lama-lama?"soal Ryan,seolah-olah Yana ada dihadapannya.
"Makin aku caci kau,makin bertambah rasa kasih aku dekat kau.Pelik! Aku dah gila agaknya? Ada masalah otak dengan hati." Wajah Yana yang tersenyum manis di dalam gambar masih dipandangnya.
"Yana Zulaikha.." Nama isterinya di sebut.
"Kau betul-betul dah kunci cinta aku dalam hati kau."
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...