1.Putus

1.1K 54 0
                                    

Pintu bilik kerja diketuk dan dibuka. Muncul wajah seorang doktor perempuan yang berumur 20-an tersenyum memandang rakannya.

"Eh Yana. Masuklah."

Yana tersenyum. "Tak apa. Aku tak boleh lama ni. Aku ganggu kau ke?"soalnya.

"Eh takdelah! Kenapa? Ada apa-apa yang aku boleh tolong?"soal doktor pakar psychology,Doktor Feeqa.

"Aku dapat patient.. Dia dah sedar dari koma seminggu lepas.."kata Yana.

"Okay,then?"

"Keluarga dia minta tolong aku carikan doktor untuk rawat dia. Maksud aku,dia depression. Aku tak pandai sangat bab ni,kau tolong boleh?"kata Yana. Dia menyeluk tangannya ke dalam poket seluar.

"Teruk ke depress dia? Kenapa dia boleh jadi macam tu?"soal Feeqa.

"Aku dah tanya dia,dia taknak jawab. Aku rasa,kau boleh buat dia bercerita masalah dia?"cadang Yana lagi.

"Hm,aku cuba. Tapi,aku tak boleh sentiasa ada dengan dia. Kau pun kena tolong aku juga. Aku mula sibuk minggu depan."

Yana mengangguk. "Oh ya. Aku lupa,kau dah nak jadi isteri orang,"usik Yana. Feeqa tersenyum sipu.

"Kita sama-sama bantu dia."

Yana mengangguk lagi.

WAJAH yang tenang sedang lena dibuai mimpi itu dipandang. Yana membelek biodata pesakitnya.

"Hm.." Suara perlahan menyapa telinga Yana.

"Encik? Encik nak apa-apa?"soal Yana. Lelaki tersebut membuka matanya dan memandang Yana. Kemudian,dia menggeleng.

"Saya dapat tahu,encik tak makan sejak tadi. Kenapa? Encik kena makan. Baru boleh cepat sihat.." Yana tersenyum.

Lelaki itu tetap mendiamkan diri. Wajah Yana tidak dipandang. Pandangannya dibuang ke luar tingkap.

"Ada sup ayam. Ada sayur. Sedap.." Yana memujuk lagi.

"Soalan I masih tak berjawab. Mana Balqis?"soal lelaki itu. Yana terdiam.

"I nak jumpa Balqis, I nak jumpa kawan-kawan I." Lelaki itu bersuara lagi.

"Encik.."

"I nak jumpa diorang." Suara lelaki itu sedikit meninggi.

"Encik,sabar ya? Allah lebih sayangkan mereka.Jadi,saya harap encik bersabar ya? Encik kena tumpukan perhatian dekat kesihatan encik dulu.."kata Yana.

Lelaki itu memandang Yana. Pandangannya begitu tajam membuatkan Yana berasa gerun.

"You jangan nak mereka-reka cerita ya? I tahu,diorang masih hidup! "

"T-tapi encik.."

"I nak keluar." Lelaki itu cuba untuk membuka wayar-wayar disitu namun pantas Yana menahan.

"Encik,encik belum sihat!"

Lelaki itu menolak Yana. Matanya berair.Bila-bila masa sahaja mahu tumpah.

"I nak jumpa Balqis.I nak jumpa kawan-kawan I."

Kesian pula Yana melihatnya. Yana cuba lagi memujuk lelaki tersebut. "Kejap lagi keluarga encik datang. Encik makan dulu ya? Nanti boleh keluar hospital cepat."

Lelaki itu tetap menggeleng. "I nak jumpa Balqis.. "

Lelaki itu memejamkan matanya rapat. Terbayang-bayang kejadian yang paling menakutkan dalam hidupnya.

"I bersalah.. " Lelaki itu membuka mata dan memandang Yana.

"I bersalah.." Perkataan itu diulang-ulang. Mata lelaki itu berair. Yana turut terasa sebak.

RUANG wad yang sunyi membuatkan suasana kelihatan kelam. Ryan hanya duduk di birai katil dan memandang makanan yang dihantar buatnya.

"Eh,kenapa tak makan lagi? Kan mummy suruh makan.."tegur Datin Sofea. Ryan memandang wajah ibunya. Wajah yang suram.

"Mummy,betul ke diorang dah tak ada?"soal Ryan. Datin Sofea mengeluh.

"Ryan.. Mummy nak Ryan sihat dulu. Baru fikir pasal ni okay?"katanya.

"Daddy mana?"

Datin Sofea terdiam. Dia mengawal riak wajahnya kemudian sudu dicapai. "Esok dia datanglah tu."

"Hari-hari Ryan tunggu. Tak ada pun? Daddy dah taknak jumpa Ryan ke,mummy?"soal Ryan lagi.

"Ryan,jangan tanya pasal daddy boleh? Dia tu tak fikir langsung pasal Ryan. Dah,jangan fikir. Makan nasi ni. Mummy suapkan,"kata Datin Sofea. Tegang saja wajahnya. Bengang apabila isu suaminya disebut-sebut.

Buat sakit telinga!

"Bila mummy dengan daddy nak berbaik? Tak penat ke bergaduh?"soal Ryan. Dia memandang ibunya.

"Berbaik? Jangan harap. Mummy dah penat. Dah,makan ni. Jangan tanya pasal daddy lagi."

Ryan mengeluh. Dia hanya menurut. Mulutnya dibuka tatkala ibunya menyuap sesudu nasi.

Tawar pun tawarlah. Tawar lagi hidupnya yang sekarang.

"Esok ada doktor nak jumpa Ryan. Jangan melawan cakap dia,faham?"

Berkerut dahi Ryan dibuatnya. Doktor mana pula ni? Tak cukup ke sorang doktor je?

"Untuk apa?"

"Untuk rawat Ryan la. Dah,jangan banyak tanya.Ikut je cakap mummy. Ryan kena sihat balik." Datin Sofea menyuapkan lagi sesudu nasi ke dalam mulut anaknya.

Hati Ryan mula menjadi tak senang. Tak boleh ke kalau sorang doktor je? Kronik sangat ke penyakit dia sampai perlukan dua orang doktor?

JARI-JEMARI Yana laju menaip di papan kekunci menyiapkan tugasan yang tertunggak. Matanya fokus memandang komputer.

Bunyi notification masuk menandakan ada satu mesej telah masuk ke dalam telefonnya. Matanya memandang ke arah telefon yang diletakkan di tepi meja kerjanya.

From: Haiqal❤️

I nak jumpa you sekarang. Urgent. Please jumpa I dekat depan hospital you. I dah sampai sini.

"Pelik. Urgent? Dia ni suka bagi orang rasa suspen,"gumam Yana. Dia menutup komputer dan mencapai beg tangannya.

Laju langkahnya berjalan keluar dari kawasan hospital tersebut.Nampak sahaja kelibat Haiqal merangkap tunangnya,pantas dia berlari-lari anak.

"Haiqal!"

Lelaki yang memakai pakaian tidak formal itu menoleh.

"Ada apa you nak jumpa I? Ada apa-apa ke?"soal Yana. Dia sedikit tercungap-cungap kerana berkejar untuk berjumpa tunangnya disini.

"Yes. Urgent." Haiqal memandang Yana.

"Apa dia?"

Haiqal menarik nafas dalam-dalam. Matanya seolah-plah tidak mampu bertentang mata dengan Yana.

"Haiqal,kenapa ni? Ada masalah?"soal Yana.Wajah tunangnya dipandang tepat. Risau menjengah dihati.

"I nak putus. "

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now