Mengandung?
Jadi,dia bakal menjadi seorang ayah?
Ryan merenung lama pregnancy test yang diberi oleh isterinya.Kemudian,wajah Yana dipandang.
"Dah berapa minggu?"soalnya.
"Baru dua minggu.Alhamdulillah,saya tak ada alahan apa-apa,"kata Yana.Dia tersenyum. Siapa je tak gembira bila dapat tahu dirinya bakal menjadi seorang ibu kan?
Tak kena alahan apa-apa.Memanglah! Aku yang kena! Patutlah sejak dua menjak ni tekak aku loya je.Tak ada selera nak makan.Rupanya dia dah mengandung,alahannya kena dekat aku! Bisik hati Ryan.
Yana memandang wajah suaminya.Wajah Ryan tidak memberi sebarang ekspresi.Tak nampak seperti dia teruja pun.
Dia tak suka ke aku mengandung?
"Kenapa,abang? Ada apa-apa yang tak kena ke?"soal Yana.
Ryan meletakkan pregnancy test tersebut dan membuka tali lehernya.Dia membuka dua butang teratas baju kemeja T yang dipakainya.
"Sorry to say,saya tak bersedia lagi jadi seorang daddy."
Yana terdiam.
Plot twist! Dulu dia yang minta anak! Kenapa sekarang lain pula katanya?
"Perkahwinan kita ni terlalu awal,"katanya lagi.
"Abang kata,abang nak anak.Kenapa sekarang lain pula? Habis tu,abang nak saya buat apa? Gugurkan? Abang,ni rezeki yang Allah bagi.Anak kita. Takkan saya nak gugurkan?"kata Yana. Dia seperti tidak berpuas hati dengan jawapan Ryan.
Terlalu awal? Habis tu,kalau rasa terlalu awal kenapa sibuk ajak kahwin? Kenapa sibuk mention tentang anak dulu?
"Buat apa yang patut.Kalau perlu saya bagi duit,saya bagi. Cakap je berapa. Saya taknak tambah apa-apa komitmen sekarang ni.Kerja saya dekat pejabat lagi penting,"kata Ryan.Dia seperti tidak mempunyai perasaan langsung. Perasaan isterinya langsung tidak fikir.
"Taknak ada komitmen? Maksud abang?"
"Cukuplah awak jadi komitmen saya sekarang.Saya taknak tambah.Saya tak suka komitmen. Kerja dekat pejabat pun dah bagi beban dekat saya,jangan tambah pula." Ryan mencapai tuala. Saat dia mahu masuk ke dalam bilik mandi,sempat dia berpaling.
"Gugurkan."
Hati Yana seperti direntap mendengar kata-kata suaminya. Senang saja Ryan memberi arahan. Dia fikir,semua ni boleh dibuat main?
Kalau taknak ada komitmen,kenapa sibuk ajak kahwin awal? Dulu,pelbagai janji manis ditaburkan.Sekarang? Hilang begitu saja janji-janjinya.
Yana menahan airmatanya daripada jatuh.Dia mengambil pregnancy test tadi dan direnung ya. Matanya terasa panas.Airmata mulai bertakung di tubir mata.
Ya Allah,apa yang perlu dilakukannya? Kenapa Ryan berubah fikiran pula sekarang ni? Apa yang jadi sebenarnya?
USAI sahaja mandi,Ryan mengeringkan rambutnya menggunakan rambut.Dia melihat Yana duduk di birai katil.
Dia tahu,Yana tak suka dengan keputusannya. Tapi,entahlah.Dia sendiri tak tahu kenapa hatinya taknak terima kehadiran zuriat yang dikandung oleh Yana.
Dulu,dia hanya sekadar bergurau dan mengusik Yana saja tentang anak. Tak sangka,Yana mengambil serius tentang kata-katanya. Lagipun,perkahwinan mereka terlalu awal. Takkan nak ada anak pula?
Tambahan umurnya masih muda.Dia masih mahu enjoy. Kalau ada anak,macam mana nak enjoy?
Ryan menyangkut tuala.Kemudian,dia mengatur langkah ke arah isterinya dan melabuhkan punggung di birai katil.
"Yana.."
Yana langsung tidak memandang wajahnya.
"Yana,saya tahu saya salah.Saya hanya bergurau pasal anak.. Saya-"
Yana terkejut dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Ryan.
Bergurau? Dia fikir hal anak boleh dibuat gurau?
"Bergurau abang kata? Abang yang minta anak,sekarang abang nak buang? Takkan tak ada rasa kasih langsung dekat anak kita? Hal anak bukan boleh dibuat gurauan,abang." Yana memandang tepat ke arah wajah Ryan.Airmatanya bertakung lagi namun segera diseka.
"Saya tahu.. Listen. Kita muda lagi. Kita ada banyak lagi masa. Sekarang,saya nak tumpukan pada kerja.Saya nak cari duit dulu untuk kita.Okey? Yana faham abangkan?"kata Ryan.
Yana menggeleng perlahan.Wajahnya ditundukkan.
"Anak kita,abang. Allah dah bagi kita rezeki,kenapa kita nak tolak? Walau apa pun yang jadi,Yana takkan gugurkan. Ni anak Yana."
Ryan menarik nafas sedalamnya kemudian dihembuskan perlahan-lahan.
"Yana.." Kedua-dua belah bahu Yana dipegang,memusingkan badan isterinya agar menghadap ke arahnya.Dagu runcing isterinya disentuh lembut.
"Tolong faham abang? Saya nak kita enjoy dulu sebelum ada anak.. Tanggungjawab jadi mummy daddy ni berat. Saya belum sedia lagi,"katanya.
Kecewa hati Yana mendengarnya.
"Kenapa abang ajak Yana kahwin?"soal Yana.Airmatanya jatuh ke pipi.
"Yana.." Ryan gugup.Dia sendiri dah buntu nak beri jawapan.
"Abang kata abang dah bersedia untuk semuanya. Kenapa sekarang lain pula? Kalau abang tak sedia.. Kita tak patut kahwin dulu,abang."
Ryan mengeluh.Dia melepaskan pegangannya. Dia meraup kasar wajahnya.
"Tolong jangan pertikaikan kenapa saya nak kahwin dengan awak,Yana."
"Habis tu,kalau abang sendiri cakap tak bersedia.. Kenapa ajak Yana kahwin? Kenapa sibuk sebut pasal anak dulu? Kenapa bagi Yana harapan? Abang tak sayang Yana!" Yana mulai emosi.
Ryan memejamkan matanya rapat-rapat. Dia sedaya upaya mencuba mengawal emosinya.
Risau sekiranya dia tak dapat tahan,lain pula jadinya.Lebih-lebih lagi kalau barannya datang. Tak mustahil tangannya boleh naik.
"Yana.. Saya hanya minta beri saya masa je.Tolong."
Yana bangun. Dia memandang Ryan.
"Yana takkan gugurkan anak ni.Ni anak Yana. Keputusan Yana muktamad."
Yana terus berlalu keluar dari bilik. Ryan merengus kasar. Giginya diketap menahan geram.
"Aku dah cakap,bagi aku masa.Jangan paksa aku,Yana."
Ryan memandang ujian kehamilan yang berada di tepi katil itu dengan penuh kebencian.
"Kenapa kau perlu wujud!" Ryan mencapainya dan menghempaskan ke atas lantai.
"Aku taknak ada anak!"bentaknya.
Yana yang sudah turun ke bawah boleh mendengar pekikan Ryan.
Hatinya diundang rasa risau.Kenapa Ryan tiba-tiba berubah dalam sekelip mata? Takkan depres Ryan dulu datang semula?
Tak mungkin!
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...