Yana bernyanyi kecil.Dia mengemas katil seraya suaminya bersiap-siap untuk pergi ke kerja.
Usai saja mengemas katil,Yana membantu Ryan memakai tali leher. Ryan menunduk sedikit memandang isterinya yang hanya pada ketinggian bahunya.
"Abang balik pukul berapa harini?"soal Yana.
"Tak tahu lagi.Kenapa?" Ryan hanya memandang wajah Yana tanpa mengalihkan pandangannya. Wajah Yana tampak semakin berseri hari demi hari.
Seri ibu mengandung gamaknya.
"Harini Yana ada checkup.. "
"Checkup? Yana tak sihat ke?"soal Ryan,lurus.Berkerut dahinya. Dia menekup pipi Yana membuatkan gadis itu tersenyum. Tangan Ryan dipegangnya.
"Bukanlah.. Yana sihat. Ni checkup untuk baby kita.Jom teman saya,abang? Boleh tengok baby."
Ryan berubah riak wajahnya.Dia mengalihkan pandangannya ke arah cermin.Dia membetulkan kolar bajunya.
"Sayang buat checkup dekat tempat kerja sayang kan? Sayang jelah pergi.. Abang malas nak ulang-alik dari tempat kerja abang tu.Jalan sesak,"kata Ryan. Dia mencapai jam tangan dan memakainya di tangan kiri.
"Tapi abang.. Takkan abang taknak tengok perkembangan anak abang ni? Jomlah abang. Teman saya.."pujuk Yana.Dia memeluk lengan Ryan.
"Yana,saya ada banyak kerja. Lagipun,saya dah bagitahu haritu yang saya tak sedia nak jadi daddy. Awak yang beria-ria nak simpan baby ni. So please jangan paksa saya okay?"kata Ryan.Wajahnya menjadi kelat.
Yana mencebikkan bibirnya.Dia berpeluk tubuh.
"Sekejap okay,sekejap tak. Abang tak sayang Yana,"kata Yana berbaur rajuk.
"Jangan nak merajuk,okey? Saya tak ada masa nak layan.Saya dah lambat nak pergi kerja." Ryan mencapai beg bimbitnya.
"Abang.. Jomlah pergi." Yana menahan Ryan. Dia menayang wajah seposen.
"Yana, once i said no,it's means no. Saya tak berminat nak tahu pasal baby." Ryan memandang Yana.
"Jujurnya abang."
"Dalam hidup kenalah jujur.Takkan nak menipu pula kan?Sekarang saya jujur.Saya taknak baby ni. Saya muda lagi. Kalau awak nak sangat baby ni,awak jaga sendiri.Faham?"kata Ryan.Dia merengus perlahan kemudian berjalan keluar dari bilik.
"Abang."
Langkah Ryan terhenti. Tidak pula terdetik hatinya mahu memandang wajah isterinya. Dia dapat rasakan yang Yana memang terasa hati dengan kelakuannya. Tapi,nak buat macam mana? Dah dia tak suka,terpaksalah jujur.
Yana berjalan dan berdiri benar-benar di belakang Ryan.
"Yana nak minta sesuatu boleh? Tak banyak,satu je. Yana janji,lepas ni Yana tak minta apa-apa dah daripada abang."
Berkerut dahi Ryan. Kenapa pula isterinya tiba-tiba cakap macam tu? Dia berpaling ke belakang.
Wajah Yana dipandang. Wajah itu masih lagi nampak tenang walaupun dia tahu bahawa Yana terasa hati dengannya.
"Apa dia?"soal Ryan.
"Teman Yana buat checkup.For the first and last. Bagi anak Yana ni merasa ada daddy yang care pasal dia walaupun terpaksa. Boleh?"
Ryan tergeleng-gelengkan kepalanya.
"Kalau awak nak sangat,boleh.Tapi bukan hari ni. Saya ada banyak kerja. Dahlah,saya pergi dulu."
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...