Baju-baju yang diletakkan di atas katil dipandang. Pelbagai jenis baju ada. Pelbagai warna yang membuatkan Yana sukar untuk memilih.
"Pakai pink? Baru nampak ayu sikit kan? Tapi,dia suka ke warna pink? Aku rasa,dia suka warna merah. Warna merah nampak menggoda. Kalau warna ungu?"
Yana menggaru kepalanya. Susah benar nak buat pilihan!
"Tudung? Warna apa pula aku nak pakai? Style macam mana aku nak buat? Shawl atau bawal?"
Sekali lagi Yana buntu. Dari sini dah nampak perempuan itu complicated!
Bukan bab makan saja,malah bab membuat pilihan pun susah.
"Okey,Yana. Kita sebulat suara memilih baju warna merah! Tudung pula.."
Yana melihat koleksi tudungnya yang tersidai cantik.
"Ibu! Tolong Yana!"
Yana bercekak pinggang. Macam ni lah jadinya kalau nak keluar dengan buah hati. Semuanya mahu kelihatan sempurna tetapi susah mahu buat pilihan.
Ibu! Tolong Yana buat pilihan! Yana nak nampak cantik depan Ryan!
RYAN membetulkan kolar bajunya.Rambutnya yang lebat disisir rapi menampakkan dirinya lebih kemas dan kacak.
Semburan minyak wangi disembur banyak. Lagi wangi,lagi bagus.Biar Yana lebih tertarik padanya.
Ryan berdiri di hadapan cermin. Wajahnya sendiri dipandang.
"Aku akan pastikan.. Yana terima lamaran aku. Yana akan jadi isteri aku. Apa yang aku nak,aku mesti dapat. Yana mesti jadi isteri aku.." Ryan tersenyum penuh makna.
Bibirnya diusap perlahan.
"Mulut ni yang akan pikat hati dia.Sweet talker warning.."
Ryan tergelak kecil.Dia menggeleng perlahan. Dia membetulkan bajunya.Jam tangan dicapai dan dipakainya di tangan kiri.
Jam menunjukkan pukul 8 malam. Pukul 8.30 malam,semuanya akan bermula.
Yana will be mine.
Ryan mencapai kunci kereta. Tak lupa juga dengan kotak cincin yang sudah dibelinya khas untuk Yana.
Yana,bersiap sedia untuk semuanya. Bisik hatinya.
Ryan keluar dari biliknya. Terserempak pula dengan Datin Sofea.
"Ryan nak pergi mana? Dah malam macam ni nak keluar lagi? Esok Ryan kerja kan?"
Ryan menayang wajah bosan. "Keluarlah.Daripada duduk rumah buat apa? Dahlah,Ryan keluar dulu."
"Ryan! Nanti!" Datin Sofea menahan Ryan.Lengan anak lelakinya dipegang.
Ah sudah.Jangan disebabkan orang tua ni,semuanya hancur nanti!
"Apa dia,mummy?"
"Esok malam kita ada dinner dengan keluarga Tisya.Ryan wajib ikut,"kata Datin Sofea.
"So? Ryan malas nak layan. Mummy pergilah. Dah,bye." Ryan menarik lengannya dan melangkah ke pintu.
"Ryan,kamu kena ikut! Jangan degil!"
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...