48.Demam

584 24 1
                                    

Pejam celik,pejam celik sudah tiga minggu berlalu. Sudah tiga minggu juga Yana langsung tak keluar daripada rumah. Bukannya dia tak mahu keluar tapi Ryan yang berkeras tak izinkan dia keluar.

Menyirap juga darah Yana bila dikawal sebegitu rupa. Tapi apa boleh buat? Ryan masih suaminya.Kalau bantah nanti,dicop isteri derhaka pula.

Hari pertunangan antara Ryan dan Tisya juga semakin hampir. Menyampah Yana bila Tisya datang ke rumah dan mencari suaminya.

Datang rumah orang,buat cara tetamu! Bukannya berlagak macam tuan rumah!

"Yana,you pandai masak kan? Tolong masakkan untuk I mee kari. I teringin sangat nak makan masakan you,"kata Tisya dengan lenggok suaranya. Tangannya pula jangan cakaplah.Daripada tak lekang memeluk lengan Ryan.

Kalau ikutkan,Ryan rasa rimas.Tapi disebabkan niatnya untuk menyakitkan hati isterinya,dibiarkan saja Tisya buat begitu.

"Tadi kan makan nasi? Takkan nak makan lagi?"soal Yana. Wajahnya tak puas hati.

"Kau jangan banyak tanya boleh? Pergi je lah masak. Bahan pun ada. Banyak tanya pula." Ryan mencerlung wajah isterinya.

"You janganlah macam ni.Kita bakal bermadu. Lusa I dah jadi tunang suami you ni. Insyaa Allah,tiga bulan lagi I akan jadi isteri kepada abang Ryan pula.." Manja saja suara Tisya. Geli geleman Ryan mendengarnya.

Ada aku setuju nak jadi laki kau ke? Aku setuju jadi tunang kau je. Bisik hati Ryan.

Yana menayang wajah bosan. Dah banyak kali dia dengar benda yang sama keluar dari mulut Tisya.

Madu,madu,madu! Teringin nak makan madu ke?

"Dah,pergi masak! Aku pun nak makan mee kari." Ryan memghalau Yana pergi ke dapur.

"Kau tu layak duduk dekat dapur. Aku dengan Tisya duduk dekat ruang tamu ni.Nak .."

Yana bingkas bangun dan pergi ke dapur. Sakit hati dengan suami sendiri. Makin menyampah dengan Ryan Harriz!

Ryan tersenyum sinis.

"Kita nak apa sayang?"

Ah sudah. Ulat bulu ni pula bersuara!

"Tak ada apa. Kita berdua nak tengok movie. Ada dia tu mengacau je. Tak boleh fokus tengok movie nanti,"kata Ryan.

"Oh.."

Huh,kau ingat nak buat apa? Ingat sikit,belum halal!

"Belum kahwin,dah pegang-pegang! Nak buat maksiat,pergi jauh-jauh! Bukan dekat sini!"bebel Yana seorang diri di dapur. Dia mengeluarkan bahan.

Sebenarnya Yana bukannya sihat sangat. Dua tiga hari ni badannya terasa tak sihat.Nak demam agaknya.Maklumlah,cuaca asyik hujan saja. Sejuk agaknya.

Duduk dalam rumah je pun boleh tak sihat. Tengok muka Ryan? Lagi bertambah tak sihat dibuatnya!

Ryan bukan tak nampak muka isterinya sedikit pucat.Tapi,dia sengaja buat tak nampak. Dia butakan mata,butakan hati.

"Buat sedap-sedap! Kalau tak sedap,kau habiskan semua!"jerit Ryan dari ruang tamu.

Yana mengetap gigi menahan geram. Ada juga aku baling periuk ni nanti. Aku tahulah nak masak!

"Sayang.. I nak carrot juice.. "rengek Tisya. Kuat suaranya sehingga Yana boleh dengar.Sengaja dia kuatkan suara.

"Mual tekak aku dengar 'sayang.. sayang' kau tu. Aku sumbat carrot dalam mulut baru tau,"bebel Yana lagi.

"Yana! Buatkan sayang aku ni carrot juice!"

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now