50.Cerai?

851 26 0
                                    

Pintu diketuk berkali-kali.Datin Sofea berdiri tegak di hadapan pintu rumah anak menantunya sambil bercekak pinggang.Seperti biasa,riak wajahnya tiada segaris senyuman.

Pintu dibuka.Ryan yang agak terkejut dengan kehadiran Datin Sofea mengawal riak wajahnya. "Mummy.. Ada apa datang ni?"

"Mana Yana? Mummy nak jumpa dengan dia,"kata Datin Sofea.

"Ya,mummy? Ada apa nak jumpa dengan Yana?" Yana tersenyum. Wajahnya masih kelihatan pucat kerana demamnya masih belum kebah.Datin Sofea membuat muka menyampah.Menyampah melihat senyuman menantunya.

"Aku tak boleh jumpa kau? Kau ni orang penting ke sampai aku kena buat temujanji dulu baru boleh jumpa kau?" Datin Sofea mencerlung wajah Yana.Yana hanya tersenyum.

Ryan sudah tidak senang.Tak pernah Datin Sofea datang rumahnya semata-mata mahu berjumpa dengan isterinya.Mesti ada yang tak kena.

"Aku nak cakap sikit dengan kau." Wajah Yana dipandang dengan penuh rasa benci.

"Apa niat kau sebenarnya masuk dalam keluarga aku? Kau nak harta keluarga aku? Kau dah hasut laki aku,jadi kau fikir kau boleh dapat harta dia? Kau kena ingat.Kau tu orang luar.Kau takkan pernah jadi sebahagian dalam keluarga ni sebab kau tak layak.Ya,aku tahu kau pernah rawat anak aku ni.Tapi,tu tak bermakna aku izinkan kau untuk pengaruh dia dan masuk dalam keluarga ni untuk ambil kesempatan terhadap kami,"kata Datin Sofea dengan penuh riak.

"Mummy,apa ni? Janganlah cakap macam tu.Yana bukan macam yang mummy fikirkan,"bela Ryan pula.

"Jadi,sekarang kamu dah berbaik dengan perempuan ni? Senangnya kamu terengaruh dengan dia kan? Lupa? Dia ni pernah curang dekat belakang kamu? Eh Yana,kau dengar sini baik-baik.Aku nak bagi amaran dekat kau.Sekali lagi kau jumpa laki aku,tunggulah nasib kau."

"T-tapi,apa yang Yana buat mummy? Yana dah buat salah apa sampai tak boleh jumpa daddy?"soal Yana,kebingungan.

"Kau boleh tanya apa salah kau? Kau punca laki aku sakit jantung! Disebabkan dia dah terlalu terpengaruh dengan kau,dia sakit jantung sebab nak pertahankan perempuan macam kau! Disebabkan kau juga,dia ceraikan aku! Kalau kau nak tahu,aku dah lama sabar dengan kau.Kau jangan ingat aku diam sebab aku terima kau!" Datin Sofea tiba-tiba mengamuk.

Kolar baju Yana dicengkamnya dan ditarik-tarik.Apabila teringatkan nasibnya yang baru dicerai oleh Dato' Raziq,Datin Sofea semakin panas hati.Pipi Yana pula dicengkam dan ditampar berkali-kali.

Terkejut Ryan dibuatnya.Pantas dia menahan Datin Sofea dan menjauhkan isterinya daripada Datin Sofea.Yana yang memegang leher dan pipinya dipeluk.

"Mummy dah hilang akal ke?! Perempuan yang mummy tampar ni isteri Ryan! Mummy tak ada hak nak tampar dia!" Ryan mula naik angin.

"Tu baru sikit! Kau ingat eh Yana. Walau apa pun jadi,walau aku mati sekali pun,aku takkan terima kau sebagai menantu aku! Kau dah rosakkan semua rancangan aku untuk berbesan dengan keluarga Maznah! Kalau Ryan tak jadi nikah dengan Tina,aku akan nikahkan Ryan dengan kembar Tina,Tisya! Nama kau langsung tak tersenarai untuk jadi sebahagian keluarga aku sebab kau dah porak-perandakan keluarga aku!"

Yana mula tercebik-cebik menahan tangis. Semakin erat dakapan suaminya.

"Mummy!"jerkah Ryan.

"Mummy kena ingat.Anak Ryan mati dulu sebab mummy.Mummy dah bunuh anak pertama Ryan! Kalau apa-apa jadi dekat anak dalam kandungan Yana sekarang ni,Ryan akan cari mummy dan Ryan tak akan teragak-agak akan buat laporan polis,"gertak Ryan.Wajahnya mulai menjadi bengis.

Yana memandang Ryan.Dahinya berkerut. Anak dalam kandungannya? Dirinya mengandung?

"Oh,dia mengandung sekarang? Ryan yakin ke tu anak Ryan? Entah-entah,anak haram dengan jantan yang dia bermesra tu." Datin Sofea memandang Yana dengan pandangan yang menjijikkan.

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now