"Mummy dah cakap banyak kali,tapi Ryan tetap degil.Nak juga kahwin dengan Yana tu kan? Tengoklah,sekarang apa dah jadi?"
"Mummy,Ryan jadi macam ni bukan disebabkan Yana.Kenapa mummy suka salahkan Yana? Apa salah dia sampai mummy tak suka dia?"soal Ryan.Datin Sofea memandang anak lelakinya.
"Takkan Ryan tak nampak lagi? Ryan boleh pertahankan perempuan tu sedangkan Ryan dah lumpuh macam ni?"kata Datin Sofea.
"Mummy tak peduli.Mummy tak suka tengok anak mummy sakit macam ni. Nanti mummy uruskan rawatan untuk Ryan dekat US.Ryan kena dapatkan rawatan dekat sana sampai sihat,"kata Datin Sofea lagi. Dia bingkas bangun dan mencapai beg tangannya.
"Tapi mummy,Ryan kan boleh buat rawatan dekat sini je? Tak perlulah membazir.."
Tajam mata Datin Sofea mencerlung wajah anaknya.Wajahnya serius.
"Jangan melawan cakap mummy. Walau apa pun yang jadi,Ryan kena ikut mummy pergi US.Muktamad!" Datin Sofea melangkah pergi.Sebaik saja dia keluar dari bilik wad Ryan,dia terserempak dengan menantunya.
Yana yang sejak tadi berdiri di hadapan pintu memandang ibu mertuanya.Dia sudah dengar segalanya. Namun,apa dia boleh buat? Itu keputusan ibu mertuanya. Takkan dia nak bergaduh pula? Lagipun,itu yang terbaik untuk suaminya. Dia mahu Ryan sihat seperti dulu.
"Kau kena sedar diri sikit.Kau langsung tak layak masuk dalam keluarga aku.Bila-bila masa aku boleh singkirkan orang macam kau,kaki kikis." Datin Sofea memandang Yana daripada hujung rambut hingga hujung kaki.Kemudian dia terus beredar.Sempat dia melanggar kasar bahu menantunya.
Yana tak mampu membuka mulut.Dia hanya menahan perasaan.Mulutnya dipaksa untuk mengukir senyuman kemudian dia melangkah masuk untuk bertemu dengan suaminya.
"Sayang pergi mana tadi?"soal Ryan.
"Yana pergi cafeteria sekejap.. Abang nak makan?"soal Yana,lembut.Dia duduk di sebelah katil.
"Tak apa,abang tak lapar lagi.. Sayang,abang nak cakap sikit ni." Ryan mencapai tangan isterinya lalu mengucupnya dengan penuh rasa kasih.
Sebak hati Yana melihatnya.
"Apa dia,abang?"
"Abang.. Abang.." Ryan seperti serba salah.Dia tak tahu bagaimana mahu berbincang dengan isterinya.
"Tak apa,abang. Kalau mummy nak abang pergi US untuk dapatkan rawatan,pergilah. Saya boleh tunggu dekat sini. Abang pergi ya? Demi kesihatan abang,"kata Yana seraya tangannya mengusap pipi suaminya.Sedaya upaya dia menahan airmata.
Ryan kelihatan terkejut. Dia menjadi semakin serba salah.
"S-sayang.."
Yana hanya tersenyum.
"Yana nak abang sihat macam dulu. Yana setia tunggu abang dekat sini.Abang pergi ya?"pujuk Yana lagi.
Hati Ryan menjadi berat.Wajah Yana dipandang dengan penuh rasa kesal.
"Sayang ikut abang.."
Yana menggeleng.Mulutnya masih setia mengukir senyuman.
"Yana tunggu abang dekat sini.Lagipun,kalau Yana ikut.. Mesti mummy tak bagi. Yana akan bagi masa untuk mummy dengan abang berdua dekat sana untuk pulihkan hubungan abang dengan mummy ya? Jangan bergaduh macam ni. Tak baik,"kata Yana. Tangannya digenggam erat oleh Ryan.Seperti tak mahu dilepaskan saja.
"Sayang.. Abang tak sanggup berpisah dengan sayang.."rayu Ryan lagi. Wajahnya begitu berharap agar Yana mengikutinya ke US.
Namun,hampa.Yana tetap dengan keputusannya. Dia akan berikan masa berdua Ryan dengan Datin Sofea untuk pulihkan hubungan mereka yang tak berapa baik itu.
"Abang pergi ya? Yana setia tunggu abang dekat sini,"kata Yana.Berulang kali.
Ryan bungkam. Wajah Yana dipandang tak lepas.
"APA yang awak buat ni,Sofea? Ryan dah cakap,dia boleh je dapatkan rawatan dekat sini.Yang awak pandai-pandai nak bawa dia pergi dapatkan rawatan dekat US kenapa?"
Datin Sofea menayang wajah selamba.Dia mengikat sanggul rambutnya. Kemudian dia melabuhkan punggung di birai katil.
"Apa salahnya buat dekat sana? Kita mampu nak tanggung kos rawatan dia.Apa salahnya kan? Yana pun tak kisah kalau Ryan pergi US.Ala,tak lama pun. Dalam setahun je."
Mata Dato' Raziq terbuntang.Dia memandang wajah isterinya.
"Awak biar betul? Setahun je awak cakap? Habis tu,kenapa tak bagi Yana ikut? Takkan awak nak biar diorang terpisah selama setahun?"
Datin Sofea merengus. Bosan asyik dengar nama Yana,Yana,Yana!
"Setahun je pun! Bukan selamanya! Lagipun,Yana yang taknak ikut. Baguslah. Senang sikit."
Dato' Raziq menggeleng kepalanya perlahan. Kecewa dengan perangai isterinya yang semakin menjadi-jadi. Makin ditegur,makin dibuat!
"Saya tak fahamlah dengan awak ni,Sofea. Cuba terima qada' dan qadar Allah. Cuba terima kenyataan yang menantu awak Yana,bukannya Tisya."
"You nak cakap I ni tak ada iman la? Macam tu? You jangan berlagak alim dengan I. Ingat sikit,dulu you tu lagi teruk dari I! Nak nasihat orang,diri sendiri tak pandang cacat celanya. Dahlah,I nak tidur! Apa-apa pun,lusa I dengan Ryan akan bertolak ke US. " Datin Sofea menutup lampu tidur.
Biar jadi gelap! Malas nak pandang muka suaminya.Buat sakit hati je!
Dato' Raziq menghela nafas berat.
Sofea.. Sofea.
YANA memandang wajah Ryan yang sedang lena tidur. Wajah Ryan ditatap sepuasnya. Lebih baik tatap sekarang.Mungkin esok dia takkan dapat untuk memandang wajah suaminya lagi? Mana tahu kan?
Perlahan-lahan Yana menggenggam tangan suaminya dan diletakan di pipinya. Tangan ini yang akan dirinduinya nanti.
"Yana sayang abang. Abang suami Yana dunia dan akhirat,"bisiknya perlahan. Matanya dipejamkan.
Tak lama kemudian,Yana terlena. Tangan Ryan masih digenggamnya erat.
Ryan yang terjaga dari lenanya, memandang Yana yang sudah terlena di tangannya.Perlahan-lahan sebelah tangannya lagi mengusap kepala Yana.
Kenapalah dulu dia tak sedar hatinya sudah menyayangi gadis ini? Dulu,dia terlalu mentah untuk mengenali cinta. Selepas dia menjadi suami Yana,barulah dia kenal apa erti sebenar cinta.
Dia tak sanggup untuk kehilangan isterinya.Perginya Yana bagaikan separuh jiwanya hilang. Yana adalah segalanya pada dirinya.Dia lebih rela hilang harta daripada hilang orang yang disayanginya.
Kini,Ryan Harriz sedar. Yana telah mengajarnya erti cinta dan telah membawa kasih sayang buat dirinya.
Yana adalah segalanya.
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...