Tiga tahun kemudian..
"Rayyan,jangan berlari.Nanti jatuh,"tegur Yana kepada anak lelakinya, Rayyan Fairuz.
Rayyan yang berumur hanya ketawa. Biasalah,budak-budak hanya tahu bermain.Belum pandai menjaga diri.
Yana mengeluarkan dompetnya. Dia memeriksa baki duit yang ada.
"Nasib baik ada baki lagi. Kalau tak,tahan telinga jelah dengar Rayyan menangis nak biskut tu." Yana tersenyum.
Rayyan leka bermain berlari-lari di sekitar taman permainan tersebut. Seronok sangat dapat bermain dengan kawan baru sehingga kakinya sendiri tersadung.
Padahnya, dia jatuh dan menangis.
"Eh, Rayyan!"
Yana bingkas pergi ke arah Rayyan. Pada masa yang sama, seorang lelaki turut pergi ke arah Rayyan untuk melihat keadaan Rayyan yang jatuh tersungkur.
"Kan mama dah cakap, jangan berlari. Tengok,dah jatuh."
"Seronok sangat dapat main dengan kawan sampai terjatuh. Raina, pujuk kawan Raina. Kesian dia jatuh."
Satu suara lelaki membuatkan Yana mendongak kepala. Yana tergamam tatkala matanya bertembung dengan mata lelaki itu. Rayyan yang menangis pun dia bagaikam tidak dengar.
"Ryan..?"
Lelaki itu mengangkat kening. Dia memandang Yana.
"Excuse me? Oh sorry. Saya Zafran. Anak buah saya yang main dengan anak awak ni tadi. Cuba awak tengok dia. Takut luka teruk pula,"kata lelaki itu dengan penuh prihatin. Dia mencangkung dan membantu Rayyan bangun.
"Dah,jangan menangis. Tak luka pun. Nama awak Rayyan ya? Ha, Rayyan kan kuat? Mana boleh menangis depan perempuan." Lelaki itu tersenyum.
Yana masih lagi terkilan. Ya Allah,macam mana rupa lelaki ni boleh serupa dengan arwah suami aku?
"Ey, lelaki mana boleh menangis. Malu." Petah anak kecil yang bernama Raina itu berbicara.
Rayyan tersedu-sedan lantas memeluk Yana. Yana yang tersedar dari lamunannya terus mengalihkan pandangan.
Lelaki yang bernama Zafran itu perasan Yana memandangnya tak lepas. Kenapa ya?
Aku handsome sangat kot! Sempat Zafran berbangga diri.
"Rayyan okey? Dah, jangan menangis." Yana mengesat airmata anak lelakinya.
"Er, boleh saya tahu nama awak?"
Yana memandang Zafran sekilas.
"Nama saya Yana." Yana tak mampu memandang lelaki itu lama-lama.
"Oh, suami Yana mana? Kerja ya?"soal Zafran lagi.
Yana hanya tersenyum nipis. "Saya minta diri dululah. Rayyan, salam tangan uncle. Say bye bye dekat kawan Rayyan tu."
Rayyan tak mahu salam tangan Zafran namun dia hanya melambai tangan pada Raina. Tersenyum Yana dan Zafran dibuatnya.
"Bye, Rayyan. Nanti kita jumpa dekat sini lagi ya." Raina melambai tangannya kembali. Zafran pula mencuri pandang ke arah Yana.
Yana hanya tersenyum. Dia terus membawa Rayyan pergi. Jantungnya berdetak laju.
Ya Allah, kenapa aku rasa macam aku bertemu semula dengan arwah suami aku?
Yana memusing badannya memandang Zafran dan Raina di belakang. Ternyata lelaki itu masih lagi memandangnya.
"Ya Allah, aku rindukan dia. Aku rindukan suami aku yang sempurna dulu."
TAMAT
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...