"Tisya,you buat apa dekat sini?"
Ryan memandang Tisya yang sedang duduk di kerusi di luar bilik wad Dato' Raziq.
"I nak jumpa dengan you." Tisya bangun dan berdiri di hadapan Ryan.Dia memandang wajah Ryan.
Memang kacak.Kulitnya putih,bibirnya merah tanda tidak merokok.1000 kali kacak dari arwah Badrul dulu.
"You nak apa? Baliklah.. I nak temankan daddy I dekat sini.Mummy I tak ada.Nanti apa kata orang,"kata Ryan.
"Dua hari je lagi sebelum majlis kita.You akan bertunang dengan I kan?"
Ryan mengeluh.Kalau ikutkan,nak je dia batalkan majlis tu.Menyesal pula ikut kata hati yang marah haritu.Kan dah kena tanggung semua ni.
"I tak tahulah,Tisya.Macam mana kita nak bertunang dengan keadaan daddy I macam ni? I tak tahu bila daddy I boleh keluar,"kata Ryan.
"Lagipun,isteri I pun tak sihat.Macam mana nak teruskan? Macam ni lah,kita berkawan je.Boleh? I janji,I ganti balik duit you untuk kos pertunangan tu,"kata Ryan lagi.Jelas riak wajahnya berharap agar Tisya dapat menerima keputusannya.
"You balik okey? Nanti kita jumpa.I akan jelaskan dekat mama you."
Ryan mahu melangkah masuk ke dalam wad Dato' Raziq,namun langkahnya terhenti apabila Tisya bersuara. Tisya tersenyum.
"Semudah tu je you cakap kan? You ingat,I nak kahwin dengan you sebab harta? Ryan,keluarga I jauh lebih kaya dan berpangkat dari keluarga you. I nak kahwin dengan you sebab cinta. Cinta yang dah terpupuk sejak kita dekat US haritu."
Dahi Ryan berkerut. "I'm sorry but I tak dapat nak pupuk cinta tu. I dah cuba,Tisya tapi tak dapat.Cinta I hanya untuk Yana."
"Macam ni lah,Ryan. I minta maaf sebab terpaksa buat macam ni.Majlis kita dah dekat,tak boleh nak batalkan.Kalau tak,keluarga I menanggung malu nanti. Kalau you sayangkan daddy dengan isteri you,you bertunang dengan I." Tisya berpeluk tubuh.
"Maksud you? You nak buat apa dekat diorang?" Ryan sudah risau.Jangan Tisya ni main gila pula.
"Pertama,kalau you taknak kehilangan isteri you disebabkan rahsia yang you sorok dari dia selama ni.. You ikut je cakap I.Kedua,kalau you taknak tengok daddy you kena serangan jantung lagi.. You kena tandatangan agreement ni. I tahu,isteri you mengandung.Jadi,lepas dia bersalin.. Kita nikah. I bagi you peluang untuk jaga dia sementara dia mengandung ni." Tisya menghulurkan sebuah fail kepada Ryan.
Ryan mencapainya dan membaca segala isi kandungan perjanjian itu.Dia memandang Tisya.Dia tergamam dengan tindakan berani Tisya. Selama ni,Tisya tak berani buat semua ni. Takkan sebab nak nikah dengannya,Tisya jadi berani?
"Tisya,perlu ke you buat semua ni? Apa salah I dekat you sampai you buat I macam ni? Tisya,berapa kali I nak cakap.I bukan punca arwah Tina meninggal.Ya,memang I pernah seksa mental Tina tu tapi punca dia meninggal bukan sebab I. Dia bukannya meninggal sebab bunuh diri,Tisya.Trust me." Ryan terpaksa merayu.
"Apa-apa jelah,Ryan.Sekarang,you buat keputusan." Tisya menghulurkan pen.
Ryan menjadi tak tentu arah.Dia membaca sekali lagi isi kandungan perjanjian itu.
Ya Allah,apa aku nak buat ni?
"Do it,Ryan. Ingat keluarga you."
Nak tak nak,Ryan terpaksa mengambil pen dan menandatangani perjanjian itu.Bergetar jugalah tangannya. Tisya yang melihat Ryan menandatangani perjanjian itu tersenyum kemenangan.
Akhirnya,dia dapat tundukkan Ryan di bawah telunjuknya!
"Ryan,Ryan!"
Ryan tersedar daripada lamunannya.Ingatannya pada Tisya semalam terhenti.Dia memandang Dato' Raziq.
"Ya,daddy? Daddy nak apa-apa?"
Dato' Raziq menggeleng.Dia memandang wajah anak lelakinya yang kusut.
"Kenapa ni? Ada masalah? Daddy panggil banyak kali pun tak dengar.Yana okey? Bergaduh dengan dia ke?"soal Dato' Raziq.
Ryan tersenyum nipis.Dia menggeleng.
"Tak adalah,daddy. Cuma,Ryan penat sikit."
"Pejabag tu macam mana? Kalau Ryan nak cuti,cuti lah dulu.Minta tolong Zahir selesaikan kerja sikit.Semalam,kamu cakap Yana tak sihat kan? Kamu kena pantau dia.Daddy dekat sini jangan risau.Nurse kan ada,"ujar Dato' Raziq.
"Majlis tunang kamu tu tetap berlangsung?"soal Dato' Raziq.
Ryan meneguk airliur yang terasa kelat.Dia hanya mengangguk.
"Yana macam mana? Kmu dah fikir masak-masak ke? Daddy macam berat hati pula."
Ryan menunduk.Dia bermain dengan jari-jemarinya.
"Tak apa,daddy.Daddy jangan risau.Ryan cuba kawal masalah ni baik-baik.Walau apa pun yang jadi,Ryan takkan tinggalkan Yana."
Tersenyum Dato' Raziq mendengar kata-kata anak lelakinya.Dia menepuk perlahan tangan Ryan.
"Daddy percayakan kamu."
Ryan hanya mampu tersenyum pendek.
ENCIK Azhar melangkah masuk me dalam bilik anaknya.Dia memandang Yana yang sedang termenung di birai katil.
Kasihan dia melihat nasib anaknya.Macam-macam yang perlu dia lalui pada waktu muda begini.Perkahwinan anaknya terlalu mencabar.Doanya harap perkahwinan anak menantunya berkekalan dan bahagia hingga ke syurga.
"Cucu atuk buat apa tu? Tak lapar ke? Nenek ada masak nasi tomato tu." Encik Azhar duduk di sebelah Yana.Yana yang tersedar dari lamunannya pantas menyeka airmata yang mahu mengalir.
"Yana taknak keluar makan? Ibu dah masak tu."
Yana menggelengkan kepala.Dia menundukkan kepala,tak mahu ayahnya ternampak wajahnya yang sembab.
"Yana kena makan.Kesian cucu ayah tu.Mesti dia lapar.Jomlah turun bawah.Kita makan sama-sama,"pujuk Encik Azhar lagi.
"Ayah." Yana memandang ayahnya.Sedih hati Encik Azhar melihat wajah anak kesayangannya sudah sembab dan kemerah-merahan.
"Kalau Yana jadi ibu tunggal boleh tak? Yana nak sara anak Yana sendiri.Kalau kerja doktor tu sibuk,Yana boleh berniaga.Yana taknak harapkan Ryan. Yana kena belajar berdikari sendiri,"kata Yana.
Encik Azhar mengesat airmata anaknya.Dia mengusap pipi Yana dengan penuh kasih.
"Anak ayah ni ada sorang je.Yana lah satu-satunya harta akhirat ayah selain ibu.Ayah nak Yana bahagia.Ayah taknak Yana sedih macam ni. Ayah harap,Yana boleh buat keputusan secara rasional.Bukannya terburu-buru.Ni melibatkan masa depan Yana degan anak Yana ni. Okey?"pesan Encik Azhar.
"Yana dah tak sanggup nak berpura-pura kuat,ayah.Yana takut,hati Yana jadi tawar sebab terlalu banyak kali sakit. Yana rasa,lebih baik kalau kami berpisah.Ramai tak sukakan Yana dengan Ryan bersatu,ayah. Yana tak layak untuk dia." Bibir Yana tercebik-cebik menahan tangis.
Encik Azhar memeluk bahu anaknya.Dia menenangkan Yana.
"Dah,dah.Jangan menangis.Nanti cucu ayah pun sedih.Jangan risau,ayah dengan ibu ada.Jangan menangis."
Yana menangis dalam dakapan ayahnya.Tiada seorang lelaki pun yang boleh menandingi kasih sayang seorang ayah.
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...