28. Mabuk

477 22 0
                                    

Ceria wajah Yana. Dia melangkah masuk ke dalam rumah sambil dipegang oleh Ryan.

"Macam mana kalau abang nak pergi kerja kalau macam ni? Sayang kata dah sihat tapi jalan pun abang kena pegang.Macam mana?"bebel Ryan. Yana tersenyum.

"Abang yang taknak lepas Yana. Yana boleh jalan sendiri. Yana bukan budak-budak yang tak pandai berjalan pun,"kata Yana.Dia ketawa kecil.Perlahan-lahan dia melangkah ke ruang tamu dan bingkas menuju ke sofa.

"Bukan taknak lepas,tapi sayang tu abang tengok.. Abang jadi tak yakin. Jalan pun perlahan. Abang suruh stay rumah ibu sayang taknak,"kata Ryan pula.Dia meletakkan beg baju bersebelahan dengan sofa.

"Yana taknak susahkan ibu. Yana kan doktor. Pandailah Yana jaga diri.."

"Doktor pun kalau dah sakit perlu orang lain juga yang jaga." Ryan duduk di sebelah isterinya.

"Sayang,abang nak cakap sikit ni." Ryan memegang tangan Yana. Diusapnya perlahan.

"Apa dia?" soal Yana.

"Yana okey tak kalau abang nak Yana berhenti kerja?" Ryan memandang Yana. Yana terdiam buat seketika.

"Bukan apa.. Abang boleh tanggung sayang. Sayang tak perlu susah-susah cari duit sebab tu tanggungjawab abang. Abang nak sayang jaga makan minum abang dekat rumah. Boleh?"pinta Ryan. Harapnya Yana bersetuju dengan permintaannya.

Melihat Yana yang mendiamkan diri,Ryan menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia mengukir senyuman.

"Kalau sayang taknak,tak apalah.Abang tak halang sayang pergi kerja."

"Okey,Yana berhenti."

Giliran Ryan pula terdiam. Yana pula tersenyum.

"Yana berhenti kerja. Yana tahu kalau Yana kerja nanti Yana kurang bagi perhatian dekat abang.Yana pun risau kalau Yana jadi lalai dekat tugas Yana sebagai seorang isteri.Disebabkan kerja,Yana abaikan abag. Jadi,baik Yana berhenti."

Jawapan Yana membuatkan hati Ryan lega. Melebar senyuman Ryan. Pipi Yana diusap dan dikucup sekilas.

"Terima kasih sebab faham abang,"katanya.

Yana hanya tersenyum.

TELEFON Ryan yang sejak tadi berbunyi dek kerana mesej masuk mengganggu fokus Yana. Yana memandang sekilas ke arah pintu bilik mandi. Tiada tanda-tanda Ryan mahu keluar. Lama betul dia mandi.

Yana mencapai telefon Ryan untuk melihat siapakah gerangan yang spam mesej ke dalam telefon suaminya. Mungkin urgent?

"Tisya?"

Berkerut dahi Yana dibuatnya. Dia mahu membuka telefon suaminya tetapi tak berjaya kerana mempunyai kata laluan.

Ryan ada apa-apa ke dengan Tisya?

From: Tisya

Ryan,I nak jumpa you sekarang. Urgent! Jumpa I dekat tempat biasa.Meet me now!

Yana membaca mesej tersebut daripada notifikasi. Fikirannya mula berfikir bukan-bukan namun dia pantas beristighfar. Tak baik ragu-ragu dengan suami!

"Sayang buat apa dengan telefon abang?"tegur Ryan secara tiba-tiba membuatkan Yana terkejut. Telefon Ryan pantas dicampak di atas bantal.

"A-ada mesej masuk.. Banyak. Tisya kata nak jumpa abang tu. Urgent katanya." Yana meneguk airliur yang terasa kelat.

Mahu tak kecut? Temgok muka Ryan yang sudah semacam apabila Yana memegang telefonnya tadi.

"Oh.Dia nak apa?"soal Ryan.Dia menyarung baju ke tubuhnya.

"Tak tahu.."

Ryan merengus perlahan. Dia pantas bersiap.

Apa lagi yang Tisya nak? Kalau tak kacau orang,tak sah.

"Dia ada bagitau nak jumpa dekat mana?"soal Ryan.Dia menyikat rambutnya kemudian menyembur minyak wangi ke seluruh badannya.

"Dia kata dekat tempat biasa.." Perlahan saja suara Yana. Cemburulah apa lagi?

"Okey. Yana tunggu sini.Jangan keluar rumah.Nak turun tangga tu elok-elok.Apa-apa call abang." Ryan mencapai telefon,kunci kereta dan beg dompetnya kemudian bergegas keluar.

Yana hanya mampu melihat suaminya pergi.

"Dia marah ke aku baca mesej dari Tisya? Tch,dia pun letak password.Ada rahsia ke?"gumam Yana.

Susah dapat suami handsome macam Ryan ni. Susah hati sebab pergi ke mana-mana pasti ada perempuan yang memandang dan menyimpan hati terhadap suaminya. Walaupun Ryan cakap dia hanya setia pada Yana,tetapi Yana tetap rasa tergugat.

Maklumlah,Yana sedar dirinya tidaklah secantik gadis-gadis lain. Nak kata putih,tak juga.Kulit kuning langsat. Tapi bulu matanya memang lebat. Tu sebab Ryan suka memandang mata Yana.

Yana menghela nafas berat. Moga-moga Ryan tak berubah hati.

WAJAH Ryan masam mencuka.Dia memapah gadis yang tinggi lampai itu ke keretanya. Terpaksa Ryan menahan bau alkohol yang kuat pada tubuh Tisya.

"Ryan.." Tisya asyik memanggil nama Ryan. Dia memeluk Ryan kemudian wajahnya didongakkan.

"Ryan.. Kenapa you bahagia? Kenapa semuanya tak macam yang I rancang?"

Berkerut dahi Ryan.Dia memandang Tisya.

"Apa maksud you ni? You mabuk ni.Masuk dulu.I hantar you balik." Ryan membuka pintu keretanya namun Tisya enggan masuk ke dalam keretanya.

"Ryan.. Ryan.." Tiba-tiba Tisya ketawa. Dia memegang pipi Ryan.

"I nak hidup you hancur macam mana you hancurkan hati Tina and my parents.. Tina mati sebab you!"pekik Tisya. Ryan semakin geram.Dia menolak Tisya masuk ke dalam kereta lalu menutup pintu. Dia mendengus.

Pantas Ryan masuk ke dalam kereta kemudian lock pintu keretanya.

"Listen,Tisya. Kematian Tina tak ada kena mengena dengan I. Tolong berhenti burukkan nama I!"

Tisya tersenyum senget.

"I akan pastikan Yana bencikan you seumur hidup dia.. I akan bongkarkan siapa diri you yang sebenar dekat Yana!"

Ryan menggelengkan kepalanya perlahan. Selalunya orang mabuk dia bercakap jujur. Tapi Tisya betul-betul jujur ke sekarang ni?

Kalau betul,habislah dia. Takkan dia nak biarkan perkahwinannya hancur hanya disebabkan mulut jahat orang?

"Jangan sampai you jadi mental macam Tina. Kalau you berani buat apa-apa dekat Yana,I cari you sampai lubang cacing. I'm warning you.Dah,sekarang I hantar you balik." Wajah Ryan menjadi tegang.Dia menghidupkan enjin kereta.

Tisya melayan perasaannya. Tak lama kemudian,dia tertidur di dalam kereta Ryan.

Ah,pening kepala Ryan dibuatnya.

Sibuk sangat nak jadi playboy kan? Rasakan! Ramai manusia yang tidak puas hati dengannya sekarang sedang mencari masalah dengannya.

Nak tak nak kena cari jalan penyelesaiannya. Kalau tak,sampai bila-bila pun tak selesai!

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now